B53

142 21 20
                                    

ALEX sibuk menekan papan kekunci laptopnya. Matanya fokus pada skrin meneliti huruf-huruf yang terpapar di situ.

Krek...

"Siapa?" soal Alex. Sedikitpun dia tidak menoleh untuk memandang figura yang baru melangkah masuk ke biliknya itu.

"Alex... Aku bosan." ujar si gadis. Duduknya dilabuhkan pada meja kerja Alex. Kakinya yang pendek tidak menyentuh lantai itu diayun-ayun ke depan dan ke belakang.

Alex pula sudah berkerut kening. Mata dialihkan memandang kakaknya. "Aku dah kata rumah aku bosan, kau nak juga terjah sini. Sekarang, nak kacau aku pula? Kau tak ada kerja ke?"

"Alaa, aku merajuk dengan Scarlet la. Memang taklah nak balik rumah sana." ujar Evel sambil mencebikkan bibirnya. Rambut yang jatuh ke dahi di sisipkan ke belakang telinga. Sebaik sahaja menukar baju di rumah Ivy tadi, terus sahaja Evel melarikan diri ke rumah Alex tanpa pengetahuan sesiapa. Malas nak bagitahu yang lain, sikit-sikit nak marah. Dia cuma main kolam je pun. Luka pun dah nak sembuh, tak payahlah nak kecoh sangat.

Alex pula sambung menaip di dalam laptop. Sesekali mata dilarikan ke arah Evel yang masih setia memerhatikan kerjanya.

"Lex, masakkan aku something please. Aku laparlah. Tadi aku tak makan apa-apa."

"Ha, tulah kau. Dah datang majlis Ivy tapi buat hal. Pastu susahkan aku. Rumah aku jugak jadi tempat kebajikan, badan aku jugak nak kena layan mengada kau ni." bebel Alex. Namun tangan tetap juga mengemas barang-barangnya. Mujurlah dia pun belum makan dari pagi tadi, kalau tak memang tak adalah nak ikut kata Evel ni.

"Sikit-sikit bebel, sikit-sikit bebel. Mintak masak je pun." rungut Evel tak puas hati.

Alex yang baru ingin mencapai jaketnya, terus membantutkan niat. Tubuh dipusingkan menghadap Evel. "Kang aku tak masakkan baru tau."

"Kau nak aku kebulur ke?"

"Memang pun." ujar Alex, selamba. Jaketnya dicapai lalu disarung ke tubuh. Dompet yang tersadai di atas meja turut diambil. "Cepatlah jom."

"Pergi mana?" soal Evel yang mula turun dari meja.

"Makan kat luar. Aku penat, malas nak masak."

.
.
.
.
.
.
.

KERETA diparkir pada ruang parkir di hadapan suatu restoran. Sebaik sahaja menarik brek tangan, tali pinggang dibuka. Alex merenung pelik pada kakaknya yang terkedu merenung ke depan.

"Apa hal?" soal Alex. Matanya turut dilarikan ke arah lorong gelap yang ditenung oleh Evel.

"Kau nampak tak apa yang aku nampak?" soal Evel. Tali pinggang ditanggalkan. Drawer kereta dibuka kasar lalu sepucuk pistol yang tersedia dicapai. "Aku pinjam ni eh."

Baru sahaja Evel membuka pintu kereta, lengannya ditarik kasar oleh Alex. "Kau nak buat apa? Ada apa kat sana?"

"Aku nampak SF masuk jalan tu tadi."

"Then?"

"Apa lagi? Serang je ah. Aku geram lagi dia dah buat badan aku berparut ni. Memang mati aku kerjakan diorang hari ini." ujar Evel sambil mengetap kuat giginya, menahan geram.

"Ha.ha.ha. Lawak sangat. Dengan pegang pistol pun macam orang cacat, ada hati nak kalahkan diorang." sindir Alex. Bukan dia tak tahu jari kelinking kakaknya sudah tiada. Malah, hanya dia seorang yang sedar akan hal itu kerana Evel pasti akan memakai sarung tangan hitam setiap masa. Termasuklah ketika tidur. "Dah, abaikan je la diorang tu. Aku dah nak mati kebulur, baik kita makan dulu."

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now