B26

211 33 31
                                    

SUASANA sepi menyelubungi bilik yang serba gelap. Di balkoni rumah dua tingkat itu, berdiri seorang gadis yang hanya berpijama. Kepalanya mendongak memerhati bulan yang bersinar terang malam itu.

Seketika keluhan berat terlepas dari mulutnya. Tangan kiri diangkat naik lalu di selarikan dengan bulan. Jarinya yang hanya tinggal empat itu digerak-gerakkan rambang.

Sedih.

Dari sihat walafiat dan serba sempurna, kini jari kelingkingnya telah hilang. Kalau tak disebabkan urusan dengan lelaki itu, tak mungkin dia akan biarkan jari kelingkingnya dipotong. Terngiang-ngiang suara lelaki itu suatu ketika dahulu,

"Jari kau ni, cuma bayaran muka untuk permintaan kau. Dan selepas semua urusan kita selesai, aku akan tuntut 'habuan' aku."

Mujur sahaja kapak tajam itu tidak membelah terus lengannya. Kalau tidak, pasti lebih sukar kerjanya kini. Hilang jari kelingking pun sudah membuatkan genggamannya pada senjata terganggu. Ingin menembak tepat pun sudah susah. Kalau hilang lengan, mungkin awal-awal dia mati apabila berhadapan musuh.

Sekali lagi keluhan berat terlepas keluar. Evel mengurut lembut pelipis kepalanya. Daripada menyemakkan fikiran dengan perkara yang tak mampu diubah, lebih baik dia memikirkan cara menguruskan Lia dan Anna.

"Miss..." panggil satu suara feminin.

Evel menoleh lalu terus melangkah melintasi Sylvia yang berdiri di tepi sliding door. Sofa dituju lalu duduk dilabuhkan. Sylvia turut sama melabuh duduk di hadapan gadis itu.

"Kitorang dah dapat maklumat Mr. Rivera dan seorang budak yang tinggal dengan dia, Queriz Adryan Xavier." Satu fail hitam tebal dihulur pada Evel.

Evel menyambut lalu tangan kanannya memetik jari sekaligus membuatkan bilik itu diterangi cahaya lampu. Fail itu dibelek sebelum dia tersenyum nipis.

'I found you, babyboy...'

.

.

.

.

.

.

.

  "LIA! Lia! Lia!"

Jeritan Anna bergema di segenap ruang tamu utama rumah Ayden. Semua mata yang melekat pada movie di televisyen pantas beralih pada figura Anna yang baru turun dari tangga.

"Apahal kau ni, ketot?" soal Alex, tak puas hati apabila sesi menonton filemnya terganggu.

"Mana Lia?" Soalan Alex tidak dijawab sebaliknya dia masih sibuk menoleh-noleh mencari Lia diruang tamu itu. Tiada!

"Dapur," jawab Raven sepatah.

Tanpa menunggu, Anna pantas menerjah ke dapur yang tidak jauh dari ruang tamu itu. Figura Lia yang sedang memotong buah dituju.

"Babe! Tadikan–"

"Tak payah jerit boleh tak? Pekak telinga aku dengar suara kau ni." potong Lia geram.

Anna pantas melabuh duduk dengan bibirnya tercebik. Sepotong buah epal yang sudah diletakkan ke dalam pinggan, disuap ke dalam mulut.

"Tawdiw awchue hek–"

"Telan dulu baru cakap. Tak senonohlah kau ni." Kepala Anna ditunjal geram oleh Lia. Dia fikir Lia ni apa, boleh faham perkataan mengarut dari mulut dia tu. Kalau betul pun lahir kat Uranus, datang bumi gunalah bahasa bumi.

Anna pantas menelan saki-baki epal itu. "Tadi aku hack mak–"

"Kau hack apa?!" soal Lia terkejut. Anna ni bukan boleh percaya sangat. Kang bukan-bukan dia buat, hancur semua.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now