B34

192 34 25
                                    

"HEY! Lavin masih bayi la!" Kyle yang baru masuk ke dapur terus menjerkah Alvin yang cuba menyuapkan roti bakar untuk anaknya, Lavin yang baru berusia dua bulan lebih. Kepala lelaki itu diketuk kuat.

Siapa bagi Alvin pegang anak dia ni? Arwah kang baby satgi.

"Sakitlah! Kau jangan nak kedekut sangat sampai roti pun berkira dengan anak." komen Alvin, tidak puas hati. Kawasan yang terkena pukulan Kyle tadi diusap.

"Kau, Alvin. Jangan sampai esok kau dah tak nampak matahari." Wajah Alvin dituding dengan jari telunjuknya. Baby Lavin yang di dalam dukungan Alvin dirampas.

Tiba-tiba sahaja Lavin menangis apabila diangkat oleh Kyle. Bunyi tangisannya memenuhi segenap ruang dapur itu. "Shush, anak Dad lapar ke? Janganlah nangis, sayang. Mum baru je tidur. Shush, shush."

Alvin menghadiahkan pandangan menyampah buat Kyle. Konon gentle ah layan anak camtu? Tanpa kata, terus sahaja dia merampas kembali Lavin dari Kyle. "Boboy mana boleh nangis. Buruk ah boboy nanti. Tengok, uncle tak nangis baru handsome. Kalau Dad tu muka menangis ke, tak menangis ke memang tak handsome pun."

Dan serentak itu tangisan Lavin terhenti. Mata bulatnya memandang Alvin tanpa berkelip sebelum wajah ayahnya pula ditatap. Seketika kemudian dia tertawa suka.

"Duh, anak kau setuju la kau tak handsome. Hahahahaha!"

Maka ruang dapur itu hanya dipenuhi bunyi tawa Alvin dan Baby Lavin.

"Ey, happynya baby Lavin hari ni. Alvin, aku nak!" Anna yang baru datang terus menerpa ke arah Lavin. Tangannya dihulur meminta agar Alvin memberi peluang untuk dia mendukung bayi kecil itu.

"Ha, nah!"

"Yeay! Lavin!" sorak Anna, teruja.

Sebaik sahaja sampai ke dukungan Anna, Lavin semakin kuat ketawa. Mata bulatnya kelihatan sepet ketika ketawa.

"Jom main dengan Uncle Hao!" ajak Anna lalu terus melangkah untuk mencari Hao.

Alvin yang mendengar terus membulatkan matanya. "Woi, Hao buat apa? Dia nak main dengan akulah!"

"Tak nak! Kau tak seronok, bluerk!" ejek Anna lalu langkahnya dilajukan keluar dari dapur. Alvin pula hanya mengekor sambil mulut laju mengutuk lelaki bernama Hao itu.

"Huh, tu anak aku ke anak diorang berdua?" bisik Kyle, keliru. Bahu diangkat lalu dia terus mencapai segelas air masak untuk diminum.

~Sementara itu~

Seorang gadis bertopeng hitam setia mengintip ahli-ahli rumah itu dari jauh. Ini kali pertama dia melihat kewujudan bayi itu meskipun berita kelahirannya sudah didengari sejak dua bulan lepas. Namun baru kini dia mempunyai masa terluang untuk melihat sendiri.

Bibirnya yang ditutupi mask itu perlahan-lahan mengukir senyum manis. Bayi itu, comel, putih, tembam. Sama macam Lia waktu kecil dahulu.

Haih, rindu tapi apakan daya, dia tidak mampu mendekati mereka.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

      "KAU buat apa kat sini?" soal Raven, dingin. Matanya merenung tajam satu susuk tubuh gadis yang membelakanginya. Gadis yang merupakan musuhnya, tapi turut sama diselamatkan olehnya sepuluh bulan yang lalu. Haih, dia sendiri keliru dengan keputusan yang telah dia buat. Tambahan lagi segalanya masih dirahsiakan dari pengetahuan orang lain.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now