B2

480 82 14
                                    

Cebisan kain berwarna biru yang tercemar dek kesan darah itu dibelek. Sekejap dipusing ke sana, kemudian pusing ke sini, lepas tu belit-belit di pergelangan tangan.

Dah hampir satu jam Lia mengulangi perbuatan itu. Tak habis-habis membelek cebisan kain dari pelajar kacak tadi.

'Tok, tok, tok!'

Tingkap kereta diketuk.

Lia cepat-cepat menurunkan cermin tingkap lalu wajah seorang gadis yang ditutupi mask hitam di tenung aneh. "Pahal?"

"Sampai bila kau nak duduk dalam kereta ni?" Soal gadis bermask tadi. Hanya matanya yang berwarna hitam pekat sahaja jelas kelihatan.

"Entah. Sampai mampus kut."

Bahu dijungkit selamba sementara tangan dan matanya masih fokus pada cebisan kain.

Gadis bermask itu merengus geram. "Kalau kau nak mati sangat, aku boleh je kunci pintu ni. Malam ni jugak kau arwah keracunan karbon dioksida."

Satu alat kawalan kecil dikeluarkan dari poket hoodie lalu punat berwarna merah acah ditekan. Belum sempat apa-apa, alat kawalan itu sudah ditolak kuat oleh tangan Lia.

Habis tercampak jauh hingga ke bawah kereta yang diparkir sebelah mereka.

"Fairyna Fathylia..."

Dingin.

Beku.

Lia pun langsung tak berani bergerak. Pucat mukanya menunggu bait ayat sang ketua.

Gadis bermask menoleh ke arah Lia. Pupil matanya yang hitam pekat kian mengecil, menatap tajam seraut wajah comel Lia.

"Baik kau keluar and kutip kunci tu sekarang."

"Erk, yes madam! I mean miss.. no, mrs. Eh-"

Gadis bermask menjeling tajam. Serentak itu, mulut Lia terpaku.

"Now, Lia!"

"Yea, now! Aku buat sekarang!!"

Pintu dibuka kalut. Gadis bermask itu berundur beberapa tapak, memberi ruang untuk pintu dibuka.

Lia melutut di jalan tar. Kepalanya direndahkan sehingga ke paras bawah kereta. Tak sampai seminit, alat kawalan tadi dicapai.

"Ha, nah!" hulur Lia sambil tersengih. Gadis bermask itu menyambut huluran lalu kepala Lia diusap lembut.

Punat berwarna merah ditekan. Serentak itu, kereta terkunci.

"Dah, jom," ajak gadis itu.

Lia hanya mengekor. Mereka berjalan di sepanjang kaki lima sehingga ke kawasan suram yang hanya diterangi lampu jalan. Lot-lot kedai kosong yang nampak usang dilintas selamba.

Lia membetulkan kepala hoodienya yang senget. Mereka masing-masing memakai hoodie dan menutup kepala. Hanya si ketua sahaja terlebih rajin memakai mask sepanjang masa.

"Weh, Evel. Bila Ed nak balik?" soal Lia perlahan.

"Hurm, paling awal pun dua minggu lagi. Kenapa kau tanya?"

Mereka membelok ke arah lorong kecil antara dua bangunan. Lorong itu langsung tidak di terangi cahaya.

"Aku cuma... belum ready nak mati dengan 'barang' yang aku bawa hari ni."

Evel mengangguk faham. Biasanya Ed la yang paling berani mati mencuba ciptaan-ciptaan baharu oleh Lia.

Mereka berhenti di tengah-tengah lorong. Si gadis bermask, Evel mula melilaukan matanya. Setiap inci kawasan itu di tenung tajam, tiada ruang melakukan kecuaian. Meskipun dalam samar-samar bulan, matanya masih jelas memerhati ruangan gelap itu.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now