B10

267 57 5
                                    


_______________________

 "Love is friendship that has caught on fire."
__________________________


  "EDRIANNA AULIA!"

Anna yang sedang mengunyah salad buah itu tersedak. Dadanya diusap berkali-kali, cuba menenangkan diri. Nak minum, air jauh naw.

"Anna! Mana kau letak baju aku hah?! Esok aku kena pergi sekolah tau tak!" Marah Lia yang baru tiba di ruang dapur itu. Tangannya mencekak pinggang sementara rambutnya sudah serabai.

Kusut sangat nak cari baju sekolah sepasang tu.

"Aik, asal aku pulak yang kena?" Protes Anna.

"Kan aku suruh kau angkat baju kat ampaian masa nak hujan tadi." Evel menyampuk sebelum sambung makan seperti tiada apa yang sedang berlaku.

"Ada eh?" Dagu diusap perlahan, cuba mengingat kembali. "Aku rasa macam...."

Anna berjeda lalu mengerling perlahan-lahan ke arah Lia yang sudah berasap-asap kepalanya.

Garang Mak Jemah!

Lia memicingkan matanya. "Jangan kata kau tak ambik baju-baju tu semua."

"Erk! Hehehe... "

Dan, itulah puncanya Lia berlari di padang sekolah sekarang ni.

Fuh, kena denda sebab pakai baju sukan gaiss!

Konfem Anna mampus hari ni jugak. Boleh dah tempahkan batu nisan dan kain kafan warna purple untuk dia. Autograf kitew jangan lupa letak sekali. Hehehe...

"Laju sikit lari! Kamu ingat saya ada masa ke nak tunggu kamu lari 10 pusingan sampai 10 jam!" Guru disiplin di tepi padang menjerkah kuat sambil memerhati langkah Lia.

"Dah tahu takde masa, tak payahlah denda aku. Ni, aku penat, dia pun bazir masa. Dasar masyarakat mundur gini ah." Rungut Lia perlahan.

Nafasnya yang tercungap-cungap, cuba di stabilkan. Penat woo 10 round. Ni bukan padang biasa-biasa. Padang dia dah besar macam stadium bola sepak duh. Nasib je takde lampu limpah dan tempat duduk penonton.

Kalau ada, dah lama Lia jemput buat Piala Malaysia kat sini je.

Langkah Lia semakin lama semakin perlahan. Hampir sahaja dia sampai di penghujung trek untuk round terakhir.

"Sikit lagi, Lia! Kau boleh buat!" bisiknya perlahan pada diri sendiri.

Dan....

Yess!!! Sampai!

Lia terbaring kepenatan di atas rumput hijau itu. Tangannya didepakan tanda berpuas hati dengan pencapaian tadi.

Fuh, berjaya habiskan sepuluh round ni lagi berharga dari menang pertandingan lari pecut 100 meter. Ecewah, gurau je.

"Lepas ni masuk kelas!" Arahan keras dari cikgu disiplin itu hanya dibuat tak dengar sahaja. Sempat ekor matanya menjeling kelibat lelaki itu yang berlalu pergi.

Hilang dah ahli sihir jantan tu.

Lia mengeluh, "Dia fikir aku budak kecik ke?! Eishh, aku dah 21 tahun okay. Bukan budak sekolah lagi! Kalau tak disebabkan mission, jangan harap aku nak pergi zaman kehancuran macam ni."

Sedaya upaya tangannya menolak tanah, cuba untuk bangun. Kebas duh kaki. Kalau kaki dia cacat lepas ni, memang dia bunuh cikgu tadi.

Tangannya diletak ke atas mata cuba menutup silau daripada cahaya matahari. Cuaca dah mula bertukar panas. Badannya pun dah melekit dan rasa berpeluh teruk.

Nak tak nak, Lia cepat-cepat bangun lalu dia berjalan ke arah bangunan sekolah. Sambil itu, matanya melilau ke sana sini. Bukan apa, tapi dia takut salah jalan. Maklumlah, dalam mini market pun boleh tersesat apatah lagi sekolah.

Sedang elok berjalan, matanya terlekat pada signboard 'Perpustakaan 2'.

Kening dikerutkan. Seingatnya, takde pulak rekod pasal perpustakaan kedua dalam maklumat yang dia cari dulu. Evel dan Anna pun tiada kata apa-apa tentang perpustakaan kedua.

Lia mula terasa curiga. Sekelilingnya dipandang dan terus sahaja senyuman sinis terukir.

Pertama, kerana tiada satu cctv pun yang dipasang dikawasan itu.

Yang kedua, kerana kawasan ni terlalu jauh dari tempat tumpuan sekolah iaitu hall utama.

Dan yang terakhir, bangunan ni sepatutnya dirobohkan sejak dua tahun lalu.

Mana Lia tahu? Ceh, ini Lia lah! Dia ada terbaca dalam maklumat yang dia ceroboh tempoh hari.

Tak sangka bangunan ni masih utuh. Malah masih cantik dan digunakan seperti biasa. Rasanya, sebahagian besar kakitangan sekolah pun tak tahu bahawa bangunan tiga tingkat ini sepatutnya sudah lama berkecai.

Tanpa berfikir panjang, Lia berjalan ke arah tangga. Matanya melilau mencari bilik perpustakaan 2 yang menjadi tanda tanya sejak tadi.

"Aik, mana pulak library ni? Takkan takde kut." Pelik gadis itu. Sampailah ke hujung tingkat dua, masih tiada sebarang bilik bernama perpustakaan 2.

Tingkat terakhir dinaiki. Sunyi. Tiada kelibat manusia langsung disitu, memang jauh berbeza dari tingkat satu dan dua kerana tingkat tiga ini seakan terbiar lama. Lantainya juga berhabuk tebal seperti langsung tidak disapu, sedangkan ramai sahaja pekerja pembersihan sekolah. Salah satunya, Anna. Hehehe...

Sedang pelik dengan situasi itu, baru Lia perasan lantai berhabuk itu seakan ada kesan tapak kasut. Keningnya sedikit berkerut.
'Ada orang yang naik ke sini? Tapi siapa dan untuk apa? Takkanlah hanya sekadar ponteng? Ada kemungkinan juga.' Getus hati Lia.

Sedang dia elok mencangkung, tiba-tiba salah satu pintu di hujung berkeriut seakan dibuka. Cepat-cepat Lia menyembunyikan diri di dalam tandas yang betul-betul ada di sebelahnya.

Lia mengintai gerangan yang berjalan keluar dari bilik hujung sekali. Akibat jarak yang agak jauh, pandangannya hanya samar-samar.

Kelihatan seorang gadis tinggi lampai keluar dari bilik tersebut, diikuti seorang lelaki.

"Siapa pulak diorang ni?" Bisik Lia perlahan pada dirinya sendiri.

Matanya menyorot setiap langkah dua figura tadi yang mendekati tangga. Disebabkan tangga yang betul-betul di tepi tandas, Lia terlihat jelas wajah dua figura itu. Serta-merta, mulutnya ternganga.

Itu......

'Steven' bersama seorang gadis cantik, tinggi lampai tempoh hari. Penumbuk digenggam kuat. Nak menangis dia tengok kemesraan 'Steven' yang merangkul bahu si gadis.

'Bakal laki aku tu woi!' Jerit Lia sekadar dalam hati. Kang jerit betul, kantoi pulak dia ada kat sini.

Sebaik sahaja kelibat mereka berdua hilang dati pandangan, Lia keluar semula ke koridor. Dek menahan geram teramat, kakinya berpusing laju menghentam salah satu pintu sehingga pintu itu tertanggal.

Pintu itu direnung tajam. Terbayang-bayang wajah gadis tadi di pintu itu, sekaligus membuatkan api kemarahannya membara. "Kau, pintu! Dasar pintu! Mampus jelah! Arghh!"

Ditendang lagi pintu tak bersalah itu beberapa kali sehingga hancur berkecai. Keluhan puas keluar dari bibirnya. Fuh, nasib kaulah pintu. Siapa suruh ada depan mata Lia.

Baru sahaja Lia ingin turun kembali ke tingkat bawah, satu bunyi kedengaran. Lia pantas berpaling.

'KREKK~'

Matanya menikam tajam ke arah pintu yang sedikit terbuka itu. Bagaikan ada tarikan, Lia perlahan-lahan melangkah ke bilik tersebut.

• • • • • • • • • • •

~9/12/20~
Ubah sikit je✌️

Árulás [Betrayal] Där berättelser lever. Upptäck nu