B59

144 22 10
                                    

Empat gadis itu sibuk menyiapkan peralatan masing-masing. Keadaan yang agak tegang sedikit sebanyak menganggu konsentrasi mereka untuk peperangan sebentar lagi. Hanya beberapa jam sahaja lagi sebelum mereka mula berperang dengan Amonic.

Sejak pergaduhan antara Ace dan Scarlet hari itu, mereka langsung tidak bertegur. Akhirnya Silent Flow bagai menjadi dua puak apabila Jenny sering bersama dengan Ace manakala Dian pula melekat dengan Scarlet.

Jenny berdehem perlahan, memecahkan kesunyian antara mereka. Sambil membelek sniper ditangan, sempat matanya mengerling ke arah Scarlet. "Kau tak kisah nak bunuh Hell dengan Alex malam ni?"

Gerak tangan Scarlet terhenti. Pisau yang berada di tangan, tanpa sedar digenggam kuat hingga menyebabkan tapak tangannya mengalirkan darah deras.

"Babe!" seru Dian, mendatar dan tegas. Matanya mencerun pada wajah kosong Scarlet yang mula melepaskan pisau tadi.

Semakin hari, semakin risau dia melihat keadaan Scarlet. Sisi gelapnya juga semakin jelas kelihatan, jelas menunjukkan emosi Scarlet tidak stabil. Dian tahu Reaper juga sedar tentang hal tersebut tetapi lelaki tua itu sengaja menutup mata. Sengaja membiarkan Scarlet terus terseksa.

"Hmm, war is war. Aku tetap bunuh semua yang dalam medan perang."

Ace tersenyum sinis mendengar ayat dingin Scarlet. Akhirnya, kawan lama sudah kembali. Langkah diatur mendekati Scarlet lalu sikunya disandarkan pada bahu gadis itu.

"Kau pehal?" soal Scarlet, keras. Matanya menjeling tajam.

Ace menggeleng ringkas seraya senyumannya semakin melebar. "Just rindu perangai kau yang macam ni. Tujuh tahun aku tunggu, akhirnya jumpa kau balik. Then, kena tunggu berbulan-bulan untuk kau move on dari hidup bosan kau. Now, barulah Scar yang aku rindu."

"Apa-apa je la." Scarlet menolak kasar siku Ace di bahunya. Mata digulingkan sebelum berlalu untuk membersihkan lukanya.

Yang lain hanya menghantar pemergian Scarlet dengan ekor mata.

"Erm, korang..." seru Jenny, perlahan. Ace dan Dian pantas menoleh ke arah gadis itu. "Korang tak fikir ke, macam mana kalau Scarlet menyesal lepas bunuh Hell dan Alex?"

"Kenapa kau nak kisah?" soal Dian, aneh. Setahunya, sejak 11 tahun menjadi ketua, Jenny tidak pernah kisah dengan kesan terhadap mereka. Yang penting, misi terlaksana sahaja.

Lagi pula, sudah lama mereka ingin menghapuskan Hell dan Alex. Tidakkah Jenny teruja?

"Entah kau ni, Jen. Rilekslah, dia okay je kau nak gelabah, apa hal?" Ace turut menambah sebelum kembali menyiapkan peralatannya.

.
.
.
.
.
.

Mereka berkumpul bersama-sama orang kuat Reaper yang lain. Suasana yang hingar-bingar dengan suara-suara lelaki menerjah pendengaran ahli Silent Flow namun tidak seorang pun bertindak menghentikan kebisingan itu. Manakan ingin bersuara jika setiap satu pandangan lelaki-lelaki itu bagai menghina kehadiran mereka.

Maklumlah, hanya mereka sahaja kaum perempuan yang mengikuti perang malam ini. Semua ahli-ahli berpangkat tinggi yang sudah semestinya dirangkumi kaum lelaki sahaja yang dibawa oleh Reaper.

Masing-masing sabar menunggu kehadiran ketua perang mereka hari ini.

Ace sudah panas telinga apabila mendengar bait-bait kata lelaki-lelaki yang duduk di belakang mereka. Matanya mengerling pada ahli SF yang lain namun semuanya berwajah kosong bagai tidak dengar sahaja. Huh, kenal sangat dengan perangai mereka yang suka berdiam diri.

"Ceh, diorang dijemput pun sebab minah tu skandal Reaper je. Kau ingat betina-betina ni pandai fight ke? Entah-entah lari dari perang." ujar seorang lelaki berbaju hitam, sedikit kuat. Mungkin sengaja ingin mencabar Silent Flow.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now