B36

168 27 28
                                    

RIZ memerhati figura Lia yang elok menampung tubuh kecil Lavin menggunakan dua tangannya di salah sebuah meja tidak jauh dari dirinya. Di hadapan gadis itu, duduk pula Kyle yang tidak jemu menyuap isterinya. Keadaan bising di dalam restoran makanan segera Mekdi itu tidak sedikit pun menganggu fokus Riz untuk memerhatikan Lia sejak 10 minit yang lepas.

"Nah, makan dulu."

Tubuh Jason yang baru melabuh duduk di hadapannya dikerling sekilas sebelum pandangannya jatuh pada dulang makanan berisi burger, kentang goreng dan minuman ringan. Perasan dirinya diperhatikan oleh Jason, kepala hoodie ditarik hingga menutupi wajah. Kepalanya yang menunduk sekaligus membuatkan rambut panjangnya jatuh menutupi separuh muka.

Topeng mulut dibuka lalu diletakkan ke atas meja, bersebelahan dulang makanan itu. Kentang goreng dicapai lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Sesekali matanya melirik pada Lia.

"Kau tak sabar sangat ke jumpa minah tu? Relaks la dulu, tak lari manalah dia." tegur Jason. Bungkusan burger dibuka lalu disua ke arah Riz. Dia tahu budak lelaki itu tidak mahu makan ketika misi. Kononnya boleh ganggu konsentrasi. Entah apa-apalah.

"Dd..dah ssetahunn ttak jum...jumpa ddia..." ujar Riz. Minumannya disedut menggunakan straw apabila terasa bagai ada makanan tersekat di tekak.

"Pastu, nak aku gelabah?" usik Jason. Sengihan lebar menghiasi bibirnya apabila jelingan tajam dihadiahkan daripada Riz.

Riz diam. Matanya masih melekat ke wajah mulus Lia. Betullah dia tidak sabar ingin berjumpa. Lagipun, misinya tidak sepatutnya terus bertangguh begini. Apatah lagi dia telah pun menerima berita tentang kehancuran Amonic dan kematian Evelyn. Isu pengkhianatan gadis itu turut sampai ke telinganya.

"Bbil...bilaa nakk jjumpa?" soal Riz. Tidak senang duduk dia jadinya kalau perlu menunggu lebih lama.

"Habiskan makanan kau dulu. Lagipun laki dia masih melekat dengan dia so kita tak boleh datang dekat." terang Jason.

"Ddah lamm...bat..."

Jason hanya mengangguk malas. "Hmm, aku tahu. Makanlah, lepas ni kita balik. Esok-esok mana tahu kau dapat jumpa dia."

"Ttak nakk bba...ballik..." Riz menggeleng laju. Dia benar-benar ingin habiskan misi hari ini juga. Dulu bertangguh kerana kawalan ketat Kyle ketika Lia mengandung sampaikan jarang-jarang sekali wanita itu keluar dari rumah. Jika keluar pun sudah tentu ditemani oleh Kyle, Raven atau Hao dan Alvin.

"Nanti ayah kau cari, aku nak jawab apa? Kang tak pasal-pasal gaji aku kena potong."

"Ab..bbang manaa adda gaaji..." balas Riz, tidak puas hati. Dahinya berkerut melihat pandangan selamba Jason yang elok mengunyah makanan.

"Ada ah. Kau je tak tahu."

"Ti..pu...!"

"Shush... Budak kecik tak baik cakap banyak-banyak." ujar Jason, selamba. Jari telunjuk kanannya diletak tepat pada dua lapisan bibir nipis milik Riz, sambil kepalanya tergeleng-geleng menyuruh senyap.

"Ab–"

"Shush!"

"Ta–"

"Shush!!"

"Sse–"

"Shush! Shush! Shushhhh!"

Riz pantas menutup mulutnya apabila air liur Jason terpercik keluar dari mulut lelaki itu, tepat mengenai wajahnya. Mata ditutup rapat tanda geram. Nafasnya turun naik menahan sabar.

Jason sudah tersengih-sengih sendiri melihat reaksi budak lelaki yang selayaknya dianggap adik itu. Jarinya dilarikan menjauhi bibir Riz. Matanya pula ligat meliar mencari tisu di meja itu namun tidak kelihatan. "Eh tak dapat tisu pulak. Sorry, boy. Kejap, biar aku ambik tisu."

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now