B55

150 26 19
                                    

HAO sibuk membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Ayden. Kepalanya menunduk memandang skrin telefon manakala kaki pula tetap melangkah tegak ke hadapan, menyusuri ruang hospital itu.

Cakap kat mummy, aku dah otw balik. Petang ni aku datang jumpa mummy. - Ayden.

Hao mengeluh perlahan. Telefon kembali dimasukkan ke dalam poket lalu matanya meliar melihat ruang hospital yang dipenuhi orang ramai. Ada yang merupakan pesakit, jururawat dan tidak kurang juga yang baru datang seperti dirinya.

Kaunter dituju lalu satu senyuman manis diberi pada jururawat di situ, "Sorry, mana bilik Edvia Edwarson?"

"Sekejap ya." Jururawat itu tersenyum lalu menghalakan pandangan pada skrin komputer di hadapannya. Tidak sampai seminit, kepala diangkat kembali, "Bilik 3061 ya, encik."

Hao mengangguk seraya mulutnya mengucap sebaris ayat terima kasih. Baru sahaja ingin berpusing, jururawat itu kembali menyerunya.

Pelik, kepala dipaling seraya sebelah kening diangkat rendah. "Yes, ada apa?"

"Awak ni comellah. Kalau saya nak mintak number, boleh?" pinta jururawat itu, malu-malu.

"Pardon?" Terus berubah riak muka Hao. Dari sopan, terkeluar aura-aura kesetanannya. "Kau ni tengah kerja ke cari jodoh? Dah ada kerja tu, kerja la elok-elok. Ramai lagi yang nak dapatkan kerja macam kau."

"Kalau tak nak bagi tak payahlah berleter. Dah, shuhh nyah kau sana!"  halau jururawat itu pula. Wajahnya yang malu-malu sebentar tadi berubah tegang dan mendatar. Maleh nak layan jantan sombong ni.

Hao terlopong. Baru beberapa minit lepas dia diurat, dan sekarang dia dihalau bagaikan anjing kurap oleh orang yang sama. Haih, inilah manusia. Pelik-pelik aje.

"Lantak kaulah."

Serentak itu kakinya melangkah ke arah bahagian wad. Matanya melilau mencari bilik bernombor 3061 seperti yang dinyatakan oleh jururawat tadi. Sebaik sahaja nombor yang dicari menyapa mata, langkah dilajukan. Kaki dihentikan di hadapan pintu wad itu, masih berkira-kira untuk masuk.

Pasti dia yang kena hadap mummy membebel disebabkan Ayden tidak datang awal. Haihh, terima je la nasib kau, telinga. Tangan dilekapkan pada tombol pintu. Baru sahaja ingin dipusing, bahunya terasa disentuh. Pantas tubuh dipalingkan.

Kening dijungkit aneh pada seorang remaja lelaki tidak dikenali yang sedang menatap tepat ke arah wajahnya. Mata Hao meliar cuba mencari figura lain, namun hanya remaja itu yang kelihatan. Maknanya memang budak lelaki itu yang memanggilnya.

"Adik ke yang panggil abang?" soal Hao pada budak lelaki itu.

Si budak lelaki itu mengangguk. "Ya, abang ni kawan abang Alvin Adrian kan? Saya nak cakap dengan abang sekejap, boleh?"

Kening Hao berkerut. Macam mana budak ni boleh kenal dengan Alvin?

.
.
.
.
.
.
.

"DING, dong! Ada orang tak?!" teriak Anna, kuat.

Alex yang menunggu di belakang sudah menggelengkan kepala. Lia yang berdiri di sebelah Anna pula pantas memukul kepala gadis itu. "Ketuk jelah betul-betul, bahlol! Kang Evel keluar, naya kau kena marah."

"Eleh, Evel tak marah aku. Evel sayang aku."

"Hotak kau! Dahlah tepi." Alex menolak kedua-dua gadis itu ke tepi. Pantas tangannya memasukkan sebentuk kunci ke dalam lubang kunci pintu bilik Evel. Evel ni kalau dah kunci pintu memang terus tak nak buka. Sebab tu, terpaksalah Alex gunakan kunci pendua setiap hari. Bunyi 'klik'  kedengaran sebelum Alex memusingkan tombol pintu.

Sebaik sahaja pintu terbuka, Alex menjengukkan kepalanya ke dalam, "Woi minah! Member tak cukup otak kau dat– Kau buat apa, kak?!"

Rasa bagai terhenti nafas Alex apabila melihat Evel yang sudah berlumuran darah bersila di tepi katil sambil merenung kosong ke arahnya. Pantas kaki dilangkah laju mendekati Evel. "Kau nak mati ke?! Apa kau buat?! Anggota mana yang kau potong?!"

"Kau kenapa, gila?" soal Evel, mendatar. Tangannya melarikan lukisan yang tersadai dilantai.

"Evel, did you cut yourself?" soal Lia pula.

Evel mengerutkan keningnya, "Apa benda kau merepek? Aku sayang diri lagilah."

"Dah tu, darah..." Anna meneguk liurnya. Imej Evel yang sudah dibasahi darah merah pada bahagian lengan dan dada baju jelas kelihatan, apatah lagi dia memakai t-shirt kosong berwarna putih.

"Darah? Darah dengan colour pun tak boleh beza ke? Lama sangat aku tak bawa korang membunuh." balas Evel lagi. Kertas yang terlakar lukisan kembali diletak ke lantai lalu satu warna diambil dan dibuka.

"Wait, warna je? Merah ni bukan darah?" tanya Alex, tidak puas hati. Kain lengan baju Evel ditarik lalu dihidu. Menyedari tiada bau hanyir darah, bibirnya dicebik. "Buat terkejut orang je. Dahlah, aku keluar dulu. Kau layanlah minah-minah beruk ni."

"Eh, kau cakap dengan cermin ke, Lex?" bidas Anna, sinis. Sengaja rambut panjangnya dikibas mengenai wajah Alex.

"Busuk duh! Kau tak cuci rambut ke?" Alex turut membalas.

"Moga anda dilanggar lori sekejap lagi." Anna hanya tersenyum manis sambil menahan geram. Eyy, dia ni lah! Kalau makin dilayan cuma buang masa je.

"Thanks for the lovely wish! Bye, aku keluar dulu." Alex terus melangkah keluar dari bilik itu.

"Kau ni, Anna. Dengan budak highschool pun nak gaduh. Tak fahamlah aku." rungut Lia sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Duduk dilabuhkan di kanan Evel memerhatikan gadis itu yang sibuk dengan warna macam budak-budak tadika. Tak dinafikan, hasil warna tu pun nampak sifat tak cukup umur Evel.

"Dia tu atuk tua yang terperangkap dalam tubuh budak sekolah!" Anna merengus geram, lantas melabuh duduk di hadapan Evel pula. "Eh, ni kau print eh? Ingatkan kau lukis tadi."

Evel menggeleng ringkas, "Aku tak reti lukis. Hancurkan kertas je nanti."

Dan sebalik memberikan ayat bunga-bunga seperti, "Mana ada! Lukisan kau kalah pelukis Monalisa!", sebaris ayat penuh tamadun diluah oleh Anna.

"Cara kau mewarna pun dah nampak kehancuran dunia."

Terhenti pergerakan tangan Evel. Matanya merenung tajam wajah acah tidak bersalah milik Anna.

Anna pula hanya tersengih tanpa rasa malu, "Apa? Aku jujur je."

"Mampus je la kau, anjing! Sibuk kacau hidup aku kat sini." ujar Evel, geram. Berus warnanya dijatuhkan ke lantai yang turut sudah dikotori warna.

"Alaa, baby bushuk-bushuk! Janganlah marah. Awak tak rindu kitew ke? Dah seminggu tak jumpa la baby..." Anna memukul-mukul bahu Evel penuh kegedikan. Dan hasilnya, dua jelingan tajam dihadiahkan buat diri.

"Apa hal korang datang? Scarlet mana?" soal Evel. Dia mula bangun untuk membersihkan diri.

"Oh, dia kata busy hari ni. Esok dia datang jumpa kau." jawab Lia.

Evel memusingkan tubuhnya sambil tangan memegang tuala. "Busy? Penting betul hal yang dia uruskan tu sampai tak sempat nak jumpa aku dengan Alex. Anna, kemaskan benda alah tu semua."

Jari di tuding ke arah longgokan barang yang digunakan tadi, lalu dipusing-pusing dalam bentuk bulatan bagi menunjukkan 'semua'. Wajah tidak puas hati Anna dibuat tidak nampak sahaja lalu Evel melangkah masuk ke dalam bilik air.

"What..." Anna menunjukkan riak hodoh. Dia bangun dari bersila lalu dua tangan diangkat untuk meregangkan bahunya. "Aku terlalu gojes untuk semua ni. Lia, kau bersihkan eh. Bye!"

Lia hanya mampu melopong memandang Anna yang sudah melangkah keluar. "Sikit-sikit aku yang kena. Memang aku sorang je waras. Memang! Inilah dunia, tak adil!"

_____________________

~21/04/21~

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now