B17

245 52 12
                                    

Troli yang berisi dua buah bagasi ditolak perlahan. Matanya meliar mencari pemilik wajah tampan yang tidak setampannya, atau lebih tepat, Raven.

Ya, awal-awal Kyle dah kata tak nak ambik dia hari ni. Siapa lagi Alvin nak suruh jemputkan dirinya kalau bukan Raven. Hao? Awal-awal sengaja tak nak angkat call. Ayden? Tunggu dia dah nazak nyawa tinggal satu peratus, baru lelaki tu nak datang.

Troli ditolak hingga keluar airport. Mata Alvin melekat pada figura seorang lelaki yang bersandar pada keretanya, sambil dua tangannya diletakkan ke dalam poket. Wajahnya pula tertutup dengan spek hitam.

Sekali tengok, makin tipis iman.

Dua kali tengok, meh lah cari tok kadi.

"Yow, anak beruk!" Sapa Alvin sebaik sahaja berhenti di tepi kereta milik Raven.

Raven mengerling sekilas lalu terus berlalu ke dalam kereta. Alvin pula hanya mencebikkan bibirnya tanda menyampah. Nasib baik dah terbiasa kena palau.

Bagasi disimpan ke dalam bonet kereta lalu Alvin mengambil tempat di sebelah pemandu.

Wajah ketat Raven dikerling sekilas. "Kau ni cubalah tunjuk muka happy sikit tengok aku dah balik. Dua minggu tau kita tak jumpa, takkan tak rindu."

"Muka happy?" Soal Raven dengan nada datar. Matanya masih melekat ke arah jalan raya. "Macam ni?"

Wajah beku dihalakan ke arah Alvin. Hanya hujung bibir belah kanannya sahaja yang terjungkit sedikit, menunjukkan betapa 'happy' nya Raven saat ini.

"Itu muka iblis, bukan muka happy!" Bidas Alvin yang masih tak puas hati. Wajah toya ditayang apabila sekali lagi dirinya dipalau.

Suasana sepi seketika sebelum tiba-tiba Alvin menjerit kuat. "Woi, Nyah! Kau nak bawak aku pergi mana ni?! Aku nak baliklah."

"Mission." Jawab Raven selamba. Stereng dipusingkan ke arah kanan, sekali gus membelokkan kereta itu.

"Pale otak kau mission! Aku baru balik, takkan dah kena buat mission. Bagilah aku rest dulu."

"Kau tak payah buat apa-apa, Alvin. Just duduk diam pun dah cukup membantu, so please shut the fuck up."

"Tak, masalahnya kenapa kita berhenti depan sekolah ni?" Soal Alvin sambil terjenguk-jenguk ke arah sekolah menengah yang lengang. Pukul sebelas pagi, mesti tengah sesi belajar lagi.

"Tunggu Kyle kejap." Telefon dikeluarkan dari poket seluar lalu Raven menyandarkan badannya ke kerusi. Senyap sahaja keadaan mereka apabila Alvin diam merenung sekolah itu.

Terbeliak mata Alvin apabila terlihat satu kelibat baru sahaja melepasi pintu pagar sekolah. Amanda a.k.a Edrianna Aulia.

"Rav, aku keluar kejap."

Tak menunggu lama, pintu terus dibuka kasar lalu Alvin menghilangkan dirinya ke arah sekolah. Laungan Raven yang memaksanya kembali ke kereta tak dihiraukan. Pintu pagar sekolah dituju lalu dengan selambanya dia melangkah masuk.

"Encik, tunggu. Encik tak boleh masuk sesuka hati." Halang salah seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas. Dia berdiri tegak di hadapan Alvin, memaksa lelaki itu menghentikan langkahnya.

"Huh? Aku nak cepat ni, janganlah halang jalan." Bantah Alvin, keras.

"Maaf, Encik tak boleh masuk sesuka hati. Tolong isi maklumat dan dapatkan pas kebenaran dulu." Pengawal keselamatan itu turut sama tak mengalah.

Alvin hanya mampu mengeluh kuat melihat wajah lelaki berumur dalam lingkungan 40-an itu. Rambutnya diraup kasar. "Mana nak isi? Cepatlah, aku tak boleh lama ni."

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now