B30

203 29 46
                                    

Sunyi.

Gadis itu diam merenung sebiji kereta  Black Mustang GT yang diparkir tidak jauh dari banglo yang didiaminya. Agak tersorok, namun bukan sukar untuk dia yang memang bermata helang, mengesan kewujudan kereta itu. Apatah lagi di kawasan perumahan yang masih kebanyakannya sunyi tanpa penghuni, dia dapat mengenal pasti jika ada orang asing di sini.

Bibirnya mengukir senyum sinis. Mentah! Mengintip pun boleh kantoi.

Evel melangkah kembali ke dalam biliknya. Telefon yang diletakkan di meja solek dicapai lalu dibawa ke katil. Dia duduk bersila sambil bersandar pada kepala katil itu.

Jarinya lincah menaip beberapa patah perkataan lalu dihantar pada seseorang.

'Bunuh dia malam ni.' - Evel

'Not now. Aku masih nak tunggu apa tindakan diorang.' - Scarlet

Evel merengus geram. Entah apa lagi gadis yang bernama Scarlet itu ingin menunggu. Kan senang terus bunuh and mission completed! Tunggu, tunggu dan tunggu. Lepas tu apa? Gagal?

"Kau tahu aku tak boleh tunggu lama, Scarlet," bisik Evel pada dirinya sendiri. Mata yang mula terasa panas dikesat dengan belakang tapak tangan. Namun bagai tak berhasil apabila semakin lama semakin laju air matanya mengalir.

Mukanya ditekup dengan bantal, cuba menahan esakan dari keluar meskipun dia hanya keseorangan di situ. Dadanya ditumbuk beberapa kali, menahan rasa sebu di hatinya.

Beban.

Tanggungjawab.

Matlamat.

Semuanya menghimpit dia. Semuanya memaksa dia untuk terus kuat. Sedangkan pada akhirnya, benarkah kejayaan itu untuk dia?

.

.

.

.

.

     Alex menarik laci yang terletak di tengah sekali. Berkerut dahinya sebaik melihat senaskhah buku tebal dengan kulit keras berwarna biru gelap. Buku itu ditarik keluar lalu terus diselak. Sekali lagi dahinya berkerut memandang muka surat pertama.

"Huh, Steven dengan Raven? Noobnya muka diorang kecik-kecik dulu." kutuk Alex selamba. Sekeping polaroid yang dilekatkkan di muka surat pertama itu disentuh. Muka surat kedua pula diselak.

Matanya dijuling menyampah melihat gambar Steven dan Ivy yang duduk rapat dan nampak mesra dengan sebelah tangan Ivy melilit leher lelaki itu. Gaya member je. "Aish, bakal abang ipar tak jadi aku ni berani pulak nak menggatal dengan betina lain. Tahu la minah ni cantik. Duh, aku pun tergoda nak cakap orang pulak."

Gambar-gambar yang lain turut ditilik. Semuanya gambar Steven bersama keluarga dan sahabatnya. Hurm, a lovely and caring man. Bukan selalu lelaki nak simpan gambar macam ni.

Sehinggalah hampir sepuluh helaian diselak, tiada lagi gambar. Yang ada hanya logo-logo yang cukup dikenali oleh Alex. Dan butiran-butiran di bawahnya. Bibirnya dicebik membaca setiap satu yang tercatat menggunakan tulisan tangan disitu. Dakwat yang berwarna hitam itu nampak kian pudar.

"Kau pegang apa?" soal Kyle yang baru sampai ke dalam bilik siber Alex. Atau lebih mudah, bilik siber yang pernah digunakan oleh Steven suatu ketika dahulu.

Hampir lima minit dia diam memerhatikan sahaja Alex duduk di kerusi utama, dan otaknya melayang mengingati Steven. Sungguh dia rindukan lelaki itu dan setiap kali perasaan rindu itu menjelma, dia akan melepak di sini. Atau lebih tepat, setiap mereka akan melarikan diri ke sini setiap kali rindu atau ada masalah. Terasa bagaikan Steven masih hidup di dalam bilik itu, bersama senyumannya yang sentiasa menenangkan.

Steven adalah abang bagi semua. Abang bagi Raven, Kyle, Hao, Alvin, Ivy, dan dirinya sendiri. Tiada siapa dapat menggantikan lelaki itu. Tiada siapa walaupun berpuluh orang telah dia temui.

"Buku apa ni?"

Soalan dari Alex mematikan lamunan Kyle. Buku berkulit keras ditangan Alex direnung sebelum helaan nafas berat di lepaskan. "Itu... Buku yang ex hacker kitorang sempat tulis sebelum dia meninggal. Semua maklumat musuh untuk tujuh tahun lepas ada dalam buku tu."

Dan itu juga yang buatkan Kyle keliru sampai sekarang. Steven seakan-akan tahu akan kematiannya. Seminggu sebelum itu dia hanya berkurung disini untuk melengkapkan buku tentang musuh. Bagaikan tahu yang satu hari nanti, dia tak dapat berkhidmat untuk kumpulan dan cukuplah segala maklumat itu untuk menyelamatkan mereka.

"Ex hacker? Steven?" Alex meminta kepastian.

Kening Kyle terjungkit apabila sebaris nama itu maluncur dari mulut Alex. "Mana kau kenal dia?"

"It's a shame if I don't know him. No wonder korang dapat tahu maklumat musuh walaupun takde hacker kekal dalam group ni." komen Alex, pendek.

"Hmm, kitorang cuma akan cari hacker sementara untuk dapatkan maklumat baru. Bergantung pada mission."

"Steven... Ada kata apa-apa sebelum dia mati ke?" soal Alex, ingin tahu.

"Maksud kau?"

"Well, orang nak mati ni kadang-kadang banyak melalut tapi ada masa lalutan dia berguna. Who knows, right?" teka Alex, sembarang. Kedua bahunya dijungkitkan lalu buku tadi disimpan ke dalam laci semula.

"Mengarut." tempelak Kyle. Baginya itu tidak masuk akal. Namun begitu, otak pula bagai tidak bekerjasama apabila tiba-tiba berhempas pukas ingin mengingati apa-apa klu dari Steven suatu ketika dahulu. Hatikan kuat mengatakan ada sesuatu. Tapi apa?

"Yang pergi takkan kembali. Kalau aku takde nanti, jangan biarkan aku jadi memori yang hantui korang. Tolong gantikan aku dengan sesuatu yang lebih berharga. Life is too worthy to be wasted on something you know you can't grab."

Kyle tergelak sinis bagai mengejek diri sendiri. Haih, itu saja yang otaknya dapat ingat. Steven pun terlalu banyak dengan kata-kata nasihat sampai dia naik pening.

Gantikan, huh?

Mustahil dapat gantikan permata dengan kaca. Kalau nak gantikan sekali pun, dia akan cari permata yang jauh lebih berharga dari Steven. Tapi dia yakin takkan ada. Sang permata hanya satu dan tak dapat diganti.

Dan, sekarang permata itu sudah hanyut di lautan. Mustahil dia akan jumpa kembali walaupun sanggup menyelam.

_____________________

~22/02/21~

A short chap, not even reach 1000 words. Saje nak bagi tenang ii dlu sebelum war gitu. Btw, ada tak yang simpati tgk Hell nangis?

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now