B12

269 58 27
                                    


-You are too special till I can't find the perfect word to describe you. 'Cause you are 'YOU'.-

----------

        BONET  kereta ditutup setelah semua barang Alvin disumbat ke dalam. Kyle menggosok kasar kedua belah tangannya, tanda berpuas hati setelah berpenat lelah mengangkat beg Alvin yang berat serupa mengisi Hao didalamnya.

Jangan dia culik betul budak tu, bawak pergi Dubai. Naya kang jadi kes penyeludupan manusia. Kalau ye pun nak buat, bijaklah sikit potong-potong dulu badan budak tu, senang nak angkut.

"Weh, Alvin. Cepat ah sikit. Aku ada kerja lagi lepas ni." Teriak Kyle ke arah Alvin yang memeluk erat salah satu tiang di garaj itu. Siap angkat sebelah kaki lagi, bersungguh nak peluk.

"Sabarlah! Aku nak melepas rindu ni. Nanti aku dah takde kat Malaysia, mesti rumah ni rindu kat aku. Hikss." Bibir dicebik lalu pelukannya diperkemas. Perlahan dia membisik ke arah tiang itu. "Sayang jangan rindu daddy tau. Nanti daddy balik cepat-cepat untuk sayang."

#alvinsendu

"Ni rumah Ayd, pahal nak rindu kau pulak? Kalau rumah ni boleh bercakap, aku yakin dia pun tak nak kaki busuk kau jejak kat lantai rumah."

Kyle mengurut perlahan pelipis kepalanya. Kenapalah mesti dia yang kena hantar budak terencat ni pergi airport. Asal budak terencat, Kyle urus. Asal Kyle, mesti urus budak terencat.

Nanti tak pasal-pasal Kyle yang jadi terencat.

"HUWARGH! KYLE, AKU TAK NAK PERGI DUBAI!"

Terhinjut bahu Kyle apabila Alvin tiba-tiba sahaja melepaskan si tiang lalu melutut dihadapannya. Dengan pakej mata berair, muka merah. Macam mati bini pun ada.

Eh lupa, Alvin masih single.

"Kau apahal, gila? Bangun ah cepat. Aku takde masa nak layan drama kau ni." Selamba Kyle mengabaikan Alvin yang masing melutut, lalu masuk ke dalam kereta.

Alvin pula sudah terpinga-pinga. Asal lakonan dia tak jadi hari ni? Biasanya kalau nampak air mata dia, Kyle terus lembut hati.

Maklumlah, air mata berlian.

Alvin bangun lalu lututnya yang terpalit habuk ditepuk-tepuk sedikit. Bajunya turut diratakan sehingga yakin kelihatan segak. Kemudian, rambutnya pula dibelek pada cermin tingkap kereta Mercedes hitam milik Ayden di sebelahnya itu.

Yakin dirinya sudah sehensem putera raja dalam cerita Cinderella, ketiaknya pula dihidu. Fuh, sewangi kasturi. Purfect!

Buat kali terakhir, rambutnya diselak ke belakang penuh bergaya, lalu dia berjalan ke arah kereta yang dinaiki Kyle.

Jauh okay, garaj rumah Ayden ni besar sebab anak-anak ikan dia semua sibuk menyelit kereta kat sini. Sebagai leader yang baik, dia buat garaj besar khas untuk anak-anak ikan yang perangai cam setan ni.

Baru beberapa tapak berjalan, Alvin menghentikan langkahnya. Tiba-tiba, dia tersengih sendiri sambil mata melirik kembali ke arah kereta kesayangan Ayden yang dibuat membelek wajah kacaknya tadi.

Karma is real. Oyeah!

.
.
.
.
.
.

         IVY memusingkan kepalanya ke kiri dan kanan lalu tangannya naik mengurut perlahan leher jinjang miliknya. Terasa lenguh satu badan apabila hampir tujuh jam punggungnya melekat pada kerusi tanpa bergerak seinci pun.

Kepala disandar lalu matanya ditutup seketika. Akhir-akhir ni, makin banyak pula kerja office yang perlu diuruskan. Belum lagi nak kena cover tugasnya sebagai orang atasan sebuah geng mafia. Naik pening rasanya.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now