B46

159 27 32
                                    

SEPI.

Kedua-duanya hanya diam merenung air kolam yang jernih tanpa sebarang kotoran. Kocakan kecil terhasil apabila angin menyapa perlahan permukaan kolam itu.

"Kau nak cakap apa dengan aku?" soal Alvin, mendatar.

Anna meneguk kasar air liurnya. Sejujurnya ini kali pertama dia mendengar nada dingin seorang Alvin ketika berbual dengannya. Tiada lagi suara ceria dan mengada yang menerobos ke telinga. Apatah lagi kata-kata manis yang selalu cuba mencuri hatinya. Atau lebih tepat,

Telah berjaya mencuri hatinya.

"Aku..." Anna menarik nafas dalam, cuba menenangkan hatinya yang sejak tadi berdegup kencang. "Aku nak mintak maaf."

"Huh, untuk apa?" soal Alvin pula. Sebelah keningnya terjungkit pelik memandang Anna.

Namun melihatkan wajah kacak tanpa secalit senyuman itu sedikit-sebanyak menghancurkan hati si gadis. Keyakinan yang sudah berhari-hari dibina bagai roboh begitu sahaja apabila tatapan dingin lelaki itu menjamah wajahnya. Senyuman manis dipalsukan sekadar menutup rasa gundah yang kian menggila.

"Pasal hari tu. Aku tahu aku melampau. Aku tuduh kau macam-macam tapi aku tak mak–"

"Tak apa." potong Alvin laju. Matanya dilarikan ke arah awan yang mula mendung. Mungkin akan hujan tidak lama lagi. "Aku suka perempuan jujur."

Sakit.

Entah kenapa kata-kata itu bagai menyiat hatinya sendiri. Alvin menggengam erat tangannya, cuba untuk tidak menonjolkan sebarang reaksi di hadapan Anna.

"Sss... Suka?" Tergagap-gagap Anna menyebut satu perkataan itu. Adakah ini bermakna Alvin masih menyimpan perasaan padanya? Mujurlah! Mujur sahaja dia sempat membaiki hubungan mereka sebelum dia kehilangan seperti kata-kata Scarlet. Sungguh dia tidak dapat bayang jika benar-benar kehilangan itu terjadi.

Sepi.

Kedua-duanya bagai hanyut sendiri dalam dunia masing-masing. Anna yang asyik tersenyum-senyum memandang kaki sendiri. Terasa bahagia dan bebas selepas meluahkan maafnya. Sekarang hanya tinggal satu perkara sahaja lagi yang perlu diluah.

"Alvin..." seru Anna perlahan namun cukup untuk membuatkan Alvin berpusing memandangnya. "Aku sebenarnya..."

"Sebenarnya aku pun suka kau."

DANG!

Bagai ingin menangis Alvin apabila sebaris ayat yang selama ini ditunggu akhirnya keluar dari seulas bibir merah jambu itu. Lebih setahun dia menunggu, lebih setahun dia berusaha untuk menawan hati gadis itu. Dan akhirnya, hari ini menjadi bukti bahawa usahanya tidak sia-sia.

Namun mengapa baru sekarang? Mengapa perlu mengambil masa yang terlalu lama untuk menyeksa dirinya? Tidak layakkah dia untuk gadis itu? Mengapa takdir bagai sengaja ingin membuatkan dirinya jatuh melutut menahan kecewa?

"Maaf, aku dah tak sukakan kau."

Pantas Anna mengangkat mukanya. Lututnya terasa lemah untuk menampung berat badannya sendiri. Bagai tidak percaya dia menatap dalam anak mata Alvin, namun kosong. Dia tidak dapat merasa sebarang emosi dalam diri Alvin. Segalanya kosong, tidak seperti dulu.

"Aku dah ada calon isteri. Tak lama lagi aku akan kahwin." sambung Alvin lagi.

"Tt... Tapi–"

"Stop it, Anna! Aku dah tak sukakan kau. Jangan jadi perempuan murah terkejar-kejarkan aku. Lepas ni aku akan kahwin, jadi aku harap kau faham. Tolong jauhkan diri kau daripada aku." ujar Alvin lagi. Nadanya mendatar bersama wajah tegang tanpa sebarang emosi. Bagai tidak bersalah sahaja dia menatap mata Anna yang sudah berkaca-kaca.

Árulás [Betrayal] Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin