B57

129 23 18
                                    

"Evel!"

Evel yang baru mula melangkah terus mematikan gerak kakinya. Badan dipusingkan menghadap Raven yang berjalan ke arahnya. Tubuh jejaka itu yang berayun mengikut jejak langkah di tunggu dengan sabar.

"Why?" soal Evel, sepatah. Sebelah keningnya dijungkit rendah pada Raven yang sudah berdiri di hadapannya.

"Mission kau... Aku nak join." ujar Raven tanpa perasaan sekaligus menimbulkan kerutan pada dahi Evel.

Pelik, wajah Raven yang tinggi lebih 20cm daripadanya dipandang sambil mendongak, "Ayden macam mana? Kau dah bagitahu dia? Kalau dia tak setuju, sorry aku takkan bawa kau."

"He told you, kau boleh ambil berapa banyak anak buah yang kau perlukan. Aku pun anak buah, so kau berhak nak bawa aku." tegas Raven lagi. Matanya merenung tepat wajah ragu Evel. Dia tahu pasti sukar gadis itu ingin membuat keputusan, apatah lagi tanpa perbincangan dengan Ayden.

Dan Raven cukup pasti bahawa Ayden takkan membenarkan dia turut serta dalam misi Evel. Namun, dia ada tujuan sendiri. Sebab itulah dia terus meminta dari Evel dan bukan Ayden. Hiraukan sahaja Ayden, lelaki itu semakin lama semakin hilang akal. Malas sudah dia ingin melayan.

"Hmm, fine. Nanti aku roger kau." putus Evel. Membawa Raven pasti akan memberi kelebihan padanya.

Evel kembali berpusing untuk meneruskan langkahnya dan tanpa disangka, Raven setia mengekori di sebelah. Aneh, langkah dihentikan lalu kepala dipalingkan menghadap Raven.

"Kenapa ikut aku?" soal Evel.

"Actually, aku nak ajak kau pergi satu tempat. Wanna come?"

"Pergi mana?"

"Meet my mum." Sebaris senyum nipis menghiasi wajah Raven apabila menyebut tentang ibunya itu. Sebaliknya pula dengan Evel, dahinya semakin berkerut. Terasa aneh dengan perangai Raven.

.
.
.
.
.
.
.

"Jadi, inilah kawan yang bunuh Steven dulu?"

Evel hampir tersedak air liur sendiri apabila Puan Ellis, mama kepada Raven meluahkan sebaris ayat tajam itu dengan senyuman manis dan pelukan mesra. Wajah Evel ditekap dengan dua tapak tangan tua itu llau dibelek-belek dengan senyuman manis.

Eh makcik, anak makcik mati tau. Kenapa makcik happy jumpa pembunuh dia.

"Mama, Rav nak naik dulu." pinta Raven lalu meninggalkan Puan Ellis berdua dengan Evel disitu.

"Sure, boy. And you, jom kita borak-borak dulu." Tangan Evel digenggam lembut lalu ditarik memasuki rumahnya. Sengaja dia membawa Evel duduk di halaman belakang, menikmati angin petang di situ.

Evel dibiarkan duduk di kerusi kayu sementara Puan Ellis masuk untuk mengambil hidangan minum petang. Si gadis itu terpinga-pinga melihat keramahan Puan Ellis terhadapnya. Tidak kurang juga rasa gementar apabila berhadapan dengan keluarga mangsa pembunuhannya itu. Apa yang patut dia katakan kepada wanita itu? Pasti dia sangat kecewa.

"Sorry, aunty lambat." Puan Ellis melabuh duduk setelah menurunkan air teh panas dan hidangan ringan di atas meja. Dia tersenyum melihat Evel yang mula menuang air ke dalam dua biji cawan lalu satu diletakkan di hadapannya.

"Jadi, nama you tadi siapa? Maaflah, aunty lupa." Puan Ellis tergelak kecil.

"Evelyn Helena." jawab Evel, gugup. Nafasnya yang mula tidak teratur cuba dikawal. Semakin lama semakin teruk rasa gementarnya ini.

Puan Ellis mengangguk ringkas. Matanya sempat jatuh pada tangan Evel yang menggigil. "Cantik nama, macam tuannya. Evelyn kenapa pegang cawan macam nak jatuh ni? Takut dengan aunty ke? Janganlah takut, aunty tak membunuh."

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now