B42

177 29 21
                                    

"SO, aku nak kau keluar dari rumah aku sebelum aku sendiri yang bunuh kau, Hell!" halau Ayden. Mukanya jelas tegang sehinggakan timbul urat leher. Matanya turut memerah menahan marah.

"A... Aku–"

"Keluar!" jerkah Ayden lagi. Sedikit pun dia tidak mahu mendengar suara gadis itu.

Evel pula hanya diam. Meskipun dadanya sudah turun naik menahan debar, dia masih menunjukkan riak tenang. Isyarat dihantar pada Encik Haze, Encik Richard dan Puan Airine agar tidak masuk campur. Tiga figura itu hanya patuh apabila melihat Evel yang mula memegang lembut tangan Scarlet.

Evel cuba mencari anak mata Scarlet tetapi gadis itu segera menunduk. Tangannya menggigil menahan seribu satu rasa di hati. Evel pula masih tenang mengusap lembut tangan adik kembarnya meskipun dia sedar Ayden mula mengacu pistol padanya.

Bunyi picu ditarik kedengaran lalu satu tembakan dilepaskan oleh Ayden. Alex yang sedar pantas menendang tangan lelaki itu membuatkan tembakannya tersasar.

Mata Alex mencerlung merenung 'ketua'nya. Seketika pandangan dilarikan pada Evel dan Scarlet. "Sis just spill everything!"

Desakan dari Alex hanya dibalas dengan jelingan maut Evel. Evel mendekatkan mulutnya pada telinga Scarlet lalu berbisik lembut, "Aku percayakan kau, Scar. Semuanya terserah pada kau."

"A... Aku tak boleh." Scarlet turut berbisik. Suaranya bergetar mengingati memori lepas.

Evel tersenyum tawar. Dia tak dapat buat apa-apa kalau Scarlet sendiri tidak bersedia. "It okay. Kita balik je." Evel bangun lalu tubuh Scarlet yang masih menggigil turut ditarik bersama.

Lia dan Anna sudah terkelip-kelip mata memandang tindakan mereka berdua. Apabila ibu bapa mereka bangun, perlakuan itu hanya diturut. Masing-masing setia di sisi keluarga sendiri. Alex pula merengus geram. Matanya tajam merenung Evel dan Scarlet.

"Lia, kau isteri aku!" Kyle bersuara apabila Lia tidak menurut isyarat matanya yang menyuruh duduk. Lengan gadis itu cuba ditarik agar duduk kembali. Namun pantas sahaja Encik Haze merenung tajam wajah lelaki itu. Perlahan-lahan, Kyle terpaksa menjatuhkan tangannya.

Bunyi pintu dibuka membuatkan semua mata tertumpu disitu. Muncul kelibat Ivy dan Sarah yang terpinga-pinga melihat suasana tegang mereka.

"Hell?" Ivy bersuara pelik.

Manakala, Sarah pula sudah membuntang mata. Perlahan-lahan dia kembali melangkah kebelakang. Baru sahaja kakinya tersarung kasut, satu peluru tepat mengenai lengannya. Kepala pantas diangkat memandang wajah Scarlet yang jelas tegang. Gigi diketap melihat pistol ditangan gadis itu yang masih teracu padanya.

"Kau nak lari mana?" soal Alex sinis.

Hampir semua terkejut melihat tindakan Scarlet dan Alex. Raven pantas bangun lalu pistolnya diacu tepat dibelakang kepala Scarlet. "Letakkan pistol kau!"

Scarlet tergelak sinis. Perlahan-lahan pistolnya dijatuhkan ke lantai. Selamba gadis itu berpusing menghadap Raven lalu mata hazel cairnya merenung tepat anak mata kelabu milik Raven. "Pertahankan betina tu? Kau pilih betina tu daripada aku?!"

"Scarlet, it's not him!" cantas Evel. Tubuh Scarlet ditarik ke belakangnya. Scarlet pula tercungap-cungap menahan dadanya yang turun naik dengan amarah. Terasa bagai tidak cukup oksigen untuk dihirup. Sesak! Terlampau sesak!

"Fine! Kalau korang nak tahu siapa pembunuh Steven, memang Evel yang bunuh!" Jerit Scarlet. Gelak sinis sekali lagi dikeluarkan. "Tapi, puncanya aku! So, bunuhlah aku! Bunuh!"

"Scar!" Puan Airine sudah memeluk erat tubuh Scarlet. Mata gadis muda itu basah tetapi langsung tidak kedengaran raungannya.

"Aku punca dia mati..." Jeda. Masing-masing melekapkan mata pada seraut wajah Scarlet yang merenung kosong pada dinding. "Tapi, bukan aku yang nak dia mati. Aku cintakan dia. Aku sayang dia. Kalau tak disebabkan..."

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now