B31

188 30 40
                                    

    DUA pucuk pistol sudah sedia terselit di pinggang. Sebilah pedang tersarung kemas dan digantung di kiri badannya. Sebilah pisau bersaiz kecil diselit di celah boot hitam yang dipakai. Cermin besar yang berada di depannya ditelek sekilas. Berpuas hati dengan segala kelengkapan peribadinya. Kepala hoodie ditarik menutupi wajahnya. Senyum sinis diukir lalu langkahnya diatur ke arah luar bilik.

Sebaik sahaja bertembung dengan Sylvia, gadis itu memandang sayu ke arah ketuanya. Risau. Terlampau risau. Tapi untuk menegur hanya bagai meletakkan nyawa di hujung pedang gadis itu.

"Mana Fidz?" soal Evel sambil matanya tajam memeriksa sekeliling.

"Fidz dah sampai kat sana. He is watching the girls." jawab Sylvia, merujuk pada Ivy dan Srah yang sudah ditangkap sendiri oleh Evel pada malam tadi.

"Kerja yang aku suruh dia buat semalam dah settle ke?"

"Dah, miss. Semua dah dikumpulkan."

"Aku tak nak seorang pun tertinggal. Faham?" tekan Evel. Wajahnya hanya beriak selamba meskipun nadanya kedengaran keras. Topeng hitam yang tersimpan di poket di tarik keluar lalu dipakaikan ke muka.

Sylvia hanya mengangguk ringkas. Tidak berani untuk bermacam-macam kerenah kerana dia sendiri sedia maklum betapa keringnya hati seorang Evel.

Evel hanya mengangguk tanda puas hati. "Jom gerak. Aku ada hal nak settle dengan the girls."

.

.

.

.

.

"Aku nak bunuh dia, Scarlet! She deserves to die!" tengking Evel pada kembarnya, Scarlet.

Ya, kembar. Haihh, dah nak ending baru dia muncul ya.

"No, Evel. Please, kau tahu aku sentiasa ada rancangan." pujuk Scarlet. Matanya merenung dalam ke arah mata Evel, berharap agar gadis itu bersetuju untuk mengikut rancangannya.

Evel menggeleng laju. "You know it too risky, Scarlet. Aku tak nak semua usaha kita sia-sia. Kalau kita salah jalan sekali je, kuasa Amonic akan jatuh pada diorang. Kau nak ke semua usaha Mama dan Papa jadi sia-sia?"

Tangan Evel diraih. "Tapi kalau kita ikut rancangan kau, tetap berisiko. Macam mana kau nak memerintah lepas semua ni jadi nanti. Lia dan Anna–"

"Jangan sebut pasal diorang berdua!" tengking Evel, memotong kata-kata adiknya. Muncung pistolnya sudah melekat pada dahi Scarlet, sebagai amaran.

Sedar dengan perbuatannya yang melampau, pistol itu dicampak kuat ke tepi, mengenai satu bingkai gambar yang tergantung di dinding. Bingkai gambar itu jatuh lalu pecah berderai. Pandangannya jatuh pada gambar tersebut sekaligus membuatkan dadanya terasa bertambah sesak. Mata Evel yang merenung tajam mula kemerah-merahan bagai akan basah dengan air mata. Urat-urat merah menghiasi bola mata itu, menampakkan betapa ngeri keadaannya tika itu.

Scarlet diam. Dia tahu hal itu tidak patut disebut. "Evel, I'm sorry. Tapi, please kali ni je. Kau percayakan aku kan? Please, Evel..."

"I'm sure Sarah akan jadi berguna untuk kita. Dia akan mempercepatkan kita peroleh semua maklumat." sambung Scarlet lagi.

"Nonsense! Kau fikir minah tu nak bekerjasama dengan kita ke? Back to your sense, Scar! You know who she is! And you know him well, Scar!" tengking Evel lagi. Amarahnya sudah tidak tertahan apatah lagi dia sedar masa yang dia ada tidak lama. Hanya sehari dua dan waktu perjuangannya akan berakhir.

Scarlet terdiam. Dia serba salah memikirkan keadaan itu. Dia yakin dengan keputusannya dan dengan skill yang dia ada, dia sendiri dapat menguruskan masalah yang mereka hadapi tika ini. Meskipun sedikit tersasar dari rancangan awal mereka.

"Evel..."

"Fine! Tapi rancangan malam ni aku tetap akan jalankan." putus Evel, tegas.

Scarlet pantas mengangkat mukanya. Jelas reaksi terkejut di seraut wajah itu. "No! Evel, please jangan buat. Tolonglah!"

"Scarlet, kau pun tahu masa aku dah habis kan?" sayu suara Evel, merenung lembut adiknya. Hanya Scarlet yang dia ada, dan hanya dia yang Scarlet ada.

"Aku tak nak hilang kau, Evel. Kalau diorang tangkap kau, kau akan mati. Aku tak nak. Please, Evel. Please kali ni fikirkan untuk aku jugak. Sanggup ke kau tinggalkan aku?" Scarlet menunduk. Suaranya kedengaran serak bagaikan menahan tangis. Dia tak sanggup kehilangan Evel.

Sesal!

Jika masa boleh diputar, dia akan bawa kakaknya lari jauh dari dunia gelap ini.

Evel menggenggam erat buku limanya, tidak mahu berlembut hati meskipun mendengar rayuan dari adiknya. Adik yang dingin, dan sama berhati kering seperti dia, tetapi sanggup menangis untuk perjuangannya malam ini. Selama bertahun-tahun mereka melakukan semuanya sendiri. Mereka yang merancang dan menjalankan semua plan. Tapi, berapa banyak kali dia perlu sedarkan Scarlet yang pengorbanan diperlukan dalam setiap perjuangan.

Lia,
Anna,
Mama
Papa,
Steven,
The Frew,
Dan ramai lagi sudah menjadi sebahagian daripada pengorbanan kali ini.

"Aku akan cuba... Untuk tak terkorban."

Evel sedar musuh mereka kali ini bukan calang-calang. Apatah lagi dengan kehadiran Lia dan Anna.

"Kau terlampau fikirkan Amonic, sampaikan kau lupa pasal aku, Evel. Kau lupa aku masih perlukan kau." ujar Scarlet. Suaranya jelas kedengaran terluka. Riaknya yang berubah kosong hanya dipandang sepi oleh Evel.

"Selfish! Demi Amonic, kau lupa tanggungjawab kau pada aku! Go to hell! Aku tak nak ada kaitan dengan kau!" hambur Scarlet lalu terus berlari keluar dari ruangan bilik itu. Air matanya merembes laju.

Evel hanya memerhati dengan ekor mata. Nafas berat dihela.

"Sebab sayanglah aku dapatkan kuasa Amonic untuk kau, Scarlet." bisik Evel perlahan. Setelah beberapa minit menenangkan diri, nama orang bawahannya diseru.

"Fidz!"

"Ya, miss." Fidz yang memang sedia dia luar pintu terus melangkah masuk. Wajahnya jelas menunjukkan riak simpati buat Evel. Dia dengar semua perbualan dua kembar itu.

"Arahkan Sylvia lepaskan Sarah dan Ivy. Suruh diorang sampaikan pada Ayden, aku nak perang malam ni jugak." Dia bukan pengecut untuk buat serang hendap. "Lepastu, kau follow aku untuk dua mission last kita. Petang ni kau dan Sylvia dah takde apa-apa urusan dengan aku."

Fidz terpempan. "Miss... Aku tak nak keluar dari kumpulan kau."

"Kau tahu lepas ni kau dah tak berguna pun kan."

Sebaris ayat dari Evel merentap hati lelaki itu. Diam, dia tidak menjawab sepatah pun.

"Carilah hidup kau sendiri. Dunia mafia terlalu kejam. Orang lain akan gunakan kau, Fidz." ujar Evel, kasar. Dia tahu tahap Fidz masih terlalu rendah. Tak layak? Mungkin itu yang patut dikatakan.

Selama ini Lia yang berusaha mengajar Fidz, Sylvia pula rapat dengan Anna. Namun sekarang tiada siapa dapat membimbing mereka. Evel terlalu sibuk dan mustahil akan membuang masa dengan membimbing orang bawahan. Ada terlalu banyak yang perlu dia uruskan sendiri.

_____________________

~23/02/21~

Tada! Laju aku update. Ceh story dah nak habis so aku saited gitew. Rasanya 35 chap je termasuk epilog😌
And semua dh ada dlm kepala, lega sikit aku.

And akhirnya aku dah jumpa tajuk😢

Happy reading! 🎉


Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now