B62 [FINAL]

341 23 49
                                    

"Mummy! Mummy! Nak main juga!"  pinta seorang gadis kecil, teruja melihat wanita di sebelahnya memegang sniper.

"Kejap la, baby. Bagi mummy puas dulu." Beberapa das tembakan dilepaskan mengenai papan sasaran di bawah. Senyuman puas menghiasi bibir merah itu sebelum kepalanya ditundukkan memandang gadis kecil yang bersila bersebelahan dengannya. Sniper dihulur pada gadis itu. "Mummy dah siap. Nah!"

"Wau, thanks mummy Ace!" sorak si gadis kecil bergelar baby itu. Sniper dihala bertentangan dari arah yang digunakan wanita tadi lalu kedudukannya dikemaskan. Matanya  fokus meneropong mangsa yang bakal menjadi penerima pelurunya sebentar lagi.

Baru sahaja ingin melepaskan tembakan, muncung sniper ditarik lembut oleh Ace. Wajah blur ditayang pada wanita itu. "Why, mummy?"

"Baby, baby nak shoot apa kat situ?" soal Ace, risau. Matanya mengerling figura-figura yang sedang melepak di halaman bawah itu. Sepatutnya, mereka hanya menembak di kawasan hutan tepi rumah, di mana papan sasaran diletakkan. Bukannya perkarangan rumah.

"Mummy, please! Once je, please! Baby nak shoot tu. Janji tak kena, sebelah je. Please!" Wajah comel ditayang buat Ace. Bibirnya dicebik manakala matanya dibulatkan.

Ace pula pantas menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh si gadis kecil itu. Ternaik sedikit hujung bibirnya apabila melihat figura Kyle yang dituding oleh baby.

"Dad Kyle?" 

Laju sahaja gadis itu mengangguk dengan wajah comelnya. Senyuman lebar terbit di bibir Ace. Nasib kaulah, Kyle. Siapa suruh kacau aku semalam.

"Fine, mummy benarkan. But, just once okay?"

"Okay, mummy!" sahut gadis itu. Muncung kembali disasarkan pada figura Kyle. Namun, sudah beberapa ketika menunggu masih juga tembakan tidak dilepaskan.

"Kenapa tak shoot?" soal Ace, aneh. Baby ini sudah sangat mahir bab menembak. Apa hal pula lambat?

"Abang Lavin kacau line la, mummy." rungut gadis itu.

"Cepatlah, baby! Nanti mummy Scarlet datang." desak Ace. Jamnya diperiksa berulang-kali.

"Sabarlah, mummy. Mati pula abang Lavin kang."

BANG!

"Siapa nak bunuh aku ni?!!"

Bergema suara Kyle. Ace dan Baby sudah terkekek mengetawakan Kyle dan beberapa figura lain di bawah yang nampak kaget sebentar tadi.

Gelak Baby semakin meletus kuat apabila terlihat Lavin yang merenungnya dari laman bawah. Eh, kantoi la dengan abang Lavin.

"Fyn, you're late."

Satu suara yang menegur membuatkan Ace dan baby menghentikan gelak mereka. Tersengih-sengih baby memandang figura ibu kandungnya yang merenung dingin.

"Hehehe, sorry mummy. Fyn turun sekarang. Bye, mummy Ace!" Laju sahaja baby, atau nama sebenarnya Darfynz Luna, terus berlari meninggalkan mummy-mummynya. Sempat tangan kecil itu melambai Ace.

"Apa bendalah kau ajar anak aku tu, Ace." tegur Scarlet sambil kepalanya digelengkan ringkas.

Ace mengangkat rendah bahunya. "Bukan salah aku. Aku nak training, baby yang menyebok. Aku bagi je la."

"Banyaklah kau. Buatlah anak sendiri kalau nak sangat." komen Scarlet lagi sebelum terus turun mengikuti langkah anaknya tadi. Dia mahu ajar anak-anaknya bertarung pula.

.
.
.
.
.

"Come here, boy!" teriak Anna sambil kakinya laju berlari mengejar anak kecilnya yang di piggy back oleh Alvin.

Árulás [Betrayal] حيث تعيش القصص. اكتشف الآن