B4

362 69 46
                                    

        Laci dibuka satu persatu. Isinya digeledah sebelum laci sebelahnya pula dibuka. Setiap satu isi laci dikeluarkan tetapi barang yang dicarinya masih tiada.

Eish, takkanlah gelang tu boleh jalan sendiri pulak. Bukan ada nyawa pun. Lia mengeluh. Dia bangun dari bersila lalu pintu dituju.

Lia keluar dari bilik sibernya lalu dapur dituju. Haus weh, minumlah dulu. Penat kot cari gelang tu, tak jumpa-jumpa.

Air mineral didalam peti sejuk dikeluarkan lalu dituang ke dalam gelas. Baru sahaja dia ingin meneguk, belakang badannya ditepuk kasar.

"Shit!" Carut Lia.

Hampir-hampir sahaja gelas itu nak tergelincir dari tangannya. Nasib baik genggamannya kuat.

"Sorry." ucap Evel, senada. Dia mengambil tempat disalah satu kerusi di kaunter dapur.

"Ha kau nak apa ni tepuk-tepuk orang? Macam tak boleh panggil je nama aku." Bebel Lia.

"Masakkan untuk aku."

"Eh asal aku pulak? Kau masaklah sendiri." Lia tersenyum nakal. Mula dah perangai gila dia.

Evel memandang kosong ke arah Lia. Bukannya Lia tak tahu Evel tak reti memasak. Kang tak pasal-pasal dia ajak kuali tu bertarung, naya je.

"Kalau rumah ni terbakar siapa nak tanggung?" Soal Evel lagi.

Lia tersengih. "Ni rumah siapa?"

"Aku," jawab Evel.

"Beli guna duit siapa?"

"Akulah."

"Siapa pemilik rumah ni sekarang? "

"Mestilah aku."

"So, ada nampak aku rugi ke kalau rumah ni terbakar?"

Kata Lia selamba. Apabila wajah Evel berubah tegang, ketawanya terus terletus kuat. Seronok betul kenakan leader dia ni.

"Hurm, takpelah. Aku makan maggi je."

Evel bangun dari duduknya. Kabinet dapur dituju lalu laci paling bawah dibuka. Kening Evel berkerut apabila kabinet yang khas untuk stok maggi dan ramen itu sudah kosong. Baru minggu lepas dia beli stok baru.

"Mana maggi?" Soal Evel.

Lia tersengih. "Err.. Malam tadi aku lapar so... Hehehe aku makan tiga paket."

Jari telunjuk, jari hantu dan jari kelingking diangkat tanda tiga. Terbayang-bayang maggi tomyam yang dia makan semalam. Hurm, sedap!

"Tapi, aku beli maggi dua bungkus and ramen sebungkus. Mana semua tu?" Soal Evel lagi.

Lia tiba-tiba sahaja memegang kepalanya lalu meraung-raung. "Argh, sakitnya kepala aku! Arghh, aku tak ingat apa-apa! Aku amnesia!"

Wajah Evel dipandang lalu wajahnya dibuat-buat terkejut. "Eh, siapa kau?! Siapa aku?! Aku tak ingat!"

Lahanat punya Lia! Kang amnesia betul baru padan muka.

Evel mengetap giginya geram. Nafas ditarik dalam lalu dihembus, cuba menenangkan diri. Matanya dibuka lalu wajah Lia dipandang sehabis garang.

Lia pula sudah terdiam. Eh, terlebih gurau ke?

"Erk, sebagai seorang yang menjadi mangsa amnesia, aku rasa lebih baik aku take a rest dalam bilik. Hehehe... "

Laju gadis itu berpusing lalu biliknya dituju. Tangga didaki, sambil-sambil itu matanya mengerling beberapa kali ke arah Evel. Pandangan tajam Evel buat air liurnya terasa kesat.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now