B44

158 26 33
                                    

Krak!

Bunyi retak yang terhasil dari pulasan tangan itu membuatkan dirinya tersenyum puas. Sekali lagi tangan yang sudah melemah itu direntap sehingga jelas kelihatan tulang yang tersembul keluar dari bahagian bahu sang mangsa. Bunyi jeritan kuat yang memenuhi ruang tidak dihiraukan.

"Last chance, bagitahu aku semua maklumat yang kau tahu tentang dia dan aku akan bagi kau peluang."

"Argh! Lepaskan aku!" jerit si gadis yang sudah tidak berdaya melawan. Jelas dia sudah tiada peluang untuk bergerak sedikit pun apabila hujung pisau yang dipegang pemangsanya sudah tenggelam di sebalik kulit perut. Sedikit sahaja pergerakan akan menyebabkan dia cedera teruk.

"Never, unless you give me what I want." mendatar sahaja suaranya keluar namun cukup membuatkan si mangsa meremang.

"Kau dah gila ke, Scarlet?! Kau khianat keluarga kau sendiri!" bantah si mangsa. Wajahnya jelas menunjukkan riak tidak puas hati.

"Keluarga? Keluarga aku Reaper. Dia yang besarkan dan didik aku. Aku pewaris dia." ujar Scarlet tenang. Pisau dengan mata bergerigi itu ditekan semakin dalam menembusi kulit perut si mangsa sekaligus membuatkan darah mengalir laju dari koyakan yang terhasil.

"Ergh! Kau gila! Hell kakak kau!"

"Dia tinggalkan aku so dia bukan kakak aku." selamba Scarlet lagi. Pisau tadi ditarik keluar. Lalu cengkamannya pada tubuh si mangsa dilepaskan. "Sokay, aku lepaskan kau sebab kau kawan aku."

Gadis itu bagai tidak percaya merenung wajah Scarlet. Sambil menahan sakit yang mencucuk-cucuk, langkahnya perlahan-lahan diundur menjauhi Scarlet. Matanya tidak lepas memandang curiga ke arah Scarlet, "Kau lepaskan aku?"

"Hmm, pergilah."

Si mangsa terus berpusing laju. Belum sempat dia melarikan diri, terasa cengkaman kuat pada rahang dan tengkorak kepalanya. Lalu dengan sekali pulasan, bunyi tulang kedengaran dan nyawa terpisah dari badan si mangsa.

Scarlet melepaskan selamba jasad tidak bernyawa 'kawan'nya lalu kedua-dua tangan yang bertutup dengan sarung tangan hitam itu dilapkan ke baju sendiri. "Huh, kawan konon. Aku tak perlukan kawan."

.
.
.
.
.

"Scarlet! Scar! Bangun, Scarlet! Kenapa dengan kau ni?" desak Evel. Air matanya laju mengalir meskipun dia tidak tahu apa punca tangisan itu keluar. Satu-satunya perkara yang dia tahu, Scarlet sedang sengsara dan kesakitan si adik itu yang memberi kesan padanya.

"Scar, bangunlah. Scar!" desak Evel lagi. Air mata yang turut mengalir dari sepasang mata bundar Scarlet yang sedang nyenyak tidur itu dilap dengan hujung jarinya. Kenapa Scarlet menangis dalam tidur?

"Evel, kenapa bising-bising ni?"

Teguran dari Puan Airine membuatkan Evel mengangkat kepala. Laju sahaja tubuh tua itu dipeluk erat. "Ma, kenapa dengan Scarlet?"

Puan Airine pantas melarikan pandangannya pada Scarlet. Membulat mata wanita tua itu apabila melihat Scarlet yang menangis dalam tidur sambil mulutnya bergerak-gerak tanpa bunyi. Segera satu jag air kosong yang tersedia disitu diraih lalu dituang pada Scarlet. Tidak sampai 5 saat, mata Scarlet terbeliak namun badannya kaku tidak bergerak.

"Scarlet! Kenapa dengan kau?" soal Evel cemas. Wajah datar Scarlet ditenung dalam.

"Evel, biar mama jagakan Scarlet malam ni. Evel pergi tidur kat bilik tamu ya?"

"Tapi, ma–"

"Takpe, malam ni je."

Evel menggigit lembut bibir bawahnya. Melihat senyuman manis Puan Airine, perlahan-lahan Evel bangun dan melangkah keluar.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now