B8

312 60 90
                                    

SUASANA sunyi menyelubungi mereka. Tiga lelaki dan dua gadis itu duduk saling menghadap, menunggu pesanan makanan masing-masing dihantar.

Si lelaki di belah kanan, manakala si gadis di belah kiri.

Anna selamba bermain dengan telefonnya. Sekali-sekala, mulutnya mengomel perlahan. Dia ada kat sini pun sebab terpaksa. Tiba-tiba je diheret oleh Lia.

Anna mengeluh perlahan apabila terasa bosan. Lia yang sibuk merenung wajah salah seorang lelaki disitu dikerling sekilas.

"So, kenapa kita ada kat sini?" Soal Anna agak kuat, mengharapkan mana-mana dari mereka akan menjawab.

Hao mengangkat kepalanya. "Untuk makan?"

"Bodoh!" Kepala Hao diketuk kuat oleh Alvin. "Semua orang pun tahu kita datang restoran untuk makan. Lain kali bodoh tu kau simpan sikit dalam almari."

"Dah dia tanya, aku jawab jelah."

Alvin memusingkan bola matanya. Kalau dah namanya Hao, tak menjawab tak sah.

"Gorgeous..." Seru Alvin. Bibirnya tersenyum penuh menggoda. Aww, mode buaya udara dia dah mai!

"Apahal?"

"What's your name? Aku Alvin."

"Hurm, nama aku Valencia." Jawab Anna pendek.

"Valencia? Bukan ke nama kau Amanda?" Sampuk Kyle, pelik. IPadnya yang sedari tadi dipegang, diletakkan ke atas meja. Hal ni lagi menarik dari kerja bertimbun dalam benda alah segi empat tu.

"Eh!"

Lia dan Anna berpandangan. Adeh, salah nama. Mission mana yang dia guna nama Valencia tu eh? Ah, lantak!

"Apa Amanda, apa Valencia ni?" Soal Alvin, tidak faham.

Hao hanya mengangkat bahu, tanda tidak tahu. Kedua lelaki itu mula fokus ke arah Kyle dan Anna.

"Valencia Amanda. That's my name." Jawab Anna mudah. Matanya dilarikan dari menatap wajah kacak Kyle.

"Hurm, okay." Kyle kembali meneruskan kerjanya yang tergendala. Dalam diam, dia tersenyum sinis.

Huh, dah lama kantoi identiti dua gadis itu.

"Kejap, aku bukan nak busybody ke, jadi makcik onion ke apa. Tapi, itu je? Korang takde nak terangkan apa-apa kat kitorang ke?" Soal Hao tak puas hati sambil jari telunjuknya dihala ke arah dirinya dan Alvin.

Memang mereka berdua sahaja yang masih blur.

" Not your bussiness." Jawab Lia pendek. Matanya melirik tajam ke arah dua lelaki itu, sekali gus membuatkan kedua-duanya terdiam.

"Sombong sial betina ni." Rungut Alvin perlahan.

"Tulah, nenek aku pun tak sesombong dia." Tambah Hao, turut berbisik.

"Masalahnya, sejak bila kau kenal nenek kau? Kau kan anak yatim."

"Ceh, mestilah aku kenal. Aku bukan macam kau, lupa family sendiri. Nama penuh aku pun belum tentu kau ingat." Bidas Hao sambil matanya dijulingkan.

"Jangan pandang rendah kat aku. Setakat nama kau, petik jari je boleh jawab ah." Riak Alvin. Bibirnya tersungging sengihan sinis. "Nama kau...--"

Hao sabar menunggu jawapan dari Alvin yang tiba-tiba sahaja menghentikan kata-katanya. Anna dan Lia juga turut sama mencuri dengar perbualan dua lelaki itu. Kyle pula awal-awal dah tersenyum sinis.

"Siapa nama dia?" Soal Anna apabila Alvin jeda terlalu lama.

"Nama dia... --"

"Nama aku?" sampuk Hao.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now