B28

202 32 54
                                    

       ANNA mengetap kuat giginya apabila sepasang kaki melangkah masuk ke dalam bilik kurungan tersebut. Matanya tajam menikam wajah si dia.

Evel yang sedar dirinya dijeling tajam, terus tersenyum sinis. Topeng mukanya dibuka lalu dengan selamba dicampak ke arah Anna. Tubuh Anna didekati lalu dia menunduk untuk menyamakan ketinggiannya dengan Anna yang sedang diikat di kerusi kayu.

"Miss me, dear?" provok Evel.

Tak membalas, sebaliknya kepala dihayun kuat ke depan untuk dihantukkan pada Evel.

Evel pantas mengelak. Matanya mencerlung apabila Anna menunjukkan riak sinis.

"I guess you're not. But, I miss you so damn much, dear." Pipi Anna diusap lembut hingga ke bawah dagu. Matanya merenung dalam ke arah anak mata milik Anna.

"Gila!" Hambur Anna geram. Kepalanya digoyang kasar untuk menjauhkan tangan Evel. Geli rasanya ingin disentuh oleh pengkhianat.

Evel membetulkan diri lalu menapak ke arah meja besi yang tersusun dengan pelbagai alatan seksaan. Jarinya dilalukan pada setiap satu alatan itu sambil tersenyum puas. Dengan badan yang masih membelakangkan Anna, pisau belati dicapai lalu diusap hingga ke hujung matanya.

"Well, I am. Sekarang jom tengok perempuan gila ni have fun." Senyum sinis diukir.

"Kau nak buat apa, Evel?!" jerkah Anna apabila tubuh Lia yang masih tidak sedarkan diri didekati oleh Evel.

Langkah dihentikan. Matanya jatuh kembali pada Anna. "Aku Hell, dear. Aku tak suka orang panggil aku guna nama lain so please jangan tempah maut awal-awal. Okay?"

"Tak, bukan! Kau Evelyn Helena. Kau Lyn! Back to your sense, Lyn! Ini bukan diri kau!" Jerit Anna, kuat. Berkaca-kaca matanya apabila Evel sekadar menjuih bibir tanda menyampah.

Evelyn yang dia kenal tak kejam. Ini bukan Evelyn!

Kata-kata Anna diabaikan lalu tubuh Ryan yang sudah tersedar pula didekati. Senyum sekali lagi diukir. "Hi, bitch. Wanna have some fun?"

"Hmph! Hmphh!" Gumam Ryan kasar. Bibirnya yang diikat ketat itu betul-betul menghalang sebarang perkataan keluar dari mulutnya.

"So, rasanya kau cakap yes."

Serentak itu pisau itu ditikam pada bahu Ryan dan ditarik keluar. Kemudian, luka itu terus disiat hingga tertanggal kulit tangan Ryan Menggelupur lelaki itu menahan sakit. Darah yang memercik dan mengalir laju mula membasahi hingga ke lantai.

Satu persatu cebisan kulit Ryan dibuang ke lantai hingga tangan kanan lelaki itu hanya meninggalkan daging dan darah. Suara jeritan Anna yang mengisi kesunyian langsung tidak dihiraukan.

Evel tersenyum puas. Darah yang mengalir itu diperhati penuh minat. Tak sampai lima minit dia berdiam diri, tiba-tiba sahaja tangannya merentap rambut Ryan membuatkan lelaki itu terdongak. Wajah lelaki itu berkerut menahan sakit.

Pisau tadi dimainkan di pipi lelaki itu. Evel tersenyum suka apabila Ryan makin mengatup rapat matanya. Bibirnya didekatkan pada telinga lelaki itu, "Seronok kan jadi pengkhianat?"

Evel tertawa kecil. Pisau ditekan sedikit demi sedikit sehingga membentuk satu ukiran nama, 'HELL'. Dia mahu semua mangsanya ingat yang dialah yang menarik nyawa mereka. Evel membelai ukiran nama itu, sebelum tiba-tiba pisau dihunus pada mata kanan Ryan. Pisau itu dipusingkan sehingga membelah kelopak mata lelaki itu. Kulit dibuang, menyerlahkan bola mata yang sudah berlubang tertusuk dengan pisau tadi. Dengan berhati-hati, tangan Evel yang lengkap bersarung tangan kulit hitam,  menarik bola mata itu keluar dari kelongsongnya.

Árulás [Betrayal] जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें