B39

157 25 63
                                    

"APA jadi semalam, babe?" soal Lia, risau. Wajah Anna yang kelihatan muram itu direnung dalam.

"Aku... Kalau aku cakap, kau akan percayakan aku ke, Lia?" soal Anna kembali. Sejak semalam, balik sahaja dari misi, dia terus berkurung di dalam bilik. Yang lain turut memberi ruang untuk dia menenangkan diri.

"Hei, kau member aku kut. Mestilah aku percayakan kau!" yakin Lia. Bahu Anna diusap lembut, cuba menenangkan gadis itu yang bagai ketakutan. Kali terakhir Anna berkelakuan begini adalah ketika kematian Ryan dahulu. Apa yang terjadi semalam hinggakan Anna boleh tidak senang duduk?

Anna menggigit bibirnya, serba salah untuk bersuara. Dia sedar perkara ini akan jadi masalah besar untuk mereka.

"Anna, please bagitahu aku..." rayu Lia lagi. Tubuh Anna dipeluk erat dan tanpa menunggu lama, pelukannya turut dibalas oleh Anna. Belakang tubuh Anna diusap lembut, cuba menenangkan gadis itu yang sudah mula menangis.

"Aa... Aku... Aku nampak Evel semalam."

Dan, tubuh Lia terkaku seketika. Pelukan lekas dilerai lalu wajah Anna ditenung dengan sepasang matanya yang terbeliak. "Kat mana?!"

"Markas yang aku serang semalam." terang Anna lagi. Kepalanya ditundukkan memandang lantai. Sungguh, dia kusut melihat sosok itu kembali. Dia sendiri masih tidak tahu ingin menggelar Evel musuh atau keluarga. Sebahagian dari dirinya sudah memaafkan Evel, namun sebahagian lagi masih ingin menuntut bela untuk keluarganya.

.
.
.
.
.
.

"WHAT the hell are you doing, Arfidz Hyler! Kau bocorkan pasal aku?! Kau bodoh ke!" jerkah Evel. Dia tidak sangka Fidz yang akan mengkhianati dirinya sedangkan sepenuh kepercayaan sudah diletakkan di bahu lelaki itu. Melihatkan tubuh Fidz yang sudah melutut sambil menunduk itu membuatkan fikirannya berkecamuk.

"Reaper manipulated him. Well, aku setuju tu salah Fidz but yeah sanggup ke kau bunuh anak buah kesayangan kau? Kalau nak bunuh, aku on je." Scarlet yang sekadar memerhati sesi pengakuan Fidz sejak tadi, mula bersuara. Sebelah tangannya elok mengusap lembut rambut adik perempuan Fidz yang diselamatkan olehnya semalam.

"Bunuh tu apa?" soal si gadis kecil itu, polos. Mata bulatnya menatap tepat wajah Scarlet yang tidak beriak.

"Bunuh tu mati. Mati tu maknanya kau dah ta–"

"Scarlet, enough! Kau jangan nak cakap bukan-bukan kat budak tu." Evel menyampuk sekaligus mematikan kata-kata Scarlet. Scarlet pula sekadar mencebik.

"Hmm, apa-apa jelah. Fidz, bawak adik kau keluar makan aiskrim. Aku nak bincang dengan Evel." arah Scarlet. Fidz pula pantas bangun lalu dengan langkah yang terhincut-hincut, dia membawa adiknya keluar dari bilik itu. Sempat si gadis kecil tersebut melambai pada Evel dan Scarlet.

"Tak payah nak tengok macam nak terkam dia. Semalam aku dah belasah sikit, cukuplah tu. Kalau dia buat lagi aku bunuh pulak, apa susah. Lagipun dia still ada adik untuk dijaga." Tegur Scarlet pada Evel yang masih merenung tajam pintu yang sudah tertutup. Dia tahu kakaknya dilanda amarah.

Evel menjungkit sebelah keningnya, aneh. "Pehal kau lepaskan dia? Kau tak pernah lepaskan pengkhianat sebelum ni."

"Kalau aku bunuh dia kau jugak yang meroyan." bidas Scarlet, selamba. Matanya dijulingkan ke langit.

"Thanks." ucap Evel ikhlas namun hanya dibalas dengan kerlingan mata Scarlet. Evel tahu Scarlet takkan membalas jadi dia biarkan sahaja. "So, apa yang kau nak bincang dengan aku?"

"Hmm, banyak. First, of course kita kena ketatkan keselamatan. Reaper dah tahu pasal kita, tapi Fidz takde bagitahu pasal Mama Papa and adik. Second, kau tahu tak adik kau dah buat onar?" ujar Scarlet. Duduk dilabuh di kerusi bersebelahan Evel, menghadap panorama tasik yang tidak jauh dari situ.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now