bab 56

396 28 0
                                    

TERIMA KASIH 5K READERS... TAPI RAJIN RAJINKANLAH TANGAN AWAK TU VOTE

♡♡♡♡♡♡♡

BERDERAI cermin bilik air akibat terkena pasu bunga yang dilempar oleh Damia. Aunty Syida yang sibuk membuat persiapan majlis akad nikah malam nanti bergegas menuju ke bilik anaknya itu. Pintu bilik air ditolak kasar.

"Kenapa dengan Mia ni?" Terkejut Aunty Syida melihat serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai. Damia keluar dari bilik air lalu duduk di kerusi meja solek.

"Abang Adam dengan perempuan tu tak jadi cerai, ma!"

Aunty Syida tersentak. Mustahil! Tengku Najihah sendiri yang memberitahu Tengku Syed Adam akan melepaskan Dahlia Arissa selepas solat maghrib nanti. Damia yang sudah mula menangis itu dihampiri. Bahu anaknya ditepuk perlahan manakala kepalanya ligat mencari ayat-ayat yang boleh memujuk anak daranya itu. Dara? Tidak. Damia sudah pun kehilangan daranya sebelum bernikah dengan Tengku Syed Adam lagi.

"Tapi Mia jangan lupa bila Mia dah berkahwin nanti, Adam akan jalankan tanggungjawab dia pada Mia sebagai seorang suami. Bila Mia dah jadi isteri dia, ruang untuk Mia pikat dia pebih mudah. Sebab Mia punya hak atas dia," pujuk Aunty Syida.

"Dia akan lebihkan perempuan tu, ma," rintih Damia bersama tangisan yang belum mahu reda. Sakit hatinya bila mendapat SMS daripada Tengku Syed Adam sebentar tadi yang dia dan juga Dahlia Arissa tidak jadi bercerai.

"Mia, bukan senang tau kita nak sampai ke tahap ni. Mama tak kira, Mia kena kahwin jugak dengan Adam tu. Dan kali ini pastikan Mia dapat goda dia. Tidur dengan dia. Walaupun anak dalam perut Mia tu anak orang lain, tapi Mia kena usaha jugak untuk dapatkan Adam. Zahir dan batin!" racun Aunty Syida tanpa jemu.

Damia merupakan senjatanya yang paling mudah digunakan untuk dia mendapatkan harta keluarga Tengku Syed Adam itu. Tidak dapat separuh, suku pun sudah memadai. Cukup untuk membantu menyelesaikan kemelut kewangan yang dihadapinya kini.

"Kejap lagi mak andam masuk, so bersihkan muka dulu. Mama nak anak mama nampak macam puteri kayangan malam ni. Biar terbeliak mata Adam tu," pujuk Aunty Syida lagi tanpa jemu. Takut juga dia kalau Damia tiba-tiba tidak mahu berkahwin dengan Tengku Syed Adam. Mihat Damia sudah pun tersenyum hambar, hatinya terus tersenyum lega.














SELURUH ahli keluarga Tan Sri Mokhtar berkumpul di ruang tamu utama. Sekejap lagi Tengku Syed Adam akan balik ke rumah keluarganya sebelum ke rumah Damia untuk majlis akad nikah yang akan berlangsung selepas solat isyak nanti. Bibik yang duduk di hujung sana keka menyusukan Tengku Syed Muiz.

"Adam, papa harap kamu dapat berlaku adil dengan Lia. Papa juga hormat dengan keputusan Lia, jadi papa harap Adam pun hargai pengorbanan anak papa ni," pesan Tan Sri Mokhtar. Dia sendiri terkejut dengan keputusan anak bongsunya itu tetapi seperti yang dia katakan sebelum ini, dia tetap menyokong setiap keputusan Dahlia Arissa.

"Abang pun macam tu, Adam. Walaupun ikutkan hati abang ni, memang abang tak berkenan adik abang dimadukan, tapi abang yakin kau je boleh bahagiakan Lia." Daniel Amriza pula mencelah.

Maisarah hanya mendiamkan diri sambil memangku Qaisarah.

Tengku Syed Adam menundukkan kepala. Saat itu terasa dirinya amat kerdil di mata keluarga Dahlia Arissa.

"Maisarah, Amriza... kita naik atas. Bagi ruang kat Adam dengan Lia pulak," ajak Tan Sri Mokhtar kepada anak menantunya.

"Bik, bawak Muiz naik ke atas dulu ya. Kejap lagi Lia tidurkan dia," pinta Dahlia Arissa.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now