bab 3

678 47 17
                                    

TANGAN Dahlia Arissa ligat menekan papan kekunci lap-topnya. Wajahnya sesekali tersenyum melihat apa yang ditulisnya di blog kepunyaannya itu. Sesekali dia menjenguk Facebook dan juga Twitternya. Namun semua terhenti apabila dia mendengar pintu biliknya diketuk dua tiga kali.

"Masuk!" Arahnya tanpa melihat ke arah pintu.

"Kak Lia sibuk ke?" Tanya Maisarah lalu menghampiri Dahlia Arissa yang sedang meniarap di dada katil.

"Sikitlah. Kenapa?"

"Mama Sri suruh akak turun bawah. Ada tetamu datang."

"Tetamu? Siapa pulak yang datang masa aku nak bersuka-ria di hari raya ni? Kenapa nak datang hari ni pulak. Kalau nak datang pun, tunggulah aku free. Ni yang malas ni..." Rungut Dahlia Arissa.

Maisarah terus keluar. Kalau dilayan Dahlia Arissa itu, boleh gila dibuatnya.









DARI tingkat atas dia ternampak mamanya berbual mesra dengan seorang gadis. Macam Qirah je. Macam tau-tau pulak dia yang aku tengah rindu nak outing dengan dia. Dengan pantas dia meluru ke tingkat bawah. Entah di mana silapnya, dia telah terlanggar Amir Haikal yang baru sahaja hendak naik ke tingkat atas. Dan tanpa diduga, Dahlia Arissa sudah pun menghempap badan Amir Haikal. Hidung Dahlia Arissa bertemu dengan pipi Amir Haikal. Terasa seperti renjatan elektrik berlaku di situ. Kedua-duanya kaku seketika.

"Ehem-ehem!" Usik Maisarah yang sedang menuju ke ruang tamu untuk menghantar minuman.

Dahlia Arissa segera berpaut pada tiang tangga. Mukanya merona merah. Puan Sri Melati segera mendapatkan mereka berdua.

"Lia okey tak ni? Amir macam mana?" Tanya Puan Sri Melati dengan penuh kebimbangan.

Dahlia Arissa duduk di anak tangga sambil mengurut dada yang berdegup kencang. Amir Haikal pula terus duduk sambil menggosok-gosok belakang kepalanya. Nasib baik ada karpet di situ.

"Biy, you okay? "

Pertanyaan gadis yang disangka Qirah itu menghentikan terus degupan jantung Dahlia Arissa yang berlari laju tadi. Dahlia Arissa menelan air liur apabila melihat Amir Haikal menyambut huluran tangan gadis tersebut.

"Alhamdulillah kalau dua-dua okey. Erm, Dahlia... Ni mama nak kenalkan tunang Abang Amir, Syahfina. Fina, ni lah anak bongsu mama. Dahlia," Ujar Puan Sri Melati.

"Hai Dahlia. Nice to meet with you." Ramah sahaja Syahfina membuka salam perkenalan kepada Dahlia Arissa.

"Ingatkan kawan Lia tadi. Ermm, nice meet with you too." Dahlia Arissa sekadar berbahasa.

"So pretty she is..." Bisik Syahfina di telinga Amir Haikal sewaktu dia dan Amir Haikal menuju ke ruang tamu.

Puan Sri Melati mengikut dari belakang manakala Dahlia Arissa masih terkaku di situ.

Dahlia Arissa segera menuju ke dapur sambil menarik tangan Maisarah. Pintu bilik Maisarah yang bersebelahan dengan dapur itu di tolak.

"Kenapa ni, kak?" Tanya Maisarah kehairanan.

"Kak Lia nak tanya ni, sejak bila pulak Abang Amir bertunang? Kenapa Kak Lia tak tahu? Yang Mai pulak, kenapa tak bagitau dekat akak?" Soal Dahlia Arissa bertalu-talu. Maisarah duduk di birai katil. Wajahnya sedikit berubah.

"Mai ingatkan Mama Sri dah bagi tahu dekat Kak Lia... Tapi Mai tak suka lah kak, cerita pasal orang ni. Nanti tak pasal-pasal, Mai kena serang lagi dengan perempuan gila dekat depan tu..." Lancar sahaja mulut Maisarah mengutuk tunang Amir Haikal.

"Isy, ada pulak cakap macam tu dekat dia." Marah Dahlia Arissa.

"Kak Dahlia tak kenal lagi Kak Bunny tu macam mana. Mama Sri dengan Papa Sri jelah rajin melayan kerenah dia yang gedik tahap dewa tu. Mai pun tak faham tang mana yang Abang Amir berkenan sangat kat dia." Rungut Maisarah. Lama dia pendamkan perasaan tidak puas hatinya pada tunang Amir Haikal itu.

"Laa.. Ya ke? Padan muka Abang Amir tu dapat perempuan macam tu. Kak Lia yang cantik lagi comel ni ada, dia tak nak pulak. Isy-isy, tak patut betul, kan?" Sempat lagi Dahlia Arissa berlawak.

"Eleh, Kak Lia punya lawak tu tak menjadi lah sebab muka akak tu dah penuh dengan garis-garis cemburu. Macam lah Mai tak tahu." Tuduh Maisarah lalu keluar dari biliknya.

"Eh, budak ni. Selamba badak dia je sound aku. Tapi betul ke nampak sangat aku ni cemburu? Eh, sejak bila pulak aku ni pandai main cemburu-cemburu ni? Aku ada hati dengan Abang Amir? No! Never! Tak mungkin. Apa kelas bercinta dengan sepupu sendiri? Nanti keturunan tak berkembang. Tapi Abang Amir tu macam dah curi je hati aku ni. Arghhhhh!"

"Waduh! Koknya berteriak sih?" Tegur bibik yang ketika itu lalu di hadapan bilik Maisarah yang pintunya masih terbuka luas. Dahlia Arissa segera menutup mulutnya sambil tersenyum malu melihat muka bibik sudah pun terjengul.

"Tak ada apa-apalah, bik. Tengah practice nyanyi lagu Rossa." Sengih Dahlia Arissa untuk menutup malu. Dia lantas menuju ke biliknya. Lupa terus dengan tetamu yang datang tadi.








Vote on the stars button :)

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now