bab 48

369 15 0
                                    

RUMAH Tengku Syed Idris gempar lagi pada pagi itu apabila Tengku Syed Adam mengamuk sakan. Suara Tengku Syed Idris dan anaknya itu bertingkah antara satu sama lain. Hampir lunyai Damia dikerjakan oleh Tengku Syed Adam. Kalau tidak dihalang oleh Aunty Syida dan tengku Najihah, pasti Damia sudah pun menjadi arwah.

"Adam takkan kahwin dengan perempuan sundal ni, abah!" tempelak Tengku Syed Adam sambil menunjuk jari kepada Damia yang sudah menangis di tepi sofa.

"Kalau kau tak nak kahwin dengan dia, kenapa kau gatal masuk dalam bilik dia? Aku tak kira Adam, kau kena kahwin jugak dengan Damia! Apa nak jadi-jadilah!" Aunty Syida pula menyahut kasar. Malam tadi dia terus tidur di situ apabila Tengku Syed Idris mahu menyelesaikan masalah itu pada awal pagi ini.

"Gila!!! Aku dah kahwinlah, bodoh!" balas Tengku Syed Adam lagi. Sudah hilang segala pertimbangannya sewaktu bercakap.

"Ibu betul-betul tak sangka kamu sanggup buat benda terkutuk macam tu, Adam. Tak cukup lagi ke kamu malukan kami dengan kes tangkap khalwat kamu tu dulu? Tapi sekarang kamu buat lagi, Adam. Kamu buat lagi..." rintih Tengku Najihah. Dia malu dengan kelakuan anaknya. Dia sedih sebab tidak dapat mendidik anaknya dengan betul walaupun dia hanya punya seorang anak sahaja.

"Ibu, Adam tak salah, bu. Ibu kena percaya pada Adam. Kita pergi jumpa Arissa, ya bu. Dia mesti akan faham," rayu Tengku Syed Adam sambil memegang tangan ibunya. Air mata Tengku syed Adam jatuh di pipi apabila mengenangkan apa yang telah menimpa dirinya.

Tengku Syed Idris memandang tepat kepada anak tunggalnya itu. Panggilan daripada Tan Sri Mokhtar sebentar tadi akan mengubah lagi kehidupan mereka sekeluarga.

"Dahlia mintak kamu ceraikan dia!"

Tengku Syed Adam terkesima. Anggota badannya menjadi lemah. Pandangannya menghala kepada abahnya. Wajah Dahlia Arissa dan dan Tengku Syed Muiz datang silih berganti di ruang matanya.

"Tak... Arissa takkan buat macam tu. Adam nak jumpa dia," balas Tengku Syed Adam lalu bangkit mencapai kunci kereta. Dia tidak akan melepaskan Dahlia Arissa walaupun dia terpaksa mengadaikan nyawanya!

"Kita semua akan jumpa dia, termasuk kamu berdua Syida!" tegas Tengku Syed Idris lantas memandang wajah dua beranak itu. Dalam hati Tengku Syed Idris kuat mengatakan semua yang terjadi ini ada kaitan dengan mereka dua beranak, cuma dia tiada bukti. Tambahan Tengku Syed Adam berada di dalam bilik Damia. Ah! Sukar sekali dia hendak menerima kenyataan itu. 












BIBIK menemani Maisarah di ruang tamu tingkat dua di rumah Tan Sri Mokhtar itu. Qaisarah leka memerhati Tengku Syed Muiz yang sedang menyusu botol. Di ruang tamu tingkat bawah pula Tan Sri Mokhtar dan Daniel Amriza sedang menunggu keluarga mertua Dahlia Arissa. keputusan telah pun dibuat dan kalau boleh biarlah ia diselesaikan hari itu juga. 

"Assalamualaikum." Tengku Syed Idris memberi salam di muka pintu. Salamnya disambut oleh Tan Sri Mokhtar. Selalunya mesra sahaja jika mereka berjumpa, tetapi kali ini kehambaran jelas tergambar.

Melihat sahaja wajah Tengku Syed Adam, darah Daniel Amriza serta-merta menyirap. Tanpa menunggu lama, satu tumbukan singgah di muka Tengku Syed Idris. Semua yang ada di situ tergamam.

"Amriza!" Tan Sri Mokhtar lantas merentap lengan anaknya dengan kuat. Sudah banyak kali dia mengingatkan anaknya itu supaya jangan bertindak bodoh, namun Daniel Amriza tetap melakukannya juga. Dia sendiri kecewa dengan apa yang berlaku pada Dahlia Arissa, tetapi itu bukanlah caranya dalam menyelesaikan masalah.

Serangan secara tiba-tiba itu membuatkan Tengku Syed Adam tersungkur ke lantai. Tengku Najihah menerpa anaknya manakala Tengku Syed Idris terus masuk ke dalam menuju ke sofa. Memang patut Daniel Amriza menumbuk anaknya.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now