bab 59

397 25 0
                                    

SUDAH seminggu Tengku Syed Adam tidak menemui Damia. Setiap panggilan telefon tidak dijawab oleh suaminya itu. Sakit hatinya apabila mengenangkan dirinya telah diabaikan. Sejak majlis akad nikah minggu lepas, Tengku Syed Adam langsung tidak menjejakkan kaki ke rumahnya lagi. Nasib baik mamanya sentiasa mempunyai idea untuk dia mendekati suaminya itu.

"Saya harap akak faham dengan keadaan Mia ni. Bukan apa, saya kena balik ke Bandung sebab ada hal yang perlu diuruskan. Mungkin berbulan-bulan baru saya balik sini. Jadi memandangkan akak dah jadi mak mertua Mia, tak salah rasanya saya mintak akak jaga Mia. Kalau dia tak mengandung saya tak risau sangat. Tapi diakan mengandung. Cucu pertama saya pulak tu dan yang paling penting cucu kedua keluarga akak," Jelas Aunty Syida panjang lebar.

Tengku Najihah hanya mengangguk. Sebagai seorang wanita, dia cukup tersentuh dikaitkan dengan perkataan anak dan cucu. Lagi-lagi bayi itu daripada darah dagingnya sendiri.

"Kamu jangan risau, Syida. Akak tahulah nak jaga Mia ni nanti. Lagipun tu cucu akak jugak. Cuma akak tak tahu Adam tu nanti macam mana," balas Tengku Najihah. Suaminya, Tengku Syed Idris dua hari ke Pulau Pinang. Ada urusan yang perlu diuruskan di sana dan akan pulang pada petang nanti.

"Pasal Adam tu, saya cuma nak dia ambik berat sikit dekat Mia ni. Tak lama pun kak, tak sampai sembilan bulan pun lagi. Lepas je Mia bersalin, saya boleh jaga Mia dengan cucu saya tu. Tapi masa Mia mengandung ni, saya nak sangat Adam jaga Mia. Lagipun anak dalam perut Mia tu anak dia," pesan Aunty Syida lalu mengerling ke arah Damia yang duduk di sebelahnya.

"Yalah, nanti akak nasihatkan dia."

"Kalau macam tu saya balik dulu, ya kak. Flight saya petang ni. Takut lambat pulak," pamit Aunty Syida. Sempat lagi dia memeluk besannya itu. sebelum memeluk anaknya.

"Jangan lupa apa yang mama dah ajar," bisik Aunty Syida kepada Damia.

Damia hanya mengangguk.
















TENGKU SYED MUIZ terus diserahkan kepada Kak Wani yang sudah menunggu di muka pintu utama. Tengku Najihah sudah pun keluar menjemput suaminya di lapangan terbang tidak lama selepas kepulangan Aunty Syida. Dahlia Arissa hanya tersenyum apabila Kak Wani mencium pipi gebu anaknya sebelum dia melangkah ke tingkat atas. Dia sengaja membawa Tengku Syed Adam ke rumah itu kerana dia sudah berjanji dengan keluarga mertuanya untuk makan malam di situ. Tengku Syed Adam masih sibuk mengeluarkan barang keperluan anak mereka dari dalam kereta.

"Err... Mia buat apa dekat bilik ni?" Terkejut Dahlia Arissa melihat Damia sedang mengeluarkan segala pakaiannya dan diletakkan di atas katil. Damia tersenyum sinis.

"Mak mertua kita akan jaga Mia sepanjang tempoh mengandung ni, jadi Mia duduk rumah ni. Kalau nak duduk dekat rumah ni mestilah Mia duduk dalam bilik suami Mia, kan? Lagipun Mia tak rasa akak akan tinggal dekat sini," lancar sahaja Damia menjawab. Sengaja ingin menyakitkan hati madunya itu. Perbualannya dengan Dahlia Arissa pada minggu lepas, masih segar diingatannya.

"Sayang, kenapa tercegat dekat sini lagi? Kenapa tak masuk?" tegur Tengku Syed Adam apabila melihat Dahlia Arissa masih berdiri di muka pintu bilik.

Dahlia Arissa membuka ruang untuk suaminya menapak masuk. Biar Tengku Syed Adam sendiri melihat alasan yang membantutkan dirinya daripada terus melangkah masuk ke dalam bilik mereka itu.

"Hai abang," sapa Damia manja.

Berderau darah Tengku Syed Adam melihat Damia sudah pun tersenyum menggoda padanya. Matanya yang putih bersih menjadi gelap serta merta.

"Kau? Siapa benarkan kau masuk bilik ni, hah?" jerkah Tengku Syed Adam.

Dahlia Arissa yang terkejut mendengar jerkahan suaminya terus mengurut dada.

Damia terus tertunduk. Takut. Ingatkan dia dapat meraih perhatian Tengku Syed Adam sebentar tadi, tetapi rupa-rupanya dia silap. Api kemarahan Tengku Syed Adam masih marak. Belum ada tanda-tanda api itu akan padam.

"Ni bilik aku dengan bini aku, yang kau memandai masuk, kenapa? Tu, baju-baju Rissa tu... kenapa kau keluarkan dari almari? Aku nak kau kemaskan balik bilik ni. Cepat!" tengking Tengku Syed Adam. Bergema bilik itu mendengar tengkingan daripada lelaki yang menjadi buruan Damia itu. Hatinya sakit apabila diperlakukan sebegitu oleh Tengku Syed Adam yang sudah pun sah menjadi suaminya. Terhenjut-henjut bahu Damia akibat menangis.

"Aku bukannya nak tengok kau menangis!" sambung Tengku Syed Adam lagi. Geram betul hatinya apabila melihat bilik tempat dia memadu kasih dengan Dahlia Arissa dimasuki oleh perempuan yang hampir memusnahkan hubungannya dengan isterinya itu.

"Mia ni isteri abang jugak," rintih Damia.

Tengku Syed Adam terkesima. Hatinya macam tidak percaya Damia itu sudah pun menjadi isterinya. Dahlia Arissa pula sudah bersandar di muka pintu sambil berpeluk tubuh.

"Mia sedar siapa diri Mia. Tapi abang jangan lupa yang Mia ni dah jadi isteri abang. Anak ni anak abang. Abang tak kesian ke dengan anak dalam kandungan Mia ni?" sambung Damia lagi.

Tengku Syed Adam beristighfar di dalam hati. Dia terduduk di sofa. Namun sakit di dalam hati masih bersisa.

"Kak, Mia harap sangat akak bagi peluang dekat Mia untuk jalankan tanggungjawab sebagai isteri Abang Adam," pinta Damia kepada Dahlia Arissa.

"Abang, Lia nak balik! Kalau abang rasa nak jalankan tanggungjawab abang kat sini, abang boleh stayed je sini." Kasar sahaja suara Dahlia Arissa sebelum menapak menuju ke tingkat bawah. Tengku Syed Adam terus mengatur langkah laju menuju ke arah isterinya.

"Sayang, tunggu abang!"

Dahlia Arissa mengambil Tengku Syed Muiz daripada Kak Wani lalu mencapai kunci kereta suaminya. Belum sempat dia membuka pintu kereta, Tengku Syed Adam sudah pun memegang lengannya.

"Abang yang akan drive, okey?" pinta Tengku Syed Adam lalu tersenyum.

Dahlia Arissa merenung tajam suaminya. Ingatkan nak tinggal sini tadi. Yalah, kat sini kan pucuk muda, gumam Dahlia Arissa di dalam hati. Namun kunci kereta diserahkan juga kepada Tengku Syed Adam sebelum dia menuju ke tempat duduk sebelah pemandu.

"Kak, bagitahu ibu kita orang tak jadi makan malam kat sini," pesan Tengku Syed Adam kepada Kak Wani yang masih terkebil-kebil matanya melihat dia dan Dahlia Arissa keluar dengan terburu-buru.

Di dalam kereta, Dahlia Arissa sudah pun tersenyum puas. Maaflah, Mia. Aku ni bukanlah sebaik yang kau sangka! Aku tahu kelemahan Tengku Syed Adam, jadi siap sedialah kau untuk gigit jari lepas ni... ujar Dahlia Arissa di dalam hati.














Pls vote :((

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now