bab 22

406 25 0
                                    

SUDAH tiga bulan majlis Daniel Amriza dan Amir Haikal berlalu, tetapi bagi Dahlia Arissa seperti sudah tiga tahun lamanya dia tidak berjumpa dengan Amir Haikal. Memandangkan dia adik kepada Daniel Amriza, jadi dia lebih mudah ke rumah abangnya itu sendiri berbanding ke rumah Amir Haikal. Dia sendiri mengakui, adakalanya dia rindu dengan usikan abang sepupunya itu.

"Malam ni Abang Amir datang makan malam dekat sini," beritahu Puan Sri Melati kepada Dahlia Arissa yang sedang leka memberi makanan kepada ikan yang berwarna-warni itu.

"Okey," ringkas sahaja dia menjawab. Dia tahu pasti Syahfina akan ada bersama.

"Tapi dia datang sorang, tu yang mama pelik..." Beritahu Puan Sri Melati. Dahlia Arissa segera memandang mamanya.

"Kak Fina mana, ma?"

"Entahlah. Mama pun tak tau," jawab Puan Sri Melati lalu meninggalkan Dahlia Arissa yang sedang diamuk seribu macam persoalan mengenai Amir Haikal dan juga Syahfina.













"LIA sihat?" Tanya Amir Haikal kepada Dahlia Arissa sewaktu mereka berdua duduk di tepi kolam selepas makan malam.

"Sihat, alhamdulillah. Abang pulak?"

"Sihat jugak. Lama dah abang tak balik sini, kan? Dahlia pun macam kurus je abang tengok."

"Lia on diet sekarang ni," jawabnya sambil tersenyum. Sempat lagi dia meneliti wajah dan susuk tubuh abang sepupunya itu.

"Sejak bila pandai main belek-belek muka abang ni?" Tegur Amir Haikal. Dahlia Arissa ketawa menutup malu. Tidak sangka perbuatannya dilihat oleh abang sepupunya itu.

"Sejak tak nampak abang tiga bulan ni."

"Kenapa Lia tak datang rumah?" Amir Haikal bertanya lagi. Dia juga sebenarnya tidak lepas memandang wajah yang amat dirindukannya itu.

"Tak naklah. Hubungan Lia dengan isteri abang tu pun tak okey lagi. Jadi Lia tak naklah timbulkan masalah lagi. Dahlah Kak Puteri asyik hantar mesej suruh jangan rapat dengan Abang Khalil. Hari-hari pulak tu..." Adu Dahlia Arissa secara tidak sengaja.

"Kes kena tolak tu tak settle-settle lagi ke? Dahlia ada jumpa dia?"

"Masa majlis kahwin abang tulah Lia jumpa dia. Masa tu Lia teringin sangat nak dukung anak dia orang yang paling kecik tu, jadi Lia ambiklah budak tu dari Abang Khalil. Alih-alih tak lama lepas tu dia marah Lia masa Lia dekat dalam toilet. Dia cakap lagi yang Lia ni tak serik-serik. Asyik nak ganggu rumah tangga orang je." Cerita Dahlia Arissa panjang lebar.

"Mama dengan papa tau?"

Dahlia Arissa hanya menggelengkan kepala. Tidak mahu merunsingkan kepala kedua-dua orang tuanya itu.

"Dahlia kena hati-hati. Orang macam tu kita tak tahu tindakan dia seterusnya," nasihat Amir Haikal.

"Okey. Ermmm, lupa nak tanya. Kenapa abang tak bawak Kak Fina sekali?"

"Dia sibuk." Ringkas sahaja jawapan Amir Haikal.

"Okey," jawabnya malas hendak bertanya lebih lanjut masalah rumah tangga orang lain walaupun hatinya memberontak untuk terus bertanya.

"Abang rindukan rumah ni. Rindukan papa, mama, and paling utama abang rindukan Lia," luah Amir Haikal tanpa berselindung. Dahlia Arissa sudah pun berdehem dua tiga kali.

"Tak sangka kan jodoh abang dengan Kak Fina kuat?"

"Dah tertulis memang abang dengan dia kut. Tapi abang nak Lia tau yang abang akan sentiasa cintakan Lia sampai bila-bila. Ingat tu," pesannya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now