bab 24

431 27 2
                                    

SUDAH tiga hari mereka berdua menjadi pasangan suami isteri. Dan dalam tempoh itu Tengku Syed Adam baru perasan sejak tinggal serumah dan sebilik bersama Dahlia Arissa, dia mendapati banyak benar perubahan daripada segi perangai isterinya itu. Ketika menjadi kekasihnya dulu, Dahlia Arissa seorang yang manja, selamba dan kuat merajuk. Tetapi sekarang wanita itu kelihatan lebih matang dalam segala hal.

"Abah kamu ada bagitau dekat papa, rumah yang dihadiahkannya untuk kamu berdua tu dah siap. Jadi, bila kamu berdua nak pergi tengok rumah tu?" Tanya Tan Sri Mokhtar kepada Tengku Syed Adam ketika mereka bersarapan pagi.

"Papa macam tak suka je kita orang duduk dekat sini?" Pantas sahaja Dahlia Arissa mencelah. Roti yang sudah di sapu dengan mentega kacang itu dikunyah perlahan.

"Papa tak cakap 'tinggal' dekat rumah tu, papa just cakap bila nak 'tengok' rumah tu..." Jawab Tan Sri Mokhtar laju.

Puan Sri Melati yang sedang menuang air ke dalam cawan suaminya hanya mendiamkan diri. Hatinya sayu bila mengenangkan anaknya itu akan berpindah ke rumah lain. Perasaan itu juga dirasainya bila Daniel Amriza dan Maisarah duduk berasingan dengan mereka.

"Insya-Allah kalau tak ada apa-apa halangan, hujung minggu ni kita orang pergi tengok." Tengku Syed Adam mula bersuara.

"Mama rasa kau orang berdua tinggal dekat sini jelah. Lusa papa dengan mama pun dah nak pergi London. Mummy kamu dekat sana sakit. Amir dengan Fina pun ikut sekali. Jadi kamu berdua jaga rumah ni dulu," cadang Puan Sri Melati.

"Mummy sakit apa, ma?" Tanya Dahlia Arissa. Jelas kerisauan terpancar di wajahnya. Dia memang rapat dengan Datin Melur yang lebih senang dipanggilnya dengan gelaran mummy itu.

"Kanser payudara."

Dahlia Arissa tergamam. Patut pun mummy dan daddy tidak menghadirkan diri ketika majlis perkahwinannya tiga hari lepas.

"Lia nak ikut, ma?"

Tengku Syed Adam tersentak. Namun wajahnya yang bersahaja dapat menyembunyikan resah di dada. Takkan dia nak tinggalkan aku sorang-sorang kut? Kalau dia ajak aku sekali, mesti dia cakap 'kita orang ikut sekali, ma?' Bisik Tengku Syed Adam di dalam hati.

"Eh, Lia tu masih dalam mood honeymoon lagi. Mana boleh ikut. Kalau nak pergi sana terus honeymoon tak apa jugak," larang Puan Sri Melati sambil menguntum senyum.

Mendengar perkataan honeymoon itu membuatkan muka Dahlia Arissa terasa panas. Sajalah mama ni! Desisnya dalam hati.

"Kalau macam tu, next time jelah Lia pergi."

Tan Sri Mokhtar dan Puan Sri Melati sudah pun ketawa melihat kekalutan di wajah puteri kesayangan mereka itu.

Tengku Syed Adam menarik nafas lega. Tak pergi honeymoon pun tak apa, asalkan Dahlia Arissa ada depan mata, itu sudah memadai.













DAHLIA ARISSA menarik nafas panjang apabila memikirkan hanya dia dan Tengku Syed Adam berada di rumah tiga tingkat itu. Bibik pula mengambil cuti selama tiga minggu untuk pulang ke Indonesia.

Bibik ni macam dah pakat dengan mama je. Mama dengan papa stayed dekat London tiga minggu, dia pun nak stayed kat kampung dia tiga minggu. Dasar majikan dengan pekerja sama kepala, itulah jadinya. Aku ditinggalkan dengan lelaki itu.

Namun idea bijak datang tanpa diduga. Senyuman terukir di bibir. Dia mendail nombor telefon Maisarah. Tetapi senyumannya mati apabila dia teringat akan pemergian abangnya dan Maisarah ke Singapura.

Kenapalah aku ditinggalkan sebegini? Apakah salahku? Apakah dosaku? Memang sah mereka semua ni berpakat membawa berkat! Berkat apa? Aku pun tak tahu. Haish! Omel Dahlia Arissa di dalam hati.

"Sayang menungkan apa tu?" Sapa Tengku Syed Adam kepada Dahlia Arissa yang sedang termenung jauh itu.

"Ermm... Tak ada apalah. You dah nak pergi kerja ke?"

"Sayang ni demam ke apa? Kan abang baru je balik kerja ni? Takkan nak pergi kerja balik kut?"

Dahlia Arissa menepuk dahinya. Ya Allah, kenapa dengan aku ni? Demi menutup malu yang bersarang di muka, dia terus menuju ke dapur.

Tengku Syed Adam pula melangkah menuju ke tingkat atas untuk mandi dan dalam masa yang sama dia memikirkan cara untuk memikat hati isterinya itu. Susah jugak nak 'ayat' dia sekarang ni. Masa bercinta dulu tak lah susah sangat, tapi bila dah sah jadi isteri bukan main payah lagi. Nak pegang tangan dia pun susah. Arissa... Arissa...















TENGKU SYED ADAM meniti anak tangga setelah bosan duduk di ruang tamu seorang diri. Dahlia Arissa yang sudah hampir setengah jam naik ke tingkat atas masih tidak menampakkan diri selepas mereka berdua makan malam bersama sebentar tadi.

Sebaik sahaja daun pintu ditolak, dia panar apabila melihat Dahlia Arissa sedang bersembang di telefon, di hadapan porch biliknya dengan hanya berkemban. Memandangkan Dahlia Arissa membelakangkan pintu, menyebabkan dia tidak sedar akan kehadiran Tengku Syed Adam. Rambut Dahlia Arissa yang hampir mencecah pinggang itu kelihatan masih lagi basah. Sesekali terdengar gelak tawa halus Dahlia Arissa. Tanpa sedar, Tengku Syed Adam sudah pun berdiri di belakang isterinya itu.

"Okeylah, nanti Lia pergi sana. Mummy jaga diri baik-baik tau. Sampaikan salam Lia pada semua. Assalamualaikum," Dahlia Arissa menamatkan perbualan. Apabila dia berpusing, dia sudah pun terlanggar suaminya. Mahu tercabut jantungnya dengan kehadiran Tengku Syed Adam di situ.

"Ya Allah, you ni. Buat I terkejut jelah!" Dahlia Arissa mengurut-urut dadanya. Baru sahaja selangkah dia ke belakang, pinggangnya sudahpun dipeluk erat oleh Tengku Syed Adam. Dahlia Arissa terkesima. Terasa jantungnya berlari laju mengalahkan pelari pecut.

"You bukan ke nak tengok berita tadi?" Tanya Dahlia Arissa cuba berlagak selamba. Takkan dia nak peluk bini sikit pun tak boleh kut. Pujuk hatinya.

"Abang nak tengok isteri abang ni," bisik Tengku Syed Adam sambil mengelus lembut pipi kanan Dahlia Arissa.

"Kalau macam tu, bagi I pakai baju dulu. Lepas tu you boleh tengok I sepuas hati you, okey?" Cadang Dahlia Arissa sambil menolak tangan Tengku Syed Adam.

Kenapalah aku malu sangat dengan dia ni? Masa bercinta dulu, bukan main gatal lagi nak kahwin cepat, tapi bila dah kahwin, macam ni pulak jadinya... Kutuk Dahlia Arissa pada diri sendiri.

"No need... Abang suka tengok sayang macam ni. Seksi!" Bisik Tengku Syed Adam lagi. Kali ini bibirnya menyentuh telinga Dahlia Arissa.

Serta-merta bulu roma Dahlia Arissa meremang. Kalau meremang nampak hantu boleh jugak aku cabut, tapi kalau kes macam ni? Bagi idea cepat!

"You jangan nak lebih-lebih. I tak ready lagi ni..." Ujar Dahlia Arissa sedikit tegas. Kali ini Tengku Syed Adam ketawa kecil. Hidung Dahlia Arissa dicuit lembut.

"Apa yang tak readynya sayang? Abang tak terfikir pun sampai ke situ. Sayang ni otak kuning betullah," usik Tengku Syed Adam kepada isterinya. Pelukan di pinggang Dahlia Arissa dileraikan.

Mata Dahlia Arissa membuntang. Kurang asam jawa bin kurang asam keping punya suami! Ada je cara dia nak kenakan aku, kan? Tak pe, ada tong gas ada tong bas, ada hari siaplah you terbabas! Eh, macam tak kena je. Ah! Lantaklah. Tapi... Eh, mana boleh, nanti tak pasal-pasal aku dapat status balu muda. Tak ada siapa nak jaga aku nanti, bisiknya dalam hati.

Dengan wajah yang mencuka dia mengambil pakaiannya sebelum masuk ke dalam bilik air untuk menyarung pakaian.

Tengku Syed Adam masih lagi tersengih melihat wajah isterinya itu. Comel!



















Shaa nk vote dari korang :((

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now