bab 10

547 37 0
                                    

"KITA nak makan dekat mana ni? Selain makan dekat mulut?" Tanya Tengku Syed Adam kepada Dahlia Arissa yang hanya mendiamkan diri di sebelahnya.

"Singgah kedai mamak dekat depan tu jelah. Lama dah I tak makan mi goreng mamak," cadang Dahlia Arissa.

Tengku Syed Adam hanya mengangguk. Dia tidak kisah makan dimana-mana sahaja asalkan Dahlia Arissa sudi makan bersamanya.

Sebaik sahaja memberhentikan kereta, mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kedai mamak yang sentiasa dipenuhi oleh orang ramai itu.

"You order je tau, I nak pergi beli Panadol dekat 7E tu kejap." Kata Dahlia Arissa kepada Tengku Syed Adam lalu menuju ke 7-Eleven yang bersebelahan di kedai mamak tersebut. Sejak petang tadi kepalanya asyik berdenyut sahaja.

"You tak sihat ke?" Tanya Tengku Syed Adam kepada Dahlia Arissa ketika gadis itu melabuhkan punggungnya di kerusi sebaik sahaja kembali dari kedai serbaneka dua puluh empat jam itu. Riak kebimbangan memang nampak di raut wajah tampan milim Tengku Syed Adam.

"I'm okay!" Jawabnya ringkas sambil memerhati menu yang ada di atas meja. Dibelek-belek menu itu.

"I dah orderkan. Kejap lagi sampailah makanan kita," beritahu Tengku Syed Adam apabila dia melihat Dahlia Arissa seakan-akan memilih makanan. Belum sempat Dahlia Arissa menjawab, seorang pelayan datang membawa makanan dan minuman.

Sebab tu aku suka kedai makan ni. Cepat, pantas dan tangkas. Eh, dia masih ingat lagi air favourite aku, bisik Dahlia Arissa kehairanan. Takkan makan roti telur je kut mamat ni? Diet ke apa?

"I diet!" Jawab Tengku Syed Adam sambil tersenyum. Mi goreng mamak dihulurkan kepada Dahlia Arissa.

"Badan dah macam tiang bendera dekat sekolah rendah I dulu pun ada hati nak diet?" kutuk Dahlia Arissa perlahan namun jelas kedengaran di telinga Tengku Syed Adam. Meletus ketawa Tengku syed adam mendengar kata Dahlia Arissa.

"Dah lah, makan je mi you tu," tegur Tengku Syed Adam apabila melihat Dahlia Arissa masih belum menjamah makanannya. Ketika Dahlia Arissa sedang leka makan, mata Tengku Syed Adam sempat memamah wajah yang amat dirindui itu. Dahlia Arissa memang seorang gadis yang cantik. Kulitnya putih bersih kemerah-merahan dan ditambah dengan lesung pipit pada kedua-dua belah pipi, membuatkan dia antara manusia yang hampir sempurna yang dicipta oleh Allah SWT. Matanya pula lebih coklat cair disertai dengan alis mata yang lentik. Bibirnya yang merah dan sentiasa basah itu boleh memikat sesiapa sahaja yang memandangnya.

"You tu sibuk je suruh I makan, yang you tu tak tau nak makan ke? Sibuk je nak analisis muka orang," omel Dahlia arissa apabila dia mula rimas diperhatikan oleh Tengku Syed Adam.

Muka aku ni dah jadi segi empat ke sejak empat tahun tak jumpa dia? Entah apa-apalah Tengku Kayu Api ni! Abang Amir Haikal pun macam tu, suka sangat analisis muka aku ni. Aku tahu lah aku ni cantik plus comel, tapi agak-agak lah nak tengok, Dahlia Arissa mengomel di dalam hati.

"Sorry, sayang!" Ucap Tengku Syed Adam tanpa diduga. Berombak dada Dahlia Arissa mendengar panggilan daripada Tengku Syed Adam terhadapnya sebentar tadi.

"Eee... Jangan nak bersayang-sayang dengan I ya? Karang tak pasal-pasal ada jugak yang melayang karang," marah Dahlia Arissa. Menutupi getaran di dada.

Tengku Syed Adam hanya tersengih mendengar ugutan daripada Dahlia Arissa. Rindu benar dia dengan ayat-ayat merepek yang selalu keluar daripada mulut bekas kekasihnya itu. Bekas kekasih? Setahunya mereka berdua hanya tidak jadi bertunang, tetapi tidak pernah declared yang mereka putus hubungan sebagai pasangan kekasih.

"Lepas makan ni hantar I balik. I ada kerja nak buat dekat rumah," beritahu Dahlia Arissa sambil menyedut jus tembikainya.

"Takkan nak balik terus, awal lagi lah."

"Eh, you cakap tadi nak ajak I makan malam je. Tak ada pun cakap nak pergi mana-mana lagi, kan?"

"Ermmm... Yalah. I hantar you balik." Akhirnya Tengku Syed Adam mengalah. Dia tidak mahu mendesak Dahlia Arissa. Biarlah kali ini dia mengikut rentak gadis yang selalu mengganggu tidur malamnya itu.

Dahlia arissa hanya tersenyum. Sempat dia menelan dua biji Panadol sewaktu Tengku Syed Adam pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran.

"You ni okey ke tak? Kalau tak sihat, kita pergi klinik." Tegur Tengku Syed Adam. Dahlia Arissa tidak menjawab sebaliknya terus ke kereta. Beberapa orang pemuda yang duduk disitu sempat mencuri pandang kepada Dahlia Arissa.

"Macam nak terkeluar biji mata dia orang tu tengok you tadi," Tengku Syed Adam diamuk perasaan cemburu tiba-tiba. Dahlia Arissa yang sudah masuk ke dalam kereta hanya tersenyum sinis.

"Ala, orang cantik macam I ni mestilah ramai orang yang nak. Orang macam you jelah antara spesies manusia yang tak nak dekat I ni," jawab Dahlia Arissa selamba. Sengaja dia memancing rasa serba salah dalam diri Tengku Syed Adam.

"Siapa yang tak nak siapa ni? Yang you tu langsung tak nak dengar explain I. Lepas tu bawak diri entah mana-mana."

"Eh, correction. I bawak diri ke Europe lagipun mana ada nama tempat entah mana-mana," jawab Dahlia Arissa lagi. Tak nak kalah!

Akhirnya kedua-dua mereka diam. Tidak mahu bersuara lagi.










Vote :((

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now