bab 11

514 32 0
                                    

SUDAH dua hari Tan Sri Mokhtar dan Puan Sri Melati ke London untuk bercuti selama sebulan. Daniel Amriza pula diarahkan supaya balik ke Malaysia bagi memantau syarikat. Dahlia Arissa merupakan insan yang paling gembira apabila abangnya itu ada di hadapan matanya.

"Ni asyik nak berkepit dengan abang ni ada apa-apa ke?" Usik Daniel Amriza sambil mencapai alat kawalan untuk membuka siaran TV. Dahlia Arissa yang masih di sebelah abangnya hanya tersenyum manja. Rindu benar dia dengan abangnya itu.

"Nak manja-manja dengan abang sendiri pun tak boleh ke?" Soal Dahlia Arissa.

"Dah besar panjang macam ni pun nak manja-manja lagi? Eee... Tak malu!"

"Ala... Nak malu apanya. Abang bukannya orang lain. Lagipun Dahlia sekarang ni dah KP tau," jawab Dahlia Arissa lagi lalu mencapai teh hijau yang dihidangkan oleh bibik sebentar tadi.

"KP? Apa tu?" Tanya Daniel Amriza lalu memandang Dahlia Arissa dengan pandangan hairan.

"Kurang Perhatian!"

"Macam-macam lah Lia ni," kata Daniel Amriza sambil ketawa. Namun perbualan mereka terhenti apabila melihat Amir Haikal melangkah menuju ke arah mereka.

"Bukan main awal kau balik?" Tanya Daniel Amriza. Amir Haikal terus duduk di hadapan dua beradik itu sambil membuka tali lehernya itu.

"Kejap tadi ada jumpa client, lepas tu terus balik. Malas pulak nak masuk office petang-petang macam ni," beritahu Amir Haikal jujur.

"Bik, ambilkan air untuk Abang Amir!" Jerit Dahlia Arissa kepada bibik yang berada di dapur.

"Apa Dahlia ni, tak elok lah jerit-jerit macam tu," tegur Amir Haikal. Dahlia Arissa segera menutup mulut.

Isy! Mulut ni, lain kali jangan jerit-jerit. Suka sangat kau kena tegur, kan? Sempat dia memarahi mulutnya sendiri.

"Dia ni dah biasa macam ni, Mir. Sejak kurun ke lima belas lagi. Aku malas dah nak tegur," celah Daniel Amriza pula. Tahu sangat dia akan perangai Dahlia Arissa yang satu itu.

Maisarah datang membawa Horlick suam kepada Amir Haikal kerana dia tahu air Horlick merupakan air kegemaran anak saudara Puan Sri Melati itu.

"Mai banyak kerja lagi ke dekat dapur tu?" Tanya Dahlia Arissa untuk menukar topik perbualan. Tidak mahu perangai buruknya di panjangkan.

"Mai tinggal nak bagi ikan makan je kejap lagi, kenapa?" Tanya Maisarah

"Jom kita keluar, bosanlah duduk rumah." Ajak Dahlia Arissa.

Mata Daniel Amriza membulat memandang adiknya. Biar betul dia ni? Tiba-tiba je nak keluar. Semalam dah sehari suntuk aku bawak dia berjalan, tak cukup lagi ke? Soalnya di dalam hati.

"Okey, lepas solat asar ni kita gerak," kata Maisarah lalu berlalu menuju ke dapur.

"Tak puas lagi ke berjalan dengan abang semalam?" Tanya Daniel Amriza ingin tahu.

"Tak puas langsung! Abang ingat balik, semalam kita pergi mana je? Duduk dekat office papa dari pagi sampai ke tengah hari. Lepas tu jumpa kawan abang tu dekat kedai mamak sampai maghrib. Malam pulak teman abang tengok bola. Memang membosankan," ulas Dahlia Arissa dengan muka yang bersahaja.

Amir Haikal sudah tergelak besar mendengar ulasan Dahlia Arissa. Daniel Amriza mencebik.

"So, yang bestnya apa pulak?" Kali ini Amir Haikal pula bertanya.

"Keluar je malam ni, kita pekena mi rebus ke meatball dekat IKEA ke... Lepas tu baru shopping. Sebab kalau perut kenyang masa shopping, kita akan mengurangkan kadar pembelian barang-barang. Lepas puas shopping baru kita pergi makan lagi. Lepas habis makan, barulah kita boleh balik rumah dengan senang hati." Beritahu Dahlia Arissa dengan penuh semangat.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now