bab 73

414 19 0
                                    


"NANTI kamu pergilah dekat Jabatan Agama Islam. Settlekan hal kamu dengan Damia tu dekat sana. Mia tu tengah mengandung, jadi mesti kes kau orang ni lain sikit. Abah ni kalau boleh dah tak nak kita ada apa-apa kaitan lagi dengan dia orang tu," kata Tengku Syed Idris kepada Tengku Syed Adam.

Anaknya itu dilihat hanya menganggukkan kepala. Waktu itu mereka sedang makan malam bersama. Tengku Najihah turut bersetuju dengan cadangan suaminya. Biarlah Damia hidup dengan dunianya sendiri.

"Kita dah buat baik dekat dia, tapi ni pulak balasan dia kat kita..." keluh Tengku Najihah. Lauk daging masak lada hitam itu diambil sedikit.

"So, lepasni kena berhati-hati nak menabur baik pada semua orang," pesan Tengku Syed Idris kepada isterinya.

Tengku Najihah terus mengangguk. Dunia sekarang ni, kalau buat baik salah... kalau buat jahat lagilah salah. Serba salah. Dunia... dunia. Bisiknya di dalam hati.

Dahlia Arissa yang duduk di sebelah Tengku Syed Adam hanya mendiamkan diri. Kak Wani pula sedang menidurkan Tengku Syed Muiz di dalam biliknya.

"Lepas solat isyak tadi Abang Khalil ada hantar mesej dekat Lia. Dia minta maaf atas apa yang terjadi. Dia mintak kita semua tak cakap benda ni dekat Kak Puteri." Tiba-tiba Dahlia Arissa bersuara setelah teringat akan SMS yang dihantar oleh Khalil Asyraf sebentar tadi. Tengku Syed Adam terus menghentikan suapan nasi ke dalam mulut.

"Tak cakap kat abang pun..." Tengku Syed Adam seolah-olah berjauh hati.

"Abangkan solat dekat masjid dengan abah tadi. Balik dari masjid terus duduk makan dekat sini. Lagipun Lia baru je teringat pasal ni," terang Dahlia Arissa. Tidak mahu suaminya berfikir yang bukan-bukan.

"Tak payah layan orang macam tu, Lia." Tengku Syed Idris mula bersuara. Dia tidak mahu anak menantunya itu menjadi mangsa lagi kepada manusia yang tidak berhati perut seperti Khalil Asyraf itu.

"Abang rasa baik sayang cakap dekat Kak Puteri tentang perkara ni. Biar Kak Puteri tahu siapa perempuan yang selalu didampingi oleh laki dia kebelakangan ni," cadang Tengku Syed Adam pula. Hilang terus perasaan jauh hatinya sebentar tadi.

"Lia tak akan layan, bah. Lia memang nak cakap kat Kak Puteri pun. Nanti Lia jumpa dia. Dia pun ada cakap nak jumpa Lia," kata Dahlia Arissa sambil menyuap baki nasinya ke dalam mulut. Yang lain hanya mengangguk. Dahlia Arissa membasuh tangan sebelum pergi ke peti sejuk. Matanya memerhati bekas-bekas kecil yang berisi dadih. Tangannya lekas sahaja mencapai beberapa bekas dadih itu lalu dibawa ke depan.

"Home made dadih. Macam nilah isteri abang," puji Tengku Syed Adam kepada Dahlia Arissa. Siang tadi dia memang ada menyatakan keinginan untuk makan dadih. Dan malam itu dadih sudah ada di hadapan mata.

"Kalau tak sedap, diam-diam je tau," ujar Dahlia Arissa sebelum ke dapur semula untuk mengambil sudu kecil.

"Kalau sayang yang buat, tak akan mengecewakan. Insya-Allah," balas Tengku Syed Adam penuh yakin.

Tengku Najihah turut mengiakan kata-kata anaknya. Air tangan Dahlia Arissa sama dengan arwah teman baiknya dulu, Puan Sri Melati. Walaupun Dahlia Arissa itu hanya pangkat menantu di rumahnya, namun sejak dulu lagi dia sudah menganggap wanita berlesung pipit itu sebagai anaknya sendiri. Lagipun daripada personaliti Dahlia Arissa dia pasti lebih ramai yang menginginkan wanita itu menjadi menantu mereka. Dan perkara itu sering terjadi ketika mereka bertemu dengan rakan-rakannya yang secara terbuka mengatakan mereka cemburu kerana dia memiliki menantu seperti Dahlia Arissa.

"Ibu..." panggilan Dahlia Arissa mengejutkan lamunan Tengku Najihah.

"Ya?"

"Ni." Dahlia Arissa menhulurkan dadih kepadanya. Dadih itu disambut bersama-sama ucapan terima kasih.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now