bab 7

527 38 0
                                    

"YA ALLAH.... Dahlia! Kenapa dengan anak kita ni bang. Lia, bangun sayang." Panggil Puan Sri Melati yang memeluk anaknya itu sambil memandang Tan Sri Mokhtar.

Daniel Amriza mengangkat tubuh adiknya lalu di betulkan di atas katil. Maisarah menolong Daniel Amriza namun pergerakannya terhenti apabila terpandang lap-top Dahlia Arissa.

"Mama Sri, cuba tengok ni sekejap..." Tunjuk Maisarah.

Tan Sri Mokhtar dan Puan Sri Melati serentak memandang apa yang ditunjukkan oleh Maisarah. Mereka membaca tajuk utama Berita Harian yang terpampang di skrin lap-top anak mereka.

'Seorang model yang baru melonjak naik namanya mengaku bahawa dia ditangkap khalwat bersama pasangannya Tengku Syed Adam Tengku Syed Idris di sebuah kondo kepunyaan model tersebut itu sendiri.'

Tan Sri Mokhtar terduduk di sofa sambil mengurut dadanya sendiri. Wajah Daniel Amriza berubah. Maisarah menenangkan Puan Sri Melati yang semakin galak menangis itu.

Tiba-tiba Dahlia Arissa tersedar lalu memanggil nama mamanya. Semua mata tertumpu pada Dahlia Arissa.

"Mama... Mama..."

"Ya, sayang. Mama ada dekat sini." Sahut Puan Sri Melati sambil mengelus lembut pipi anaknya.

"Adam kena tangkap khalwat, ma. Kenapa dia buat Lia macam ni. Dia tak jujur ma, dengan Lia. Apa kurangnya Lia ni, ma... Sampai hati dia buat Lia macam ni. Tergamak dia buat kerja terkutuk tu," rintih Dahlia Arissa dalam tangisan.

"Sabar ya, sayang!" Pujuk Puan Sri Melati.

"Lelaki tu memang kurang ajar! Abang akan pastikan dia melutut depan Lia nanti!" Balas Daniel Amriza bersama amarahnya. Sakit hatinya apabila satu-satunya adik kesayangannya diperlakukan sebegitu rupa.

"Kita batalkan majlis ni, ma. Dahlia tak nak bertunang dengan dia. Lia tak nak!" Rayu Dahlia Arissa.

Puan Sri Melati mengangguk.

"Lia rehat, jangan fikir yang bukan-bukan. Biar papa dengan Abang Amri selesaikan benda ni semua. Amri, jom ikut papa," kata Tan Sri Mokhtar lalu menggamit Daniel Amriza. Satu ciuman singgah di dahi adiknya sebelum dia berlalu.

Hampir sebulan kes berkaitan dengan Tengku Syed Adam ditangkap khalwat menjadi bahan sensasi orang ramai. Dahlia Arissa juga turut menjadi tumpuan secara tidak langsung apabila majlis pertunangannya dengan Tengku Syed Adam dibatalkan. Keluarga Tengku Syed Adam juga berulang-ulang kali meminta maaf di atas kejadian yang berlaku. Walaupun Tan Sri Mokhtar dan Puan Sri Melati sudah memaafkan keluarga mereka, namun tidak bagi Daniel Amriza dan Dahlia Arissa. Sakit hati mereka hanya kepada Tengku Syed Adam dan bukannya kepada kedua-dua ibu bapa lelaki itu.

"Mama rasa baik Dahlia jumpa Adam dulu. Mungkin ada salah faham yang berlaku," pujuk Puan Sri Melati kepada Dahlia Arissa.

"Mama suruh je dia tu balik, Lia tak nak jumpa dengan dia," jawab Dahlia Arissa perlahan.

Puan Sri Melati tidak mahu memaksa. Dia terus keluar menemui Tengku Syed Adam yang sedang duduk di ruang tamu utama.

"Macam mana untie?" Tanya Tengku Syed Adam sejurus melihat wajah Puan Sri Melati.

"Dia masih marah lagi tu. Nanti Adam datang lagi, ya. Insya-Allah semuanya okey... Kamu jangan risau sangat, okey?" pujuk Puan Sri Melati.

Tengku Syed Adam tersenyum tawar lalu mengangguk lemah. Macam mana dia tidak risau, dia tidak dapat menjelaskan perkara sebenar yang berlaku pada dirinya dan model tersebut kepada Dahlia Arissa.








"SEMINGGU selepas dia datang ke rumah, Dahlia terus pergi London. Dahlia cakap dekat mama dengan papa nak duduk rumah abang dekat sana dalam sebulan dua, sebab masa tu Lia nak sangat jumpa abang. Tapi bila Lia sampai sana mummy cakap abang dah ke Singapura. Kecewa sangat masa tu Lia sebab tak dapat jumpa abang. Lepastu, Lia ambik keputusan pergi Europe untuk futher study. Lagipun Kate dengan Qirah pun ada dekat sana, and alhamdulillah sekarang ni Lia dah pun habis belajar." Cerita Dahlia Arissa panjang lebar.

"Kenapa tak bagitau abang yang Lia nak jumpa abang? Abang boleh balik London kejap..." Amir Haikal seolah-olah tidak puas hati dengan tindakan sepupunya itu. Dahlia Arissa memandang wajah Amir Haikal sambil tersenyum kelat.

"Entah lah abang. Masa tu Dahlia memang dah tak boleh fikir panjang dah. Semua keputusan yang Lia ambik lebih kepada ikut kata hati je. Masa tu Lia tak fikir pun kata orang ikut rasa binasa, ikut hati mati."

"Jangan nak sebut pasal mati pulak? Abang tak suka," tegur Amir Haikal. Serius.

"Sayang jugak abang dekat Lia, ya?" Usik Dahlia Arissa sambil memeluk bantal kecil bersegi empat itu.

"Dahlia tu je yang buat-buat tak faham," kata Amir Haikal lalu turun ke tingkat bawah menuju ke biliknya.

Dahlia Arissa terpinga-pinga apabila ditinggalkan oleh abang sepupunya itu. Eh, meroyan ke apa dia ni? Tadi bukan main semangat lagi nak dengar cerita... tapi bila dah sudah, macam tu je dia tinggalkan aku. Tak patut betul! Gumam hati kecil Dahlia Arissa sendiri.





Vote.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now