bab 72

417 23 0
                                    

BERHENTI sahaja kereta, Bella terus keluar dan berlari-lari anak masuk ke dalam rumah Syahfina yang pintunya sudah dibuka luas itu. Langkahnya terhenti bila melihat Tengku Syed Adam dan Dahlia Arissa keluar dari rumah Syahfina. Tegang sahaja wajah pasangan suami isteri itu.

"Everything's fine, right?" tanya Bella. Dia dan Amir Haikal juga turut tahu akan rancangan mereka pada malam itu.

Dahlia Arissa hanya mengangguk. Peristiwa yang berlaku sebentar tadi seolah-olah telah menyekat perkataan keluar daripada mulutnya. Seakan-akan mimpi!

"Kita orang balik dulu." Hanya sebaris ayat itu yang mamlu terluah daripada mulut Dahlia Arissa setelab melihat Tengku Syed Adam sudah laju melangkah ke hadapan. Sempat juga suaminya itu bersalaman dengan Amir Haikal walaupun kedua-dua mereka tidak mengeluarkan kata. Tetapi Amir Haikal tidak pula merasa apa-apa. Dia faham situasi yang dihadapi Tengku Syed Adam pada saat ini.

"Take care," pesan Amir Haikal kepada Dahlia Ariss tatkala sepuounya itu lalu disebelahnya.

Dahlia Arissa mengangguk. Dia terus mengejar langkah Tengku Syed Adam. Hati yang sebal mengenangkan apa yang terjadi masih menghantui dirinya. Dia tidak menyangka Damia berkomplot dengan abang sepupunya sendiri untuk menghancurkan kebahagiaannya. Dan dia juga tidak menduga apabila Aunty Syida seakan-akan merestui perbuatan terkutuk anaknya itu.









"MENYESAL aku ada kawan macam kau, tahu tak? Sanggup kau tikam aku dari belakang!" jerit Damia kepada Syahfina yang berdiri di muka pintu sambil membelakangkan Damia dan Aunty Syida kerana matanya menghantar kepulangan Tengku Syed Adam dan Dahlia Arissa. Dia juga dapat menangkap kehadiran kereta Amir Haikal sebelum berpaling menghadap wajah Damia dan Aunty Syida semula.

"Aku pun menyesal sebab berkawan dengan orang macam kau, Mia. Sebelum apa-apa jadi, baik kau orang balik. Sebab aku ada tetamu lain." Syahfina menjawab tenang.

Pandangan mata Damia dan Aunty Syida menyorot ke pintu. Bella sudah pun berdiri tegak di situ. Dia dan Amir Haikal memang bercadang ke rumah Syahfina. Takut Syahfina diapa-apakan oleh Damia, Aunty Syida dan juga Khalil Asyraf. Hati manusia sukar diramal. Bila dendam dan sakit hati bersatu, apa-apa pun boleh dilakukan untuk memuaskan hati yang panas membara.

"Mari kita balik, Mia. Kita tak akan mati kalau hilang kawan makan kawan macam ni," sindir Aunty Syida. Tubuh Damia dipapah apabila anaknya itu kelihatan susah benar hendak bangkit dari lantai.

"Saya pun tak akan mati tak ada kawan macam aunty dengan anak aunty ni," balas Syahfina lalu menuju ke muka pintu.

"Kau orang boleh keluar sekarang," halau Syahfina sambil menunjuk ke arah luar.

"Aku akan cari kau lagi, Fina!" Damia berbisik ke telinga Syahfina saat bahunya bersentuh dengan musuh terbarunya itu.

"Aku tunggu." Bersahaja Syahfina menjawab.

Aunty Syida mencebik. Geram dengan Syahfina yang menjadi gunting dalam lipatan atas kejadian malam itu.

Kurang ajar punya perempuan! Berani dia bocorkan rahsia kita orang semua! Marah Aunty Syida di dalam hati. Langkah dilajukan unguk meninggalkan rumah yang telah menjadi saksi penceraian anak tunggalnya itu.











TANGAN kanan Dahlia Arissa digenggam kemas Tengku Syed Adam yang sedang memandu di sebelah. Sejak kereta meninggalkan kawasan rumah Syahfina, kedua-dua mereka mendiamkan diri. Tidak bersuara langsung. Masing-masing masib memikirkan apa yang terjadi di rumah Syahfina sebentar tadi.

"Sayang okey?" Akhirnya Tengku Syed Adam merobohkan tembok kebisuan di antara mereka berdua.

"Abang?" Dahlia Arissa pula bertanya. Tadi yang mengamuk sakan, suaminya. Dia pula lebih banyak memerhati dan mendiamkan diri.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now