bab 50

523 18 0
                                    

TENGKU SYED ADAM memandang sayu katilnya. Sudah dua minggu peristiwa hitam itu berlalu. Selama tempoh itu dia masih belum bertemu dengan Dahlia Arissa. Borang perceraian yang ada di meja tulis hanya dipandang sepi. Nampaknya Dahlia Arissa nekad dengan keputusannya. Langsung tidak menunjukkan dia akan mengubah fikiran. Hubungannya dengan ibu dan abahnya juga dingin. Nasib baik Damia sudah tidak ada di dalam rumah itu lagi, jika tidak pasti mati perempuan itu dia kerjakan. Rindunya kepada Dahlia Arissa dan Tengku Syed Muiz tidak dapat dibendung lagi. Tanpa berfikir lama, dia terus mencapai kunci kereta. Isteri dan anaknya perlu ditemui!













MIASARAH dan bibik berpandangan sesama sendiri apabila melihat Tengku Syed Adam sudah berdiri tegak di muka pintu.

"Mai, Kak Rissa ada kat rumah?" tanyanya.

Bibik segera melarikan diri ke dapur apabila mendengar jeritan Qaisarah.

"Ada. Dalam bilik. Tidurkan Muiz kut. Ada apa Abang Adam datang sini?"

"Abang nak jumpa Kak Rissa. Boleh, kan?" Maisarah mengetap bibir. Tidak tahu sama ada hendak membenarkan atau tidak. Ketika itu hanya mereka yang ada. Suami dan bapa mertuanya sudah keluar awal pagi tadi. Otaknya ligat memikirkan jawapan yang harus diberikan kepada Tengku Syed Adam.

"Tolong abang, Mai. Abang perlu jumpa Kak Arissa," rayu Tengku Syed Adam lagi. Melihat wajah Tengku Syed Adam yang kelihatan sangat berharap itu membuatkan Maisarah semakin diterpa perasaan serba salah.

"Abang masuk jelah. Akhirnya Maisarah bersuara semula. Lagipun apa salahnya kerana Tengku Syed Adam masih lagi suami Dahlia Arissa.

"Thanks, Mai," ucap Tengku Syed Adam lalu menuju ke tingkat atas. Daun pintu bilik ditolak perlahan. Haruman daripada aroma terapi menyentuh lembut hidungnya. Di dada katil sudah kelihatan Dahlia Arissa tertidur sambil memeluk Tengku Syed Muiz.

"Anak papa..." bisik Tengku Syed Adam perlahan sambil mencium kedua-dua belah pipi anaknya. Pandangan dihala kepada wajah isterinya pula. Rindu di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu apabila melihat mata, hidung, bibir dan pipi isterinya. Tanpa sedar dia sudah pun mencium dahi isterinya itu.

"Abang..." Terkeluar juga panggilan itu daripada mulut Dahlia Arissa yang baru tersedar daripada tidurnya.

Tengku Syed Adam tersenyum tawar. Dahlia Arissa yang ingin duduk itu terus dipeluk erat. Terbalas juga rindunya selama ini.

"Jangan buat abang macam ni, sayang. Abang rindukan sayang. Abang tak boleh hidup tanpa sayang."

Dahlia Arissa memejamkan mata apabila Tengku Syed Adam mengusap lembut rambutnya. Dia juga rindukan suaminya. Dia juga tidak boleh hidup tanpa suaminya. Tetapi kenangan malam itu membuatkan luka lama berdarah lagi. Malah lebih teruk daripada sebelumnya. Dengan perlahan dia melonggarkan pelukan.

"You buat apa dekat sini?" tanya Dahlia Arissa perlahan sambil menundukkan kepala. Hamparan cadar yang berbunga kecil itu menjadi tatapannya. Tidak mahu menatap wajah suaminya. Takut hatinya goyah.

"Abang nak jumpa sayang. Nak jumpa anak kita."

"Dahlah, Adam. You pergi balik. Kejap lagi papa dengan Abang Amri balik."

"Sayang, abang ni suami sayang, tahu!" Geram pula Tengku Syed Adam dengan isterinya yang terus-terusan membuang dirinya.

"I tahu. Sebab tu I nak you lepaskan I secepat mungkin. I pun tak nak teruskan tanggung dosa sebab tak layan you dengan baik. Ini untuk kebaikan kita jugak."

"Apa yang sayang cakapkan ni? Abang lepaskan sayang? No! Benda tu tak akan terjadi," balas Tengku Syed Adam lalu bangkit dari katil. Dia terus duduk di sofa. Rambutnya dilurut perlahan. Dia dah tak sayangkan aku ke? Kenapa dia nak mintak aku lepaskan dia? Perceraian bukanlah penyelesaian yang tepat. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. Mungkin cara ini boleh melembutkan isterinya.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now