Bab 64

336 21 0
                                    

DAHLIA ARISSA memandang lama kad jemputan yang berwarna kuning keemasan itu. Nama Amir Haikal dan Bella tersemat indah di dalamnya. Senyuman bergayut di bibir Dahlia Arissa.

"Assalamualaikum sayang," sapa Tengku Syed Adam di muka pintu pejabat isterinya. Senyuman penuh pesona dihadiahkan kepada Dahlia Arissa.

"Waalaikumsalam. Abang buat apa kat sini?" soal Dahlia Arissa yang kelihatan sedikit terkejut dengan kedatangan Tengku Syed Adam secara tiba-tiba itu. Tengku Syed Adam duduk di kerusi berhadapan dengan isterinya, lalu menopang kepala dengan tangan di meja. Wajah Dahlia Arissa ditatap lama.

"Nak jumpa isteri abanglah. Jom teman abang makan. Laparlah," ajak Tengku Syed Adam.

"Lia teman je tau, sebab Lia dah makan dengan Kate kejap tadi."

"Okey. Kad jemputan siapa ni?" tanya Tengku Syed Adam bila melihat beberapa kad jemputan di atas meja. Tangannya pantas sahaja menarik sekeping daripadanya.

"Hah! Tengok, kan menjadi jugak dua orang ni..." sengih Tengku Syed Adam. Teringat lagi akan usikan nakalnya kepada Amir Haikal dan Bella masa di rumah isterinya dulu.

Dahlia Arissa hanya tersenyum.

"Tapi kenapa dia orang tak terus kahwin je?" soal Tengku Syed Adam lagi bila melihat undangan itu sebenarnya untuk majlis pertunangan, bukan pernikahan.

"Manalah Lia tahu. Kad jemputan ni pun mummy suruh bagi kat staff Lia."

Tengku Syed Adam mengangguk. Dia melirik jam di pergelangan tangan. Jam sudah pun menunjukkan ke angka satu tiga puluh minit petang.

"Jom kita gerak sekarang. Pukul tiga nanti abang ada site visit pulak."

Dahlia Arissa pantas mencapai purse dan telefon bimbitnya sebelum mengekori langkah suaminya. Ketika tangan Tengku Syed Adam menolak pintu kaca spa milik isterinya itu, terpacul muka isteri Khalil Asyraf, Puteri.

"Nak keluar ke?" tanya Puteri kepada Dahlia Arissa yang berada di belakang Tengku Syed Adam.

Dahlia Arissa hanya mengangguk. Lama benar dia tidak bertegur sapa dengan isteri abang sepupunya itu, sejak perang dingin berlaku antara mereka. Kali terakhir mereka berjumpa sewaktu perasmian klinik Khalil Asyraf dan Yusuf dua minggu lepas.

"Kalau macam tu, boleh akak cakap dengan Lia kejap? Maybe dalam sepuluh minit."

Dahlia Arissa dan Tengku Syed Adam berpandangan sesama sendiri. Tutur kata Puteri agak lembut dan ramah itu membuatkan Dahlia Arissa mengangguk. Tanda bersetuju.

"Abang. Abang tunggu dekat kereta tau. Kejap lagi Lia datang," kata Dahlia Arissa.

Tengku Syed Adam hanya menggangguk. Dia pun tidak mahu mengganggu perbualan kaum Hawa itu.

"Eh, tak apa. Adam boleh dengar sekali," celah Puteri.

Tanpa menunggu lama, mereka bertiga masuk semula ke dalam pejabat Dahlia Arissa. Setelah melabuhkan punggung di sofa, Puteri terus membuka mulut.

"Akak nak mintak maaf pasal apa yang dah berlaku sebelum ni. Akak ingatkan Lia yang menggatal dengan Khalil, rupa-rupanya Khalil yang menggatal dengan Lia. Bukan dengan Lia je, tapi dengan perempuan lain jugak..." luah Puteri.

Dahlia Arissa menarik nafas lega. Dia sebenarnya takut kalau-kalau Puteri datang hendak menyerang dirinya lagi.

"Dahlia memang tak ada apa-apa dengan Abang Khalil tu, kak. Apatah lagi nak ada perasaan dekat dia. Lia maafkan akak, cuma lepasni Lia harap sangat-sangat akak tak buat lagi macam akak buat dengan Lia dulu." Lembut sahaja Dahlia Arissa mengatur kata.

Tengku Syed Adam yang duduk disebelah Dahlia Arissa hanya mengerling sekilas wajah isterinya.

"Akak tak akan buat macam tu lagi dekat Lia, tapi dekat perempuan lain mungkin ya."

"Apa maksud akak ni?" aju Dahlia Arissa.

Tengku Syed Adam turut berminat dengan kata-kata yang terluah laju dari mulut Puteri.

"Sebenarnya sejak akak kahwin dengan Abang Khalil lagi akak tahu Abang Khalil tu memang kaki perempuan. Cuma akak tak dapat nak kesan kegiatan dia tu. Dia pandai sangat cover line sampailah Dahlia balik sini. Bila akak tahu dia still lagi ikut perkembangan Lia, sakit dalam hati akak ni makin menjadi-jadi. Jadi akak pun serang Lia, sebab Lia sorang je perempuan yang akak tahu punya hubungan rapat dengan Khalil. Kalau akak tahu perempuan-perempuan lai yang ada skandal dengan Khalil, mesti akak serang dia orang jugak, tapi sayangnya akak tak tahu." Lirih sahaja suara Puteri. Nada kekecewaan jelas sekali di setiap bait kata-katanya. Dia menyesal kerana bertindak terburu-buru ketika menghentam Dahlia Arissa dulu.

"Tapi macam mana akak tahu suami akak ada perempuan lain?" soal Tengku Ayed Adam pula. Puteri pun tersenyum hambar.

"Baru-baru ni akak jumpa handphone rahsia Khalil. And baru aku tahu selama ni dia sediakan handphone yang dikhaskan untuk skandal-skandal dia."

"Mana akak jumpa telefon tu?" Dahlia Arissa pula bertanya.

"Dalam laci dekat office dia. Rupa-rupanya dia memang guna telefon tu masa dia kerja je. Akak memang tak sangka Abang Khalil sanggup buat akak macam ni. Terbaru ni, akak dapat tahu dia ada skandal dengan isteri orang pulak."

Dahlia Arissa tergamam. Dia juga tidak menyangka abang sepupunya itu mempunyai perangai seperti itu.

Tengku Syed Adam mengerling jam di pergelangan tangan. Sudah hampir pukul dua petang. Akhirnya dia mencapai telefon lalu membuat pesanan untuk penghantaran piza.

"Maaflah Adam, kalau akak ni mengganggu time lunch kau orang," kata Puteri setelah Tengku Syed Adam pesanan piza.

"Tak apa kak, sekurang-kurangnya dapat jugak kita lunch sama-sama." Mesra sahaja Tengku Syed Adam menjawab. Dahlia Arissa turut mengangguk. Mengiakan kata-kata suaminya.

Puteri senyum senang melihat pasangan suami isteri itu melayan dirinya.

"Abang nak pergi kedai sebelah tu, nak beli air," kata Tengku Syed Adam kepada isterinya.

Dahlia Arissa sekali lagi mengangguk. Hilang sahaja bayangan Tengku Syed Adam, Puteri kembali bersuara.

"Akak tengok Adam tu bukan main sayang lagi dekat Lia. Beruntung Lia dapat suami macam dia," puji Puteri. Dahlia Arissa sudah pun tersenyum meleret.

"Bukan senang nak memiliki Adam tu, kak. Sampai Lia ni kena berkongsi dia dengan orang lain..." keluh Dahlia Arissa. Puteri merenung ke dalam mata Dahlia Arissa.

"Kalau akak dekat tempat Lia, akak tak tahulah macam mana keadaan akak. Khalil yang berskandal dengan perempuan lain lagi akak dah macam nak gila, apatah lagi kalau Khalil ada isteri lain."

"So, apa plan akak lepas ni?"

"Akak nak siasat dulu perempuan yang dah jadi isteri orang tu. Kalau akak tahu siapa dia, siaplah dia akak kerjakan," jawab Puteri. Geram sungguh hatinya dengan perempuan yang sengaja mengganggu rumah tangganya.

"Abang Khalil tahu yang akak dah tahu pasal benda ni?"

Puteri menggeleng. Khalil tidak perlu tahu. Lagipun dia masih boleh berlagak biasa dihadapan suaminya itu.

Ketika itu juga Tengku Syed Adam masuk bersama sebotol air Coca-cola dan piza.

Dahlia Arissa segera mengambil gelas di pantry. Tengah hari itu mereka bertiga makan bersama walaupun perkara seperti ini tidak pernah terlintas langsung difikiran Dahlia Arissa akan terjadi. Sesuatu yang luar jangkauan fikirannya. Kalau bergaduh, itu mungkin!


















Vote :((

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now