bab 37

367 22 0
                                    

DAHLIA ARISSA menemani Maisarah membuat pemeriksaan di klinik kerana Daniel Amriza terpaksa ke Melaka. Ketika menunggu giliran, matanya terpandang kelibat Syahfina yang baru sahaja masuk ke dalam klinik itu. Memandangkan ketika itu tidak ramai orang membuatkan Syahfina sempat menangkap wajah Dahlia Arissa. Satu senyuman sinis dihadiahkan kepada sepupu bekas suaminya itu.

"Kau mengandung jugak ke?" Tanya Syahfina yang sudah pun berdiri depan Dahlia Arissa. Walaupun dia sudah tahu tentang kehamilan Dahlia Arissa, tetapi dia sengaja ingin bertanya lagi. Maisarah pula baru sahaja masuk ke dalam bilik doktor setelah dipanggil oleh seorang jururawat muda. Pertanyaan Syahfina tidak dijawab.

"Entah-entah anak yang kau kandung tu anak Amir tak?"

Mencerlung mata Dahlia Arissa memandang Syahfina. Syahfina masih tetap tersenyum mengejek. Kad klinik diserahkan kepada jururawat yang sedang bertugas di kaunter pendaftaran.

"Jaga sikit mulut kau tu, Fina!" Hilang sudah panggilan 'kakak' yang digunakan selama ini. Bagi Dahlia Arissa, orang seperti Syahfina tidak patut dihormati. Syahfina tergelak besar.

"Mulut aku, suka hati akulah. Yang kau nak marah sangat ni, kenapa? Atau memang betul anak tu anak Amir?" Syahfina semakin galak membangkitkan kemarahan Dahlia Arissa.

Beberapa orang yang berada di situ memandang mereka berdua. Dahlia Arissa cepat-cepat beristighfar. Dengan pantas dia bangkit lalu menuju ke kereta. Telefon bimbit dicapai lalu tangannya pantas menaip mesej.

'Mia, Kak Lia tunggu dalam kereta ye. Malas nak berdepan dengan minah sengal tu.'

Satu keluhan dilepaskan apabila mesej itu siap dihantar. Dia menyandarkan tubuhnya pada seat kereta. Kalau tak mengenangkan dia di tempat umum, mahu sahaja dia ingin menampar mulut Syahfina yang semakin celopar itu.







KELETAH Topeng membuatkan Dahlia Arissa leka melayan kucing kesayangannya itu. Sesekali terdengar gelak tawanya. Tengku Syed Adam yang sedang menonton TV mencuri pandang ke arah isterinya.

Hai, dengan kucing pun boleh bergurau senda macam tu sekali ke? Tanyanya dalam hati. Tetapi sejak berkahwin dengan Dahlia Arissa, dia tahu sangat perangai isterinya itu. Dengan kucing dan ikan pun dia boleh bersembang. Pelik betul.

"Dulu aku dah belikan kau kawan bukan main comel lagi tapi entah apa kau buat dengan dia sampai dia lari dari rumah. Sekarang ni padan muka kau main sorang-sorang!" Dahlia Arissa mula berbicara dengan Topeng. Kucing itu masih leka dengan bola kain kecil yang diberi oleh Dahlia Arissa sebentar tadi. Tidak memberi sebarang respons pun pada tuannya.

"Dasar binatang! Aku cakap kau buat tak tau je ya, Topeng."

"Dah dia tu memang binatang, nak buat macam mana." Tengku Syed Adam pula yang menyahut.

Dahlia Arissa mencebik lalu menuju ke dapur untuk mencuci tangan. Tidak lama kemudian dia kembali ke ruang tamu lalu duduk di sebelah suaminya.

"Abang, malam ni kita makan sushi nak tak?" Ajak Dahlia Arissa. Dia tahu sushi bukanlah makanan kegemaran Tengku Syed Adam.

"Makan sushi? Abang temankan sayang makan jelah. Tak lalu abang nak telan makanan yang tak cukup sifat tu."

"Makanan tak cukup sifat?"

"Yalah, dah hampir semua sushi tu ada unsur-unsur bahan yang tak dimasak. Kiranya tak cukup sifatlah tu. Kalau cukup sifat, makanan tu siap dimasak dengan sempurna." Sengih Tengku Syed Adam. Tekaknya memang tidak boleh menerima makanan daripada negara matahari terbit itu.

"Eleh, kalau tak suka makan tu cakap je tak suka. Tak payah nak mukadimah panjang-panjang. Kalau macam tu, kita take away jelah. Lia makan dekat rumah je. Nanti abang take away jugak makanan yang abang nak makan. Okey tak?" Usul Dahlia Arissa.

"Abang tak kisah. Lagipun papa dengan mamakan ikut Abang Amri dengan Maisarah ke JB. Lepas maghrib nanti kita keluar," jawab Tengku Syed Adam. Dahlia Arissa sudah pun tersenyum senang.

"Bik, malam ni kita orang tak makan rumah jadi bibik tak payah masaklah, ya?" Beritahu Dahlia Arissa kepada bibik yang sedang menghidangkan minuman petang kepada mereka berdua.

"Kalau ngak masak bibik makan apa sih? Makanya bibik perlu masak jugak deh."

Betul jugak cakap bibik ni. Tapi kesian pulak tengok bibik makan makanan yang sama je, kan? Dahlia Arissa bermonolog di dalam hati.

"Erm, bibik nak makan apa? Karang kalau Lia keluar, Lia boleh tapaukan sekali. Tak payah bibik nak masak lagi?" Tanya Dahlia Arissa kepada pembantu rumah mereka itu. Dahi bibik sudah berkerut seribu. Mungkin memikirkan makanan yang ingin dimakannya.

"Kalau boleh beli piza bagus jugak sih," kata bibik sambil tersengih.

Tengku Syed Adam tersenyum mendengar kata-kata bibik. Dalam seminggu aku rasa dalam dua tiga kali rumah ni order piza. Rasanya bibik tak pernah terlepas merasai piza yang kita orang beli. Ke memang bibik ni penggemar piza? Tengku Syed Adam pula berbicara di dalam hati.

"Bibik ni suka makan piza ya? Tapi tak pe, sebelum keluar nanti Lia order untuk bibik."

"Terima kasih ya," ucapnya lalu berlalu.

Kuih seri muka yang terhidang di atas meja dicapai oleh Dahlia Arissa manakala Tengku Syed Adam menghirup air coklat yang masih panas itu. Petang itu mereka habiskan masa dengan menonton TV.








TELEFON BIMBIT Tengku Syed Adam menjerit nyaring. Dahlia Arissa yang baru siap melipat sejadah segera mencapai telefon bimbit suaminya itu. Tertera nama Damia di skrin telefon.

"Assalamualaikum..." sapa Dahlia Arissa.

"Waalaikumussalam. Err, boleh Mia cakap dengan Abang Adam kejap?"

"Abang Adam tengah mengaji."

"Mengaji? Tak apalah, nanti Mia call balik. Bye!"

Dahlia Arissa menarik nafas panjang. Tiba-tiba dia teringat sindiran Puteri sewaktu hari raya dulu. Perihal perempuan lain yang menggatal dengan suaminya. Dia melepaskan satu keluhan berat. Mungkin ini yang dirasai oleh Syahfina dan Puteri sewaktu dia rapat dengan Amir Haikal dan Khalil Asyraf. Hukum kifarah ke ni?

"Siapa yang call?" Tanya Tengku Syed Adam. Al-Quran disimpan semula di dalam almari.

"Damia."

"Dia nak apa?" Tanya Tengku Syed Adam lagi.

Dahlia Arissa mengangkat bahu. Jelas garis cemburu menghiasi wajahnya. Tengku Syed Adam sudah pun tersenyum sendiri.

"Jangan nak fikir bukan-bukan. Pergi siap, kata nak makan sushi. Karang merajuk baby kat dalam tu, kan susah?" Tegur Tengku Syed Adam.

"Abang tolong order piza untuk bibik ya. Lia nak tukar baju kejap," pinta Dahlia Arissa lalu membuka almari. Mencari baju yang sesuai untuk keluar makan malam. Cemburu di dalam hati diusir jauh-jauh.










Vote ya nyah :))

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now