bab 38

354 16 0
                                    

AMIR HAIKAL hanya menundukkan kepala apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada mummynya, Datin Melur. Dato' Mukriz masih mendiamkan diri. Belum mahu mencelah. Suasana di pejabat Amir Haikal itu kembali sepi. Menyesal pula rasanya dia menceritakan tentang perasaannya terhadap Dahlia Arissa kepada kedua-dua orang tuanya itu.

"Mummy sayangkan kamu, Amir. Mummy buat ni semua untuk kebaikan kamu jugak..." sambung Datin Melur lagi.

"Dahlah tu, bagi dia masa untuk fikir dulu." Dato' Mukriz bersuara. Kesian pula dia melihat wajah anak tunggalnya itu dirudung keresahan.

"Melur bukan apa, bang... Melur nak dia buang perasaan dia pada Lia tu. Yang sakit dia, yang cemburu pun dia jugak. Kalau Lia belum jadi isteri orang, Melur tak kisah dan Melur setuju sangat-sangat dia jadi menantu kita. Lia pun dah bahagia dengan Adam, dah mengandung dah pun. Jadi Melur tak nak disebabkan perasaan Amir ni nanti dia akan buat benda-benda yang tak elok sampai menggangu rumah tangga orang lain," hujah Datin Melur panjang lebar.

"Amir takkan buat sampai macam tu, mummy. Amir sayangkan Lia takkan Amir nak musnahkan kebahagiaan orang yang Amir sayang." Amir Haikal akhirnya bersuara. Wajahnya di angkat sedikit lalu memandang wajah kedua-dua orang tuanya. Mohon pengertian.

"Terpulang pada kamu. Mummy cuma taknak kamu kecewa. Kamu dengan Lia tu sepupu. Macam mana sekalipun yang terjadi, kamu tetap kena berdepan dengan dia jugak. Jadi mummy harap sangat kamu jaga diri kamu tu. Lusa mummy dengan daddy dah pun nak balik London," pesan Datin Melur.

Amir Haikal mengangguk lemah.

"Buat masa ni daddy nak kamu fokus dekat company dulu. Daddy tengok kerja kamu pun tak berapa baik sejak kebelakangan ni. Jangan jatuh sebab cinta, Amir... tapi bangkitlah sebab cinta. Lagi-lagi cinta pada Allah. Kamu mungkin kehilangan cinta Lia tapi kamu kena ingat, kena bersyukur sebab kamu masih punya cinta Allah. Yakin dan bersangka baiklah dengan setiap dugaan yang Allah beri." Dato' Mukriz pula mengingatkan anaknya.

"Terima kasih daddy, mummy. Dah nak lunch time ni, jom kita makan. Amir belanja makan kari kepala ikan. Tempat yang selalu Amir dengan Lia pergi dulu," katanya lalu bangkit.

Datin Melur memandang suaminya, lantas berbisik. "Dengar tu. Lia lagi!"









DAMIA masih setia menanti di ruangan menunggu. Kelibat Tengku Syed Adam masih belum kelihatan. Sudah tiga kali dia bertanya kepada Hani, penyambut tetamu di syarikat Tengku Syed Adam tetapi Hani tetap mengatakan Tengku Syed Adam masih di dalam bilik mesyuarat.

"Boleh saya berjumpa dengan Tengku Syed Adam?" Tiba-tiba seorang perempuan mengandung bertanya kepada Hani. Damia sempat mengerling kepada perempuan yang tampak bergaya itu.

"Maaf, cik. Tengku Syed tengah meeting. Erm, cik ada buat appointment dengan dia ke?" Ramah sahaja Hani bertanya.

"Ada."

"Kalau macam tu, cik tunggu sekejap ya. Kejap lagi Tengku Syed habis meeting," jawab Hani lagi.

Perempuan itu terus mengambil tempat duduk tidak jauh dari Damia. Damia bangkit menuju ke tandas tanpa membalas senyuman yang dihulurkan oleh perempuan tadi.









KELUAR sahaja dari bilik mesyuarat, Tengku Syed Adam menuju ke biliknya. Sekejap lagi dia akan menemani Dahlia Arissa untuk membuat pemeriksaan kandungan di klinik. Baru sahaja dia ingin mencapai kunci kereta, pintu biliknya diketuk dari luar.

"Masuk!"

"Maaf, Tengku Syed. Ada dua orang tetamu nak jumpa Tengku," beritahu Aisya setelah mendapat tahu daripada Hani tentang kedatangan dua orang tetamu bosnya itu. Tengku Syed Adam mengerutkan dahi. Setahunya dia tidak punya apa-apa temu janji lagi.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now