bab 35

401 21 0
                                    

PAGI itu Dahlia Arissa sibuk membantu Tengku Najihah menyiapkan sarapan pagi. Pembantu rumah ibunya Kak Wani sudah balik ke kampung untuk menyambut hari raya.

"Lia, tolong panggilkan abah kamu dekat depan tu, ibu nak ke bilik air kejap. Sakit perut pulak ni." Pinta Tengku Najihah. Mungkin sebab terlalu banyak makan semalam membuatkan perutnya sedikit meragam. Dahlia Arissa hanya mengangguk lalu menuju ke depan. Tengku Syed Idris yang sedang leka membaca surat khabar terkejut apabila disapa menantunya.

"Ada apa, Lia?" Tanya Tengku Syed Idris.

"Jom sarapan, bah." Ajak Dahlia Arissa. Belum sempat dia mengatur langkah manuju ke dapur semula, Tengku Syed Idris sudah pun bersuara kembali.

"Duduk dulu, Lia. Abah ada benda nak cakap sikit."

Dahlia Arissa terus duduk menghadap Tengku Syed Idris. Tiba-tiba je abah ni nak cakap dengan aku. Entah pasal apalah, ya? Soalnya sendiri.

"Semalam kamu dah jumpa Damia dengan mamanya, kan?"

Dahlia Arissa mengangguk.

"Abah nak kamu hati-hati. Mia tu lain sikit. Dia akan buat apa saja yang dia rasakan betul. Yang boleh puaskan hati dia sendiri."

"Erm... Maksud abah?" Tanya Dahlia Arissa tanda tidak mengerti. Apa kaitan perangai Damia tu dengan aku?

"Dia tu dari dulu lagi nak Adam ambik dia jadi bini."

Dahlia Arissa terpempam. Wajah bapa mertuanya dipandang lama.

Biar betul? Kenapa Adam tak pernah cerita pada aku tentang benda ni? Tapi kalau dia cerita dekat aku, sah-sah dia kena tidur luar! Tapi boleh ke aku tidur tanpa dia? Hurmmm.

"Semalam abah dah bising dengan ibu kamu sebab jemput dia orang datang makan malam kat sini. Macamlah raya ada semalam je. Jemputlah hari lain, ni tak, nak semalam jugak. Abah memang dari dulu lagi tak berkenan dengan perangai mereka anak-beranak tu." Tengku Syed Idris meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.

"Tapi Lia tengok Aunty Syida tu okey je, bah."

"Kamu jangan nak jadi macam ibu dengan Adam kamu tu, Lia. Dia orang tu pun tak percaya apa yang abah cakap pasal Aunty Syida tu..." Rungut Tengku Syed Idris. Dahlia Arissa mengerutkan dahi. Masih tidak faham.

"Aunty Syida kamu tu sejak kematian laki dia, bukan main lagi dia mengendeng abah ni. Bukan setakat abah je tau, dengan kawan abah pun macam tu. Abah dah cerita dekat ibu kamu tapi dia tak percaya. Adam tu lagilah, lurus bendul. Apa yang Aunty Syida tu cakap, semuanya betul di mata dia. Abah bukan nak menjajar pasal orang lain pada kamu, tapi abah nak sangat kamu tu hati-hati," pesan Tengku Syed Idris panjang lebar.

Akhirnya Dahlia Arissa mengangguk faham . Patutlah malam tadi Aunty Syida asyik sibuk mengambilkan lauk untuk bapa mertuanya itu. Ada ketam batu di sebalik panggang rupanya. Bahaya betul!

"Abah, sayang, sembang apa je tu?" Sapa Tengku Syed Adam yang sedang menuruni anak tangga. Tengku Syed Idris segera melipat surat khabar.

"Sembang pasal abanglah. Saja nak korek cerita dari abah pasal abang," dalih Dahlia Arissa lalu bangkit dari tempat duduknya. Lengan Tengku Syed Adam dipaut mesra.

Tengku Syed Idris sudah pun tersenyum lalu menuju ke ruang makan untuk bersarapan pagi.












PERKARANGAN rumah Tan Sri Mokhtar sudah pun berdiri tiga buah khemah. Dahlia Arissa yang baru sahaja balik dari rumah keluarga Tengku Syed Adam segera masuk ke dalam bilik untuk mandi dan menukar pakaian. Ketika dia sedang bersolek di hadapan cermin, pintu bilik di tolak dari luar.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now