bab 20

478 25 0
                                    

TANPA diduga Khalil Asyraf terlanggar Dahlia Arissa di hadapan pintu bank hingga membuatkan Dahlia Arissa jatuh terduduk, begitu juga dengan Khalil Asyraf. Berkerut muka Dahlia Arissa menahan kesakitan akibat jatuh terduduk.

"Sorry, Lia. Abang tak sengaja. Abang nak cepat ni," ujar Khalil Asyraf lalu bangkit.

Dahlia Arissa yang masih terduduk itu segera mengambil tas tangannya yang turut terjatuh sama. Dia cuba untuk bangun namun tidak berdaya. Pinggangnya terasa sakit. Sangat-sangat sakit. Tiba-tiba Khalil Asyraf menghulurkan tangan. Dalam keterpaksaan dia menyambut huluran tangan lelaki itu memandangkan sudah banyak mata yang memandangnya. Baru sahaja dia hendak berdiri dengan betul, tiba-tiba bahunya ditolak kasar. Akibat keseimbangan badan yang belum stabil sepenuhnya, sekali lagi Dahlia Arissa jatuh tergolek. Terdengar suara halus Dahlia Arissa mengaduh kesakitan.

"Aku memang dah lama perhatikan kau ni. Aku taulah kau tu sepupu laki aku, tapi takkan kau tak tau dia ada anak bini! Sedap-sedap je kau nak pegang laki aku. Kau ni harap je muka cantik, tapi hati gatal merenyam! Baik kau balik Europe jelah. Balik sini nak porak-perandakan rumah tangga orang buat apa?" Serang Puteri secara tiba-tiba.

Beberapa orang yang sedang keluar masuk bank tersebut sudah mula memberi perhatian kepada drama spontan itu. Muka Dahlia Arissa terasa panas. Malu, marah dan sakit hati mula bersatu.

"Puteri salah faham ni," tegur Khalil Asyraf. Dia juga malu dengan tindakan drastik isterinya itu.

"Abang jangan nak menangkan perempuan tak guna ni pulak! Mari balik! Dasar perempuan tak tau malu!" Tempelak Puteri lalu menarik suaminya pergi dari situ.

Mata Dahlia Arissa mula berkaca. Sedaya upaya dia menahan agar empangan air matanya itu tidak pecah di hadapan khalayak orang ramai.

"Ya Allah! Arissa, kenapa ni?" Tengku Syed Adam menerpa. Dia baru sahaja mahu melangkah masuk ke bank yang terletak bersebelahan.

Tanpa menjawab pertanyaan Tengku Syed Adam, Dahlia Arissa memaut lengan lelaki itu untuk berdiri.

"Ada perempuan serang dia tadi, bang." Beritahu pengawal keselamatan bank di situ.

"You letak kereta dekat mana? Biar I hantar you sampai ke kereta." Tengku Syed Adam masih macam dulu. Sentiasa prihatin terhadap gadis yang dicintainya itu.

"I naik teksi tadi," jawab Dahlia Arissa perlahan. Ada getar pada suaranya.

"Kalau macam tu, I hantarkan you balik."

Dahlia Arissa hanya mengangguk. Tangannya masih kejap memaut lengan Tengku Syed Adam. Fikirannya mula bercelaru. Tidak lama dulu dia diserang oleh Syahfina di sebabkan Amir Haikal, dan hari ini dia diserang pula oleh Puteri sebab Khalil Asyraf. Seolah-olah dia orang ketiga dalam hubungan setiap pasangan itu. Ya Allah, akukah yang bersalah?










MASUK sahaja di dalam perut kereta, Dahlia Arissa terus menghemburkan tangisannya. Dia betul-betul terasa terhina dengan kata-kata Puteri sebentar tadi. Tambahan pula dia dimalukan di hadapan khalayak ramai. Saat itu terasa maruahnya bagai dilambung tinggi. Terasa harga dirinya bagai di campak ke tepi. Dia teringin melawan tetapi tidak terdaya apatah lagi lidahnya seakan-akan kelu untuk bersuara. Dia juga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Jika dia melawan sebentar tadi pasti Puteri akan bertindak lebih agresif.

"Walaupun I tak tau perkara sebenar, tapi I nak you banyakkan bersabar." Akhirnya Tengku Syed Adam mula bersuara. Tangan Dahlia Arissa mula dicapai. Cuba menyalurkan perasaan tenang yang ada pada dirinya untuk Dahlia Arissa.

"Ouch!" Dahlia Arissa mengaduh kesakitan dan dengan pantas Tengku Syed Adam melihat tapak tangan gadis itu. Pantas Tengku Syed Adam beristighfar.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now