bab 40

498 23 3
                                    

TENGKU SYED ADAM masih tidak sedarkan diri. Semua ahli keluarga berkumpul di rumah Tengku Syed Idris untuk mengadakan solat sunat hajat. Dahlia Arissa yang baru tersedar daripada pengsan terus bergegas menuju ke bilik suaminya setelah dihantar oleh Daniel Amriza ke hospital. Tidak dapat dibayangkan jika dia kehilangan Tengku Syed Adam. Marah dan rajuknya tadi juga sudah hilang entah ke mana.

"Maaf cik, buat masa sekarang doktor tak benarkan sesiapa pun masuk melawat pesakit," tegah jururawat bertudung putih itu. Doktor disebelah jururawat itu memandang wajah Dahlia Arissa.

"Cik ni siapa dengan pesakit?" Tanya doktor muda itu.

"Saya isteri dia."

"Kalau macam tu puan boleh masuk tapi jangan lama sangat." Doktor itu akhirnya memberi kebenaran. Dahlia Arissa tersenyum tawar setelah mengucapkan terima kasih.

"Abang..." Bisik Dahlia Arissa ke telinga Tengku Syed Adam. Namun tiada tindak balas. Dia menarik kerusi lalu menghadap tubuh Tengku Syed Adam. Di tangan suaminya terdapat jarum drip. Dahi suaminya juga turut berbalut kemas.

"Abang, maafkan Lia." Hanya itu yang mampu terlafaz daripada mulutnya. Sayu hatinya tidak tertanggung lagi apabila melihat keadaan Tengku Syed Adam. Tangan suaminya dicapai lalu dikucupnya beberapa kali. Akhirnya dia terlena di sisi Tengku Syed Adam bersama tangisan yang masih bersisa.

"Puan..."

Dahlia Arissa segera membuka matanya. Doktor muda tadi sudah pun tersenyum memandangnya.

"Maaf, saya tertidur dekat sini. Saya minta diri dulu," ujar Dahlia Arissa lalu melangkah keluar.

Di luar dia terpandang wajah Tengku Syed Idris dan Tengku Najihah. Aunty Syida sudah pun menjeling tajam kepadanya. Mereka semua bergegas ke hospital membuat solat sunat hajat sebentar tadi.

"Perempuan tak guna! Sebab kaulah, Abang Adam accident!" Serang Damia secara tiba-tiba.

Dahlia Arissa pantas ditarik oleh Tengku Najihah sebelum Damia sempat menerkam menantunya itu.

"Apa kena dengan kamu ni, Mia?" Tengking Tengku Najihah. Inilah kali pertama dia meninggikan suara kepada Damia.

Aunty Syida turut terkejut melihat Tengku Najihah naik angin secara tiba-tiba.

"Aunty sedar tak perempuan yang aunty sayang nilah yang jadi punca kenapa Abang Adam jadi macam tu. Kalau Abang Adam tak kejar teksi yang dia naik tu, dia takkan accident!" Jerit Damia. Beberapa orang yang ada disitu mula mengerling tajam pada mereka.

"Sini hospital, bukan tempat bergaduh. Tolong hormat sikit dekat orang lain," tegur seorang jururawat yang bertugas di situ.

Damia mendengus kasar. Matanya masih tajam memandang Dahlia Arissa yang sudah pun menangis teresak-esak. Perasaan bersalah pada suaminya semakin menebal apabila mendengar kata-kata daripada Damia. Adam kejar aku sampai accident? Ya Allah, apa yang aku dah buat ni?

"Kamu jangan layan sangat perempuan tu, Lia. Dia tu bukannya betul sangat," ujar Tengku Syed Idris lalu berlalu menuju ke kerusi di ruang menunggu.

Mencerlung mata Damia mendengar kata-kata Tengku Syed Idris. Aunty Syida sudah pun memberi isyarat kepada anaknya supaya terus bertindak.

"Uncle, kalau Mia ni tak betul, menantu kesayangan uncle ni seribu kali tak betul, tau tak? Uncle dengan Aunty dah tertipu dengan perangai perempuan tak guna ni!" Sekali lagi Damia menghambur amarahnya. Jururawat yang menegur tadi sudah menjeling. Kali ini jelingan itu lebih tajam.

"Uncle tau tak, anak yang dia kandung tu bukan anak Abang Adam, tapi anak Amir!"

Ya Allah, dugaan apa lagi yang hendak Kau berikan kepada hamba-Mu ini? Sampai bila aku harus hidup dalam fitnah manusia sebegini? Rintih Dahlia Arissa di dalam hati. Abang, cepat bangun, abang. Tolong Lia...

Tengku Najihah memandang suaminya. Tengku Syed Idris sudah mula hilang sabar, lantas dia menghampiri Damia. Apa nak jadi lepas ni jadilah!

"Mia cakap apa tadi?" tanyanya sedikit lembut. Ingin mendengar kembali apa yang terluncur laju daripada bibir Damia sebentar tadi.

"Mia cakap perempuan tak guna ni kandungkan anak Amir... Bukan anak Abang Adam. Dia ni mengandungkan anak luar nikah!"

Panggg!!! Satu tamparan singgah ke pipi kiri Damia sehingga membuatkan gadis itu tertolak ke dinding.

Aunty Syida terkejut dengan tindakan Tengku Syed Idris itu lantas terus menerpa anaknya. Kurang ajar punya orang tua! Aku mama dia pun tak pernah nak jentik dia, apatah lagi nak tampar dia macam tu, sumpah Aunty Syida dalam hati.

"Jangan sesekali kau nak fitnah anak menantu aku. Kalau aku dengar kau cakap macam ni, jangan katakan penampar, bunuh kau pun aku sanggup!" Ugut Tengku Syed Idris keras.

Damia memegang pipinya. Air mata sudah gugur membasahi pipinya.

Tanpa menunggu lama, Aunty Syida terus menarik lengan anaknya. Mereka perlu keluar dari situ secepat mungkin setelah beberapa orang sudah mula menyaksikan drama spontan mereka itu. Permainan baru sahaja bermula, Syed Idris! Bentak Aunty Syida.







"TEKANAN darah Puan Dahlia terlalu rendah. Jadi ini menyebabkan dia mudah sangat jatuh pengsan. Tambahan dia tengah mengandung sekali," terang doktor muda yang turut merawat Tengku Syed Adam.

"So, lama lagi ke dia nak sedarkan diri?" Tanya Tan Sri Mokhtar kepada doktor yang memakai tag nama yang tertulis Dr. Yusuf itu.

"Insya-Allah, kejap lagi dia sedarlah tu," jawab Dr. Yusuf sebelum melangkah pergi.

Puan Sri Melati mengusap lembut tangan Dahlia Arissa. Sejak kecil lagi tekanan darah anaknya itu memang selalu rendah. Sebab itu anaknya mudah pengsan. Bukan baru sekali ini sahaja anaknya itu pengsan, sudah banyak kali.

"Pa, ma, Adam dah sedar..." Beritahu Daniel Amriza yang baru sahaja melawat Tengku Syed Adam bersama Maisarah.

"Alhamdulillah. Saya nak tengok Adam dulu, awak nak ikut?" Tanya Tan Sri Mokhtar kepada isterinya.

Puan Sri Melati mengangguk. Dahi Dahlia Arissa dicium lama. Sejak Tengku Syed Adam dimasukkan ke hospital, dia belum sempat menjenguk menantunya yang seorang itu.

"Amri dengan Maisarah temankan Lia ya," pesan Puan Sri Melati sebelum melangkah keluar.







Vote ;((

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now