bab 77

418 20 0
                                    

Opps.... belum tamat lagi, ada lagi tinggal beberapa chapter lagi sebelum tutup tirai. Muah <333


"SAYANG..."

Panggilan Tengku Syed Adam terdengar sayup di telinga Dahlia Arissa. Matanya dibuka perlahan. Pandangannya sedikit kabur sebelum terang seperti biasa. Terpacak semua wajah kesayangannya di situ. Tetapi wajah comel anaknya tidak kelihatan.

"Abang... mana Muiz? Mana anak kita?" tanya Dahlia Arissa lalu cuba untuk bangun. Tengku Syed Adam yang sejak tadi duduk di tepi katil itu terus memeluk isterinya.

"Sabar, sayang. Muiz masih dekat Damia," pujuk Tengku Syed Adam. Dia sendiri terkejut apabila mendapat panggilan daripada pihak polis yang mengatakan isterinya ditemui pengsan sebelum dikejarkan ke hospital.

"Lia nak Muiz. Tolong ambik Muiz!" rayu Dahlia Arissa. Tangisannya mula bergema di dalam bilik itu.

Tengku Syed Adam dan Tan Sri Mokhtar sudah pun memandang sesama sendiri. Perasaan sayu mula menyelinap di dalam hati masing-masing. Tidak habis-habis lagi pasangan muda ini dilanda dugaan yang berpanjangan.

"Abang akan ambik Muiz. Abang janji!" janji Tengku Syed Adam. Dahi isterinya dikucup penuh kasih. Kali ini dia tidak boleh nampak lemah lagi di mata isterinya itu.

Tolakkan pada daun pintu mengejutkan mereka semua. Mencerlung mata Dahlia Arissa apabila melihat dua susuk tubuh yang lengkap berpakaian seragam berwarna biru tua itu.

"Abang... anak kita akan mati. Damia akan bunuh anak kita, bang! Damia tak benarkan kita report dekat polis. Damia akan bunuh Muiz, bang!" Dahlia Arissa mula meracau. Ugutan Damia tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.

Tengku Syed Adam masih mengeratkan lagi pelukan. Tubuh Dahlia Arissa sudah mula sejuk. Sesekali dapat dirasakan dada isterinya itu berombak ganas dan air mata juga sudah mengalir deras.

"Sayang... sayang..." Kali ini dada Tengku Syed Adam pula berombak ganas apabila Dahlia Arissa sudah tidak bersuara di dalam pelukannya. Mata isterinya itu juga tertutup rapat bersama air mata yang masih bersisa.

"Ya Allah. Kenapa ni? Sayang, jangan tinggalkan abang! Abang janji abang akan ambik Muiz. Abang janji, sayang..." rintih Tengku Syed Adam sambil memeluk isterinya. Air mata lelakinya sudah jatuh menitis di pipi.

Ketika itu juga doktor bertugas kebetulan masuk untuk membuat pemeriksaan.

"Biar doktor jalankan tugas dia, Adam. Insya-Allah Lia tak ada apa-apa," pujuk Tan Sri Mokhtar.

Daniel Amriza yang baru sampai bersama Maisarah turut menyabarkan adik ipar mereka itu. Tidak mahu Tengku Syed Adam goyah dengan dugaan itu.

Setelah berpuas hati dengan keterangan doktor yang mengatakan Dahlia Arissa hanya mengalami tekanan perasaan, mereka semua berbincang dengan dua orang pegawai polis tersebut. Akhirnya kata sepakat telah diambil. Tengku Syed Adam akan menemui Damia pada petang itu juga.
















TENGKU SYED ADAM mundar-mandir di porch rumah Damia. Dia masih lagi berlegar di situ walaupun sudah dijemput oleh Aunty Syida untuk masuk ke dalam rumah. Tidak lama kemudian munculwajah Damia bersama Tengku Syed Muiz.

Tengku Syed Adam cuba mencapai anaknya namun Damia sudah pun menjauhkan diri.

"Kalau abang nak anak abang, abang kena kembali dalam hidup Mia. Kalau tak, Damia akan bunuh Muiz!" Damia masih lagi mahu mengugut.

Tengku Syed Adam melepaskan keluhan berat. Dia benar-benar tertekan antara kehendak Damia dan keselamatan anaknya.

"Baiklah, abang akan kembali pada mia. Tapi dengan dua syarat..."

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDDonde viven las historias. Descúbrelo ahora