bab 42

400 22 0
                                    

TROLI yang masih kosong itu ditolak perlahan sambil matanya memandang pada kertas di tangan. Begitulah Dahlia Arissa jika ingin membeli-belah. Dia akan pastikan dirinya membuat senarai barang-barang yang perlu dibeli. Sekadar memastikan dirinya tidak membeli barangan di luar keperluan walaupun kadang-kadang tersasar juga.

"Sayang kenapa tak tunggu abang?" ujar Tengku Syed Adam yang baru sahaja selesai mengeluarkan duit dari mesin ATM.

Dahlia Arissa hanya tersenyum. Troli bertukar tangan. Mereka menuju ke bahagian bahan mentah.

"Sayang nak masak apa ni?" tanya Tengku Syed Adam apabila melihat Dahlia Arissa mengambil sotong dan udang. Teliti sekali isterinya itu memilih sotong dan udang yang kelihatan segar itu.

"Baby teringin nak makan tomyam," jawabnya sambil tersenyum manja.

Alahai, bini aku ni... kalau part senyum memang boleh luruh jantung aku ni dibuatnya, gumam Tengku Syed Adam di dalam hati.

"Bukan mama baby yang teringin ke?" soal Tengku Syed Adam lagi. Sengaja mengusik isterinya. Dahlia Arissa sudah pun tergelak lalu menuju ke arah buah tomato.

"Mama dia menumpang sekaki jelah."

Kali ini Tengku Syed Adam pula tersenyum mendengar jawapan Dahlia Arissa. Ada-ada sahaja yang hendak dijawabnya. Troli ditolak lagi bagi mengekori isterinya yang leka memilih buah tomato.

"Beli barang dapur ke?" sapa satu suara dari arah belakang. Tengku Syed Adam segera berpaling mencari suara yang menegur. Kelihatan Khalil Asyraf dan Puteri sedang berdiri tidak jauh dari mereka.

"Taklah, tengah beli tayar kereta ni. Takkan tak nampak kut?" jawab Dahlia Arissa selamba.

Tengku Syed Adam bersalaman dengan Khalil Asyraf, manakala Dahlia Arissa hanya sekadar memandang. Tiada perasaan dia hendak bersalaman dengan isteri abang sepupunya itu.

"Berapa bulan dah tu?" tanya Puteri sambil menunjuk perut Dahlia Arissa yang kian membukit.

"Dah sembilan bulan," Tengku Syed Adam menjawab. Menjadi wakil pihak isterinya apabila melihat Dahlia Arissa sudah menuju ke tempat lain. Perang dingin masih melanda. Mungkin sudah puas isterinya itu bersabar melayan kerenah Puteri, jadi biarlah kali ini dia buat tak endah sahaja dengan kehadiran Khalil Asyraf dan Puteri di situ.

"Kita orang gerak dulu. Assalamualaikum," pinta Tengku Syed Adam lantas berlalu.

Puteri mencebik. Geram barangkali dengan telatah Dahlia Arissa.

Khalil Asyraf hanya mendiamkan diri. Matanya masih liar mencari bayangan Dahlia Arissa yang kelihatan semakin comel dalam keadaan mengandung itu. Perasaan ingin mendapatkan Dahlia Arissa muncul semula.











TENGKU NAJIHAH tidak membenarkan Dahlia Arissa melakukan kerja rumah termasuklah memasak. Jadi, pada malam itu dialah yang memasak untuk menantu kesayangannya itu. Tomyam campur, ayam goreng berempah, kailan ikan masin, siakap tiga rasa dan kerabu mangga sudah pun terhidang di atas meja makan.

"Segan pulak bila ibu yang susah-susah masakkan untuk Lia," ujar Dahlia Arissa sewaktu melabuhkan punggung di kerusi yang ditarik oleh suaminya.

"Ala, bukannya selalu pun. Lia makan lebih sikit tau," jawab Tengku Najihah. Selalunya Dahlia Arissa akan ligat di dapur untuk menyiapkan makan malam, tetapi memandangkan menantunya itu sudah sarat mengandung, jadi biar dia sendiri yang menyediakan makan malam. Tengku Syed Idris sudah pun memulakan makan malam dengan doa makan.

"Tadi ingatkan nak beli whipping cream untuk buat kek, tapi mood membeli terus ke laut bila berjumpa dengan Abang Khalil dengan wife dia," adu Dahlia Arissa. Dia senang mengadu dengan kedua-dua mertuanya itu. Terasa dia mengadu dengan papa dan mamanya sahaja.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now