bab 6

550 46 2
                                    

PAGI itu suasana di banglo milik Tan Sri Mokhtar dipenuhi dengan saudara-mara dan rakan-rakan terdekat. Puan Sri Melati antara insan yang paling sibuk melayan tetamu-tetamu yang hadir. Daniel Amriza sibuk mengelap kamera Canon DSLR D550nya. Sesekali dia akan mengusik Maisarah yang berada di sebelahnya itu.

Dahlia Arissa yang sedang duduk di birai katil hanya termenung melihat barangan hantaran yang berada di atas lantai biliknya. Dia tersenyum sendiri. Akhirnya impian dia sudah hampir tercapai. Esok dia akan digelar tunangan orang. Seterusnya akan di bawa ke alam baharu iaitu alam perkahwinan.

Ya, dia akan ditunangkan pada esok hari bersama dengan Tengku Syed Adam. Lelaki yang telah mencuri hatinya sejak zaman belajar lagi. Akhirnya tiba juga waktu itu.

"Happy je adik abang sorang ni. Cantik. Berseri-seri muka tu, abang tengok. Ya la, esok kan dia dah nak bertunang..." Usik Daniel Amriza. Dahlia Arissa hanya tersenyum manja kepada abangnya.

"Mestilah happy, esok tunang. By the way, thanks abang." Ujar Dahlia Arissa.

"Abang, orang sebelah abang tu pun cantik jugak." Dahlia Arissa mengusik Maisarah yang duduk di sebelah abangnya itu.

Tanpa menunggu jawapan daripada Daniel Amriza, Maisarah terus keluar dari bilik Dahlia Arissa. Pipinya terasa panas.

"Pujian abang tu tadi memang untuk Mai pun, tapi ada orang lain pulak yang perasan," balas Daniel Amriza sambil tergelak besar.

Bantal segi empat kecil yang berada di sebelahnya di ambil lalu dibaling ke arah Daniel Amriza yang duduk di sofa berhampiran dengan porch bilik Dahlia Arissa

"Apa main baling-baling ni?" Tegur Puan Sri Melati apabila melihat bantal segi empat tadi terkena pada peha Daniel Amriza. Kedua-dua anaknya berpandangan sesama sendiri sebelum tergelak.

"Anak manja mama ni, sejak nak bertunang bukan main ganas lagi. Siaplah bakal menantu mama tu nanti kalau dia orang dah kahwin," adu Daniel Amriza sambil mengambil bantal segi empat tadi yang tergolek di kakinya sebentar tadi.

"Pandailah abang tu... Dia yang usik Dahlia dulu, ma." Dahlia Arissa membela diri.

Puan Sri Melati hanya tersenyum. Pandangannya lebih tertumpu kepada Dahlia Arissa. Pagi itu terserlah keserian di wajah anak bongsunya itu. Mungkin seri wajah orang yang akan bertunang pada keesokkan hari.

"Dah, jangan nak bergaduh pulak. Amri pergi turun bawah, tolong mama layan sedara-mara kita dekat bawah tu..." Beritahu Puan Sri Melati lalu duduk di birai katil bersebelahan dengan anak bongsunya itu sambil melihat sembilan dulang hantaran memenuhi lantai bilik Dahlia Arissa. Daniel Amriza bangkit namun sebelum keluar, sekali lagi dia mencium dahi adiknya itu.

"Tahniah, my dear." Kali ini ucapan itu meresap ke dalam tubuh Dahlia Arissa lalu dengan pantas dia memeluk Daniel Amriza. Dia amat menyayangi abangnya itu. Daniel Amriza membalas pelukan. Bahu adiknya diusap lembut. Matanya mula berkaca lalu dia melonggarkan pelukan.

"Abang keluar dulu," kata Daniel Amriza untuk menyembunyikan rasa di dalam hati. Dahlia baru je bertunang, kalau dia kahwin entah-entah aku pulak yang meraung nanti.... Bisiknya di dalam hati.

Setelah Daniel Amriza keluar, Puan Sri Melati pula merapati anak daranya itu. Dahlia Arissa nampak amat cantik sekali.

"Cantik anak mama ni, tup-tup esok Dahlia dah bertunang. Lia dah ready ke?" Tanya Puan Sri Melati bersama senyuman.

Dahlia Arissa hanya mengangguk. Matanya masih bergenang dengan air mata. Puan Sri Melati menguncup dahi Dahlia Arissa perlahan. Dan ketika itu air mata Dahlia Arissa mengalir membasahi pipi gebunya.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now