bab 41

416 20 0
                                    

TENGKU SYED ADAM yang sedang bersandar di kepala katil tersenyum melihat kedatangan Tan Sri Mokhtar dan Puan Sri Melati. Namun senyumannya mati setelah melihat tiada kelibat isterinya yang dirasakan akan datang melawat bersama ibu bapa mertuanya itu. Merajuk lagikah dia?

"Mana Arissa, ma... Pa?" Soalnya laju.

Tan Sri Mokhtar memandang wajah besannya, Tengku Syed Idris. Dia orang ni tak bagitahu dekat Adam ke apa yang dah berlaku dengan Lia? Dia bertanya di dalam hati.

"Kita orang tak bagitau dia lagi. Amri dengan Maisarah pun tak nak cakap dengan dia. Yalah, dia pun baru je sedar," celah Tengku Najihah yang berada di sebelah Puan Sri Melati.

"Beritahu apa ni, bu?" Tengku Syed Adam mula tidak sedap hati. Pasti ada perkara terjadi sewaktu dia tidak sedarkan diri.

"Lia pengsan. Dia masih tak sedarkan diri," beritahu Tengku Najihah. Masih lagi terbayang diingatannya Dahlia Arissa jatuh pengsan sewaktu hendak ke bilik rawatan Tengku Syed Adam.

"What? Kenapa tak cakap awal-awal dekat Adam? Abah, Adam nak jumpa isteri Adam. Tolong Adam, bah..." Rayu Tengku Syed Adam kepada abahnya.

Setelah mendapat kerusi roda, Tengku Syed Adam ditolak menuju ke bilik di mana Dahlia Arissa ditempatkan.













SEMUA yang ada di situ keluar dari bilik Dahlia Arissa. Mereka ingin memberi laluan kepada Tengku Syed Adam untuk menemani isterinya. Air mata lelakinya tumpah juga apabila melihat Dahlia Arissa terbaring kaku tidak bermaya.

"Ya Allah, apa yang dah aku lakukan pada isteri aku? Sayang, abang datang ni. Sayang bangun cepat, ya. Abang nak minta maaf dekat sayang, dekat anak kita. Abang janji abang tak akan persoalkan tentang anak kita lagi. Abang mengaku abang salah, abang terlalu percayakan orang lain berbanding isteri abang sendiri. Abang minta maaf sayang." Tengku Syed Adam mengakui kesilapannya. Tangisannya mula bergema di dalam bilik itu.

"Anak papa, maafkan papa ya. Papa tahu papa dah sakitkan hati mama, dah sakitkan hati anak papa juga dekat dalam perut mama ni. Tapi lepas ni papa janji... papa tak akan sakitkan hati mama, tak akan sakitkan hati anak papa jugak. Papa janji, sayang. Papa janji..." sambung Tengku Syed Adam lagi sambil mencium perut Sahlia Arissa.

Dengan susah payah dia berdiri untuk mencium dahi dan kedua-dua belah pipi isterinya itu walaupun kakinya masih terasa goyah. Titisan air matanya mengena pipi Dahlia Arissa, membuatkan mata isterinya itu terbuka secara tiba-tiba. Sesungguhnya kuasa Allah tiada sesiapa yang dapat menghalangnya.

"Abang..."

Tengku Syed Adam terkesima mendengar panggilan itu. Matanya singgah ke wajah Dahlia Arissa. Syukur, alhamdulillah.

"Terima kasih Ya Allah, sebab Kau dah pulangkan isteriku kepada hambamu ini. Ya Allah, sayang. Abang nak minta maaf... abang... abang dah lukakan hati sayang." Sebak dada Tengku Syed Adam apabila melihat Dahlia Arissa menitiskan air mata.

"Dahlia yang salah. Kalau abang tak kejar Lia masa tu, mungkin abang tak accident. Maafkan Lia, abang..." pinta Dahlia Arissa lalu mencium tangan suaminya. Sedaya upaya Tengku Syed Adam cuba duduk di birai katil dan dengan tenaga yang bersisa, dia memeluk isterinya itu dengan penuh kasih.

"Lia tak sepatutnya keluar rumah tanpa izin abang. Dahlia betul-betul minta maaf..." sambung Dahlia Arissa lagi. Pelukan suaminya dibalas erat. Sayangnya pada Tengku Syed Adam hanya Allah sahaja yang tahu.

Tengku Syed Adam menyapu air mata isterinya. Entah kenapa dia sanggup melukakan hati wanita yang paling dia sayangi itu. Maafkan abang, sayang!











SETELAH berjumpa dengan Damia, Syahfina yakin rancangannya untuk menghancurkan hidup Dahlia Arissa akan lebih mudah. Tambahan pula Damia kelihatan begitu taasub dengan cintanya pada Tengku Syed Adam. Jeritan telefon bimbit mematikan lamunannya.

"Hai sayang!" sapanya mesra.

"Apa yang kau dah buat dekat Lia, hah?"

Syahfina sudah pun tergelak mendengar suara Amir Haikal di hujung talian. Daripada nada suara Amir Haikal, dia tahu bekas suaminya itu sedang marah. Lantak kaulah, Amir!

"Aku tak buat apa pun, lah!" sangkal Syahfina namun masih sempat tergelak bila mendengar Amir Haikal mendengus kasar.

"Habis tu yang kau pergi jumpa Adam cakap anak yang Dahlia kandung tu anak aku, kenapa?"

"Eh, bukan anak kau ke? Aku ingatkan anak kau. Yalah, bukan main lagi kau kemaruk dengan dia, kan? Mana tahu dah tak tertahan..."

"Jaga sikit mulut kau tu, Fina!"

"Aku rasa kau yang patut jaga mulut kau tu. Kau dah lupa ke siapa yang selamatkan kau dulu? Kalau tak sekarang ni yang tinggal batu nisan kau je, tau tak? Dasar manusia tak kenang budi! Kalau aku tahu kau macam ni, baik aku biarkan kau mati lemas je dulu," balas Syahfina lalu menamatkan perbualan. Puas hatinya setelah dapat mengungkit kisah lama mereka.











"DAHLAH bro. Buat sakit hati kau je call perempuan tu. Benda dah jadi, lagipun yang penting sekarang Adam dengan Lia dah pun berbaik," ujar Daniel Amriza kepada sepupunya itu.

"Yang dia tu memandai cakap macam macam tu dah kenapa? Geram betul aku!" Marah Amir Haikal. Sakit hatinya bila mendapat tahu bahawa Syahfina yang menjaja cerita yang tidak betul kepada Tengku Syed Adam.

"Benda dah jadi, nak buat macam mana. Nasib baik Adam call aku dan cerita dekat aku pasal benda tu masa dia dalam kereta nak kejar Dahlia. Kalau dia cerita depan aku memang aku lempang laju-laju muka dia," balas Daniel Amriza.

"Tapi tak sangka pulak Abang Adam accident. Nasib tak ada apa-apa, kalau tak confirm kesian dekat Kak Lia..." luah Maisarah yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

Daniel Amriza mengangguk tanda setuju dengan apa yang dikatakan oleh isterinya.

Amir Haikal hanya mendiamkan diri. Fikirannya melayang pada Dahlia Arissa. Abang sentiasa mendoakan kebahagiaan Lia, gumamnya dalam hati.










Vote :))

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDDonde viven las historias. Descúbrelo ahora