bab 63

342 18 0
                                    

BELLA hanya tersenyum melihat beberapa orang kanak-kanak berlari di halaman rumah itu. Kali ini matanya singgah pada satu susuk tubuh yang amat menarik perhatian anak matanya untuk menoleh buat kali yang kedua. Subhanallah...

Kenapa dalam rumah ni ramai sangat lelaki yang tampan macam ni? Tadi Abang Amir tapi sekarang ni lelaki ni pulak? Lelaki yang segak berbaju Melayu berwarna biru cair itu kelihatan berkarisma sekali. Lalu lantas dia beristighfar apabila melihat lelaki itu memeluk Dahlia Arissa dari belakang. Pasti lelaki itu suami Dahlia Arissa kerana lelaki itu tidak segan-silu mencium pipi anak saudara Datin Melur itu di hadapan khalayak ramai. Jauh di sudut hati Nabellah, dia mengakui sesungguhnya Dahlia Arissa dan lelaki itu nampak sangat sepadan.

"Bella, ni aunty nak kenalkan Abang Amir." Datin Melur mengejutkan Nabella yang kelihatan jauh termenung. Bella tersentak. Kali ini dia sudah tidak keruan bila Amir Haikal tersenyum lalu mengangguk kepalanya sedikit

"Bella," hanya itu yang terkeluar daripada mulut Nabellah sambil tersenyum malu. Renungan mata Amir Haikal menusuk sehingga ke jantungnya.

"Amir temankan Bella makan, tau," bisik Datin Melur lantas segera berlalu. Dia berharap agar Amir Haikal menerima Bella sebab gadis itu punya budi pekerti yang baik. Sesuai benar jika dijadikan isteri.

"You nak makan apa? I boleh ambikkan," Amir sekadar berbahasa. Tidak mahu gadis yang bernama Nabella itu terasa dengan sikapnya nanti.

"Er... tak apa. Saya tunggu Dahlia.

Air muka Amir Haikal terus berubah. Dari tenang nampak gelisah. Namun dia cuma berlagak biasa dengan mengukir senyuman manis sebelum melabuh punggung di kerusi.

"La... tak tahu pulak yang abang ada dekat sini. Lia ambikkan makanan untuk Bella je," kata Dahlia Arissa sambil menghulurkan pinggan berisi makanan kepada Bella.

Ketika itu tanpa sedar mata Amir Haikal menyapa lembut wajah Dahlia Arissa. Rindu benar dia pada wajah itu. Tidak lama kemudiam dia mengalih pandangan bila ternampak Tengku Syed Adam menghampiri meja mereka.

"It's okay. Nanti abang ambik sendiri," balasya.

"Tak makan?" Tengku Syed Adam bertanya kepada Amir Haikal selepas dia mengambil tempat di sebelah isterinya.

"Kejap lagilah," jawab Amir Haikal, ringkas. Rasa kekok pula berbual dengan Tengku Syed Adam.

Dahlia Arissa sempat mengerling wajah suaminya yang sudah pun tunduk menjamah makanan. Bella pula hanya menguis-nguis nasi dan Amir Haikal mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Errr... abang, ni Lia nak kenalkan, Bella. Bella, ni suami saya," perkenal Dahlia Arissa.

Tengku Syed Adam sekadar mengukir senyuman sambil menganggukkan kepala. Bella juga begitu.

"Makwe kau ke bro?" tanya Tengku Syed Adam sambil tersengih.

Nabella sudah tertunduk malu. Amir Haikal sudah pun terpempan dengan pertanyaan spontan Tengku Syed Adam dan Dahlia Arissa sempat mencubit lengan suaminya.

"Sakitlah, sayang." Tengku Syed Adam sudah pun terjerit kecil. Namun kelembutan tangan Dalia Arissa yang menggosok semula tempat cubitan itu sedikit sebanyak menghilangkan kesakitan yang dialami.

"Kesian dengan Bella, tau! Merah dah muka dia tu," rungut Dahlia Arissa.

Tengku Syed Adam kembali tersenyum. Matanya merenung lama Bella dan Amir Haikal sambil tangannya menyuap semula makanan ke dalam mulut.

"Tapi kau orang berdua memang sepadan!" Entah hantu apa yang merasuk Tengku Syed Adam hingga tak henti-henti memadankan Amir Haikal dengan Bella.

Kali ini Amir Haikal sudah tidak senang duduk. Tidak suka dengan gurauan Tengku Syed Adam.

"Abang..." Dahlia Arissa sudah memberi jelingan amaran kepada suaminya.

Tengku Syed Adam hanya tersengih lalu mengangkat kedua-dua belah tangan. Tanda surrender.

"Okay, sorry. Tengku Syed Adam mengalah."
Amir Haikal hanya tersenyum kelat. Matanya masih mencuri wajah Dahlia Arissa. Satu keluhan dilepaskan. Berdosakah aku mencintai isteri orang? Soalnya dalam hati.














PERUT Damia semakin membesar. Hari ini genaplah tujuh bulan dia bermadu dengan Dahlia Arissa. Dalam tempoh bermadu itu, jelas sekali Tengku Syed Adam melebihkan Dahlia Arissa dalam semua perkara. Damia hanya mampu melihat kebahagiaan Tengku Syed Adam yang sama adalah mustahil kerana masa Tengku Syed Adam lebih banyak dihabiskan bersama Dahlia Arissa.

"Sorry, lambat!"

Damia segera mengangkat muka. Syahfina sudah pun tersenyum sambil melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Damia. Seorang pelayan menghampiri Syahfina. Setelah membuat pesanan, Syahfina terus melorotkan matanya pada perut Damia.

"Lama dah kita tak jumpa, kan? Tahu-tahu je kau dah nak bersalin bulan depan," tutur Syahfina.

Damia sekali lagi mengeluh.

"Kau ni kenapa?" tanya Syahfina bila menyedari bahawa air muka Damia kelihatan agak keruh.

"Aku... aku takutlah."

Syahfina mengerutkan dahi. Pelik dengan pernyataan Damia. Air tembikai dan nasi goreng kampung yang baru sampai dipandang sekilas cuma sebelum matanya kembali ke wajah Damia.

"Kau takut nak bersalin?"

"Bukan takut nak bersalin, tapi aku takut Adam tahu hal yang sebenar. Aku tak sanggup nak hilang dia."

"Ni mesti anak yang kau kandung tu, kan?"

"Kalau Adam tahu ni bukan anak dia, mesti dia akan ceraikan aku, kan?"

Syahfina sudah pun tersenyum mengejek.

"Bukan kau cakap Adam akan ceraikan kau lepas kau dah bersalin ke?" balas Syahfina.

Damia tersentak. Kata-kata Tengku Syed Adam suatu ketika dahulu kembali berlegar-legar di ruang ingatannya. Tanpa sedar kepalanya digeleng-gelengkan sedikit. Cuba menidakkan kenyataan yang bakal berlaku nanti.

"Aku nak tanya ni, siapa lelaki yang dah buntingkan kau ni? Sejak dulu lagi aku nak tanya, tapi asyik lupa je..." sambung Syahfina apabila melihat Damia tidak membalas kata-katanya sebentar tadi.

"Aku rasa kau kenal dia." Damia menjawab sambil menyisip air carrot susu ke dalam mulutnya.

"Aku kenal dia? Siapa?"

"Khalil."

"Khalil? Khalil mana pulak ni?"

"Khalil Asyraf Dato' Kamal!"

"Hah?"

Membutang mata Syahfina mendengar pengakuan Damia. Khalil sepupu Dahlia Arissa tu ke? Suami Puteri?

"Biar betul! Macam mana kau dengan Khalil tu boleh... boleh sampai macam ni? Macam mana kau boleh kenal dia? Kau tahu tak dia ada bini? Ada anak?" tanya Syahfina bertalu-talu.

Damia tersenyum kelat. Cerita antara dia dan juga Khalil Asyraf mula menabiri ruang matanya.

"Tapi Khalil tu boleh tahan jugak kan, handsome dia?" Entah kenapa itu pula yang keluar daripada mulut Damia. Syahfina terlopong. Nasi goreng yang sudah separuh luak itu ditolak sedikit ke tengah meja.

"Kau ni..." Kata-kata Syahfina terhenti apabila telefon bimbitnya sudah menyanyi nyaring. Dia pantas membuka tas tangannya untuk mengambil telefon. Setelah beberapa minit bercakap dengan seseorang di hujung talian, dia terus memasukkan semula telefon bimbitnya ke dalam tas tangan.

"Aku kena gerak sekarang. Ada hal sikit dekat office. Tapi kau kena cerita dekat aku pasal benda ni tau!" pesan Syahfina sebelum berlalu menuju ke kaunter pembayaran. Minuman Damia juga dibayarkan sekali.

"Okey, nanti kita jumpa lagi." Kata Damia sebelum mengangkat punggung.

Mereka berdua berpisah di hadapan restoran itu untuk menuju ke kereta masing-masing.














Vote  :((

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now