bab 66

371 25 0
                                    

TEPAT pukul lima petang, Syahfina sudah pun terpacak di hadapan Secret Recipe. Dia sudah berjanji dengan Damia untuk bertemu di situ. Hatinya meronta-ronta tidak sabar untuk mengetahui cerita mengenai Damia dan juga Khalil Asyraf. Kalaulah si Puteri tu tahu, mahu kena ganyang Damia tu, bisik Syahfina dalam hati.

"Kenapa tak masuk?" tanya Damia yang sudah pun berdiri di sebelah Syahfina. Dari dalam kereta tadi dia sudah pun ternampak Syahfina tercegat di hadapan restoran kek itu.

"Saja nak tunggu kau," balas Syahfina lantas mengatur langkah dan diikuti oleh Syahfina dari belakang.

Mereka berdua mengambil tempat yang agak terlindung daripada orang ramai. Selepas membuat pesanan makanan, Syahfina terus bertanya bermacam-macam soalan kepada wanita yang sedang sarat mengandung itu.

"Kau ni, tanyalah satu-satu dulu. Ni tak, sekali arung kau attack," balas Damia.

Syahfina hanya tersengih. Keterujaan untuk mengetahui hal sebenar antara Damia bersama Khalil Asyraf membuatkan dirinya tidak dapat mengawal soalan yang keluar daripada mulutnya.

"Okey, okey... sorry. Kau jawab dulu soalan pertama yang aku tanya tadi. Bila kau kenal dengan Khalil tu?"

Damia tersenyum penuh makna.

"Dia yang datang cari aku."

Syahfina mengerutkan dahi. Keningnya dijongketkan sedikit. Khalil datang cari Damia? Untuk apa?

"Adalah beberapa hari lepas aku terjumpa kau kali pertama kat pejabat Adam, then tiba-tiba aku didatangi oleh lelaki yang bernama Khalil Asyraf. Masa tu jugak dia perkenalkan diri dia as cousin Dahlia. Dia tahu pasal aku pun daripada Amri, abang si Dahlia tu. Sebab Amri ada cerita dekat dia pasal aku dengan kau pergi jumpa Adam dekat pejabat Adam dulu. Masa kita buat cerita pasal anak yang Lia kandung tu. Mula-mula aku curious jugak pasal kedatangan dia secara tiba-tiba tu, tapi bila dia cakap dia ada tawaran menarik untuk aku, aku jadi berminat pulak."

Perbualan mereka terhenti apabila seorang pelayan menghantar makanan dan minuman kepada mereka berdua. Baru sahaja dua langkah pelayang itu berlalu, Syahfina terus bertanya.

"Tawaran yang macam mana tu?"

"Tawaran untuk dapatkan Adam. Dia cakap dia akan bantu aku sebab dia nak Adam dengan Dahlia berpisah supaya senang dia nak dapatkan Dahlia semula."

Kali ini Syahfina sudah pun mencebik. Meluat pula dia mendengar yang Khalil Asyraf masih terkejar-kejarkan Dahlia Arissa. Dia juga pasti Amir Haikal turut menyimpan hasrat yang sama untuk memiliki Dahlia Arissa cuma pendekatan yang diambil oleh bekas suaminya itu tidaklah seagresif Khalil Asyraf.

"Aku pun tak tahulah, entah apa yang dia orang ni berkenan sangat dekat betina tu," omel Syahfina tiba-tiba. Damia sudah mengejek.

"Kau cemburu?"

Syahfina sekali lagi mencebik.

"Tak ada maknanya aku nak cemburu dekat dia," balas Syahfina walaupun jauh di sudut hati dia sememangnya cemburu pada wanita yang bernama Dahlia Arissa itu. Cemburu sangat!

"Eh, tapi macam mana kau boleh mengandungkan anak dia pulak? Confuse betul aku dengan cerita kau ni," sambung Syahfina lagi.

"Sejak kita orang jumpa tu, aku dengan dia makin rapat. Walaupun aku dengan dia sekadar kawan, tapi Khalil treat aku macam aku ni bini dia pulak. Memandangkan aku ni pulak memang tak pernah dilayan Adam macam tu, jadi aku makin seronok dengan layanan Khalil. Akhirnya sampai ke satu tahap aku dengan dia terlanjur and sejak itulah aku dengan Khalil macam belangkas. Ada je masa aku akan jumpa dia sampailah aku disahkan mengandung," cerita Damia panjang lebar.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now