bab 52

368 27 0
                                    

DANIEL AMRIZA mengetap bibir. Berita tentang kehamilan Damia membuatkan dia balik ke rumah walaupun di pejabat masih ada urusan yang belum selesai. Tan Sri Mokhtar masih lagi berbual dengan Tengku Syed Idris di telefon. Bibik membawa Tengku Syed Muiz dan Qaisarah ke ruang tamu di tingkat dua kerana ruang tamu utama itu kelihatan tegang sekali.

"Adam admitted dekat hospital. Dia jatuh tangga," beritahu Tan Sri Mokhtar.

Dahlia Arissa yang duduk di hujung sofa hanya membatukan diri. Tiada kesan berita itu padanya.

"Entah-entah dia sengaja nak raih perhatian daripada kita, pa. Jangan percaya sangat dengan dia orang tu," sinis sahaja Daniel Amriza mencelah.

Maisarah berlalu ke dapur. Dia tidak suka cara suaminya menghukum orang lain.

"Lia tak nak jumpa Adam?" tanya Tan Sri Mokhtar lembut.

Dahlia Arissa menggeleng. Tan Sri Mokhtar mengambil tempat di sebelah anak bongsunya itu. Dia tiba-tiba teringat ketika Dahlia Arissa merajuk dengan Adam gara-gara menantunya itu mencurigai anak yang dikandungkan oleh Dahlia Arissa. Walaupun ketika itu marah Dahlia Arissa masih menebal kepada Tengku Syed Adam, tetapi bila mendengar suaminya itu kemalangan, terus sahaja dia pengsan. Tetapi kali ini?

"Dia jatuh masa nak naik ke bilik ambik wallet untuk kejar Lia, tapi entah mana silapnya dia tersandung lalu terjatuh. Dia orang cakap teruk jugak keadaan dia," beritahu Tan Sri Mokhtar. Walaupun dia tahu anaknya sedang berperang dengan perasaan, tetapi perkara sebegini patut diketahui oleh Dahlia Arissa. Tambahan Tengku Syed Adam masih lagi suaminya.

"Buat apa lagi Lia nak jumpa lelaki tu, pa? Papa tengok sendiri kan apa dia dah buat dekat Lia? Sampai bila Lia nak menangis sebab lelaki macam Adam tu?" Daniel Amriza mula membentak. Hatinya masih lagi terkilan dengan apa yang terjadi.

Tan Sri Mokhtar sudah pun menjeling anak sulungnya itu.

"Lia naik atas dulu," pinta Dahlia Arissa lalu bangkit. Tetapi tidak jadi apabila lengannya dipaut oleh Tan Sri Mokhtar.

"Duduk dulu," tutur Tan Sri Mokhtar.

Dahlia Arissa akur. Terdengar papanya melepaskan satu keluhan berat sebelum bersuara semula.

"Sesekali Allah tak akan mengurniakan nikmat kepada seseorang hamba-Nya. Kemudian, Dia tarik nikmat itu dan Dia gantikan dengan kesabaran. Kecuali Allah menggantikannya dengan yang lebih baik dari apa yang telah Dia tarik tadi. Lia fahamkan maksud papa?"

Dahlia Arissa mengangguk lemah.

"Dulu, papa selalu dengar mama pujuk Lia dengan kata-kata ni, wanita cantik akan melukis kekuatan melalui masalah, tersenyum saat dia tertekan, tertawa saat hati dia sedang menangis, tabah saat dia dihina, mempersona kerana dia memaafkan, mengasihi tanpa balasan, bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi..."

Mendengar sahaja bait-bait yang selalu dilafazkan oleh arwah mamanya, membuatkan Dahlia Arissa memeluk erat tubuh Tan Sri Mokhtar. Air mata yang sudah bersisa tadi, kini makin laju membasahi pipinya.

"Lia tak kuat nak hadap semua ni, pa..." rintih Dahlia Arissa.

Tersentuh hati seorang bapa apabila anaknya merintih seumpama itu. Kepala Dahlia Arissa diusap lembut.

"Lia sayangkan Adam. Lia sayangkan rumah tangga Lia, tapi kenapa benda ni yang jadi? Lia tak dapat nak pertahankan rumah tangga Lia, pa. Lia tak dapat nak jadi isteri dengan ibu yang baik. Perempuan jenis apa Lia ni, pa?"

Tan Sri Mokhtar beristighfar panjang. Melalui kata-kata Dahlia Arissa dia tahu jiwa anaknya itu bercelaru.

Daniel Amriza meraup wajahnya. Dia tidak sampai hati melihat tangisan adik kesayangannya itu. Tanpa menunggu lama dia mengambil kunci kereta lalu keluar tanpa sebarang kata. Maisarah sudah mula dibuai perasaan curiga.

"Hati Lia kuat mengatakan Adam tak bersalah. Tapi hati Lia jugak tak boleh terima atas apa yang terjadi," sambung Lia lagi.

"Allah tak akan uji kita di luar kemampuan kita. Lia pun tau tentang tu, kan? Jadi papa nak Lia banyak bersabar. Buat solat istikhara'. Jangan buat keputusan terburu-buru. Kalau diikutkan hati papa ni, memang papa nak Adam lepaskan Lia tapi papa tak nak rumitkan lagi keadaan. Ini soal masa depan Lia... masa depan keluarga Lia. Jadi Lia kena tentukan sendiri. Papa tetap akan sokong setiap keputusan Lia," pujuk Tan Sri Mokhtar.

Dahlia Arissa mengeratkan lagi pelukan. Tangisannya memenuhi ruang tamu utama banglo mewah itu.

Maisarah yang memandang turut dipagut sayu. Namun hatinya masih mengenangkan suaminya yang keluar tanpa tahu ke mana perginya. Telefon bimbit dicapai, tidak lama kemudian terdengar suara Daniel Amriza di hujung talian.

"Assalamualaikum, sayang."

"Waalaikumsalam. Abang nak ke mana tu? Langsung tak cakap dekat Maisarah yang abang nak keluar." Maisarah sudah mula merajuk.

"Sorry sayang. Abang betul-betul tak tahan tengok Lia menangis tadi. Mai pun taukan macam mana perasaan abang sekarang ni?"

"Mai tau, tapi abang jangan buat benda bukan-bukan, tahu! Mai tak nak nanti benda yang tak besar jadi lagi besar." Maisarah mengingatkan suaminya.

"Jangan risau, abang boleh sabar lagi. InsyaAllah. Abang nak jumpa Amir kejap. Lagipun mummy dengan daddy ada balik sini. Malam nanti abang ajak dia orang datang makan kat rumah. Mai masak sedap-sedap tau," pesan Daniel Amriza.

"Iyalah. Drive kereta tu elok-elok. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Kalau keadaan rumah ni masih lagi macam ni, masak sedap macam mana pun mesti akan tawar jugak, bisik Maisarah. Ya Allah, Kau kuatkanlah hati Dahlia Arissa... doanya dalam hati sebelum langkahnya dihalakan ke tingkat atas.
















Dah baca tu awak jangan lupa vote... kesian author nak update untuk awak tapi awak silent readers je. Shaa tak kisah korang silent readers ke ape but at least vote lah. Benda tu buat karya shaa rasa dihargai tau :)

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now