bab 60

548 34 0
                                    

SAKIT kepala Tengku Najihah dan Tengku Syed Idris mengenangkan kerenah anak menantu mereka. Damia sudah dua hari menangis dan tidak mahu makan. Tengku Syed Adam pula tidak mahu balik kerumah manakala Dahlia Arissa pula seakan-akan tidak mahu beralah.

"Macam mana ni, bang? Risau pulak saya dekat Damia tu. Walaupun cara dia jadi menantu kita tu memang susah nak diterima, tapi sekarang dia mengandungkan cucu kita. Dua hari dah dia tak makan, nanti terjejas pulak kandungan dia tu," kata Tengku Najihah sambil menjeling ke tingkat atas, ke arah bilik Damia yang sengaja diletakkan di sebelah bilik Tengku Syed Adam setelah anaknya itu tidak membenarkan Damia masuk ke dalam biliknya.

"Nantilah saya call Mokhtar. Mana tahu dia boleh pujuk Adam dengan Lia. Mintak beralah kejap pun jadilah," akhirnya Tengku Syed Idris menjawab setelah lama berfikir. Ingatkan anak dah besar dah, tak ada nak menyakitkan kepala... tapi makin menyakitkan kepala lagi ada.











WAJAH Dahlia Arissa berubah apabila papanya menyatakan tentang keadaan Damia. Daniel Amriza dan Maisarah hanya berpandangan sesama sendiri. Tidak mahu mencelah. Tengku Syed Adam pula masih leka melayan anaknya itu.

"Lia sendiri yang izinkan Adam berkahwin lain dan Lia sendiri jugak tak kisah bermadu, tapi kenapa Lia buat macam ni? Dahlia nak ke suami Dahlia tanggung dosa sebab perbuatan dia yang tak adil pada isteri-isteri dia?" aju Tan Sri Mokhtar kepada Dahlia Arissa. Nada suaranya tetap lembut didengar.

"Dahlia tak pernah pun nak halang Abang Adam untuk balik sana," Dahlia Arissa cuba membela diri.

Tengku Syed Adam memandang sekilas isterinya.

"Adam, kamu tak nak balik jumpa isteri kamu ke?" soal Tan Sri Mokhtar lalu memandang tepat wajah menantunya.

Tengku Syed Adam menggeleng. Memang dia tidak ada hati langsung ingin balik ke rumah orang tuanya semenjak Damia tinggal di situ.

"Erm. Sorang macam tu, sorang macam ni..." keluh Tan Sri Mokhtar. Ruang tamu itu kembali diselubungi sepi apabila mereka semua mendiamkan diri.














DAMIA tersenyum gembira apabila Tengku Syed Adam balik menjenguknya. Berselera dia makan pada malam itu walaupun hatinya sedikit terkilan apabila Dahlia Arissa ada bersama. Tetapi apa yang lebih penting, Tengku Syed Adam ada di hadapan matanya. Terubat juga rindu di dada.

"Abang, malam ni abang tidur dengan Mia ya. Baby pun teringin nak tidur dengan papa dia," pinta Damia lembut ketika mereka duduk berkumpul di ruang tamu.

Tengku Syed Idris cepat-cepat angkat punggung. Tambahan isterinya sudah pun membawa Tengku Syed Muiz ke tingkat atas.

Dahlia Arissa yang leka menonton televisyen sudah menjeling tajam suaminya. Tengku Syed Adam mula diterpa perasaan serba salah. Dia tidak sanggup melihat Dahlia Arissa merajuk, tetapi dia tidak sanggup juga menanggung dosa sebab membelakangkan tanggungjawabnya pada Damia. Melihat keadaan Damia yang agak lemah, dia terus diasak perasaan bersalah kerana terlalu mengikut perasaan.

"Kak Lia tak kisahkan?" tanya Damia perlahan. Matanya tepat memandang wajah Dahlia Arissa.

"Dahlia ngantuk. Dahlia nak tidur," ujar Dahlia Arissa lalu meniti anak tangga.

Tengku Syed Adam memandang Damia. Sakit di dalam hati masih terasa namun dia perlu bertanggungjawab dengan apa yang terjadi selepas dinasihati oleh Tan Sri Mokhtar dan Tengku Syed Idris sewaktu mereka bertiga makan tengah hari semalam. Walau apa pun jadi, Damia itu tetap isterinya. Itulah yang ditekankan oleh abah dan bapa mertuanya.

"Mia, aku memang tak boleh nak maafkan kau atas apa yang kau dah buat. Tapi sebab tanggungjawab, aku akan jaga kau. Cuma satu je aku nak cakap kat sini, lepas je kau bersalin nanti, aku akan ceraikan kau. Aku tak sanggup kasih sayang yang aku beri pada Arissa dikongsi dengan orang lain. Cinta, kasih sayang aku memang untuk dia sorang..."

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now