bab 53

393 32 2
                                    

DULU, bila mereka bertiga berkumpul, bilik itu pasti riuh dengan gelak tawa dan gurau senda. Tetapi kali ini bilik itu sunyi sepi. Hanya esakan Dahlia Arissa yang jelas kedengaran. Kate yang berdiri di porch bilik Dahlia Arissa masih lagi belum bersuara sejak tadi. Qirah pula sudah berbakul-bakul maki hamunnya pada Damia dan tidak terkecuali tempiasnya turut terkena kepada Tengku Syed Adam.

"So, kau tak ada jenguk Adam dekat hospitallah ni?" tanya Qirah lagi.

Dahlia Arissa menggeleng.

"Dia dah discharge petang semalam. Kaki dia terseliuh. Kepala dia luka sikit," beritahu Dahlia Arissa. Dia tahu semua itu pun daripada Tengku Najihah yang menelefon pada malam tadi.

"Minggu depan dia akan bernikah dengan perempuan tu," sambung Dahlia Arissa lagi.

"What?" tempik Qirah Dan Kate secara serentak.

Kate yang sedari tadi berdiri di porch bilik, menerpa Dahlia Arissa dan Qirah yang duduk di sofa.

"Kenapa sampai kena bernikah ni? Belum tentu tu anak Adam, Lia!" bantah Kate. Dia tidak setuju kalau Tengku Syed Adam bernikah dengan Damia. Tak sesuai langsung!

"Kita buat DNA test nak?" usul Qirah pula. Sekali lagi Dahlia Arissa menggeleng.

"Wake up, Lia! Kau tak boleh biarkan benda ni macam ni je. Kau kene buat something, Lia." Kate mula memberi semangat. Dahlia Arissa memandang wajah Kate.

"Aku nak buat apa lagi? Nak maki hamun Adam? Nak serang perempuan tu?" soal Dahlia Arissa pula.

"Kalau darurat macam ni, tak salahkan?" pantas sahaja Kate menjawab.

Dahlia Arissa menyapu air matanya dengan belakang tangan.

"Atau kau nak lari lagi?" sinis sekali petanyaan Qirah. Kini mata Dahlia Arissa beralih pula kepada Qirah. Dia faham maksud Qirah itu.

"Tak. Aku tak akan lari mana-mana lagi, Irah. Kalau dulu maybe aku tak fikir panjang, tapi sekarang InsyaAllah aku akan hadap semua ni," balas Dahlia Arissa. Dia bangkit menuju ke katil. Tengku Syed Muiz yang masih lena dalam tidurnya dicium penuh kasih.

"Habistu, kau nak buat apa sekarang?" tanya Kate. Dahlia Arissa yang duduk di birai katil terus memandang tepat ke wajah kedua-dua teman baiknya itu.

"Entah."

Jawapan Dahlia Arissa itu membuatkan Qirah dan Kate berpandangan sesama sendiri. Kalau tuan badan sendiri tidak tahu hendak berbuat apa, apatah lagi mereka berdua. Namun jauh di sudut hati, Kate dan Qirah tetap mendoakan yang terbaik buat teman mereka itu.










MALAM itu Dahlia Arissa dilanda kegelisahan. Hatinya mengenangkan Tengku Syed Adam yang masih bersandar di tepi kereta di hadapan rumahnya. Selepas solat isyak tadi, Tengku Syed Adam sudah pun terpacak di situ namun Daniel Amriza sudah pun memberi amaran kepada Dahlia Arissa supaya tidak berjumpa dengan lelaki itu. Papanya pula masih belum pulang dari majlis amal anjuran syarikat temannya.

"Kenapa tak masuk?" tanya Tan Sri Mokhtar kepada Tengku Syed Adam yang bersandar di tepi kereta.

"Abang Amri tak bagi masuk."

Tan Sri Mokhtar menarik nafas panjang. Dia sendiri terkejut melihat Tengku Syed Adam berdiri di luar pagar rumahnya.

"Dah, jom masuk."

"Pa, apa ni? Malam besok dia dah nak kahwin pa, dia bukan family kita lagi!" Daniel Amriza bersuara di muka pintu utama sambil bercekak pinggang.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now