bab 78

498 19 0
                                    

PAGI itu rakyat Malaysia digemparkan berita kematian ngeri dua beranak di rumah kediaman mereka di Damansara. Paling menyayat hati, kedua-dua tubuh mangsa diikat, dikelar sebelum dijirus dengan air panas. Dan paling mengejutkan pembunuh itu merupakan seorang doktor yang turut menjadi buruan polis selama ini.

"Lia tak sangka Abang Khalil boleh bertindak sekejam tu," kata Dahlia Arissa ketika dia dan Tengku Syed Adam dalam perjalanan ke hospital untuk melawat Dato' Mukhriz yang terkena serangan jantung akibat terkejut dengan berita yang membabitkan anaknya itu.

"Bila dendam dah merasuk jiwa, semua benda pun manusia boleh buat. Kes bunuh dalam negera kita ni je dah makin menjadi-jadi. Dan yang terbaru ni pulak melibatkan saudara kita sendiri," balas Tengku Syed Adam. Dia juga masih diterpa perasaan terkejut apabila mendapat tahu tentang kematian tragis Damia dan mamanya, Aunty Syida. Baru dua hari lepas dia berjumpa dengan dua beranak itu untuk mengambil Tengku Syed Muiz yang telah diculik oleh Damia.

"Tadi adik Abang Khalil, Khalisha ada call Lia. Dia cakap Abang Khalil dah mengaku salah. Memang dia yang bunuh Damia dengan Aunty Syida. Macam abang cakap tadi, dia buat semua tu sebab dendam. Dendam sebab arwah Damia bagitahu tentang kematian Akisyah pada kita sampai dia terpaksa menjadi mangsa buruan polis. Dan sebelum dia keluar malam tadi, atau lebih tepat lagi sebelum dia pergi ke rumah Damia, Abang Khalil dah pun ceraikan Kak Puteri dengan talak satu. Masa tu, ahli keluarga Kak Puteri ada sekali," cerita Dahlia Arissa panjang lebar.

"Tapi macam mana pulak dengan kes arwah Akisyah? Kenapa Abang Khalil bunuh dia pulak?"

"Apa yang Isha bagitahu, Abang Khalil memang pernah menjalinkan hubungan intim dengan arwah Akisyah dulu. Tapi semuanya berubah bila arwah mula menagih cinta abang. Abang pun tahukan yang Abang Khalil memang tak suka abang dengan Lia, tapi bila dia dapat tahu pulak arwah pun ada hati dekat abang, terus dia buat rancangan nak bunuh arwah tapi dengan cara halus, dengan sabotaj kereta arwah."

Tengku Syed Adam beristighfar panjang. Manusia akhir zaman, bisiknya dalam hati.

"Nasib baik dia tak ada plan nak bunuh abang," kata Tengku Syed Adam perlahan.

"Siapa cakap tak pernah? Pernahlah!"

Brek ditekan secara mendadak membuatkan Dahlia Arissa sudah pun terjerit kecil. Terdengar bunyi hon dari belakang. Kereta mereka berdua sudah pun berhenti di bahu jalan.

"Abang ni bahaya betul bawa kereta!" rungut Dahlia Arissa sambil mengurut dada. Tengku Syed Adam oantas memegang tangan isterinya.

"Sorry sayang. Abang betul-betul tak sengaja. Abang terkejut sangat bila sayang cakap Khalil pernah try nak bunuh abang. Bunuh-membunuh ni bukan kerja main-main, sayang..." kata Tengku Syed Adam pula. Kecut juga perutnya bila membayangkan Khalil Asyraf pernah cuba untuk membunuhnya.

"Lia pun salah jugak sebab cakap kat abang tentang benda ni pada masa yang kurang tepat. Kalau Lia di tempat abang, mahu jugak Lia berhenti mengejut macam yang abang buat tadi. Cuma apa yang Lia cakapkan tadi memang benar-benar terjadi. Abang ingat lagi tak yang abang kena langgar masa nak ke parking dekat pejabat abang dulu? Tak lama lepas kita kahwin. Masa tu jugak kawan abang yang hantar abang balik. Masa tu jugak papa dengan arwah mama ke London. Ingat tak?"

Tengku Syed Adam cuba mengimbas kembali kenangan lama itu dan akhirnya dia mengangguk. Ketika itu dia dan Naufal baru keluar dari pejabat dan hendak ke tempat parkir. Tetapi belum sempat dia ke kereta, sebuah kereta sudah pun meluru laju ke arahnya. Nasib baik dia sempat mengelak sehingga jatuh tergolek. Kalau tidak pasti dia sudah dilenyek oleh kereta Proton Perdana itu.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ