bab 15

475 32 0
                                    

TENGAH HARI itu, Dahlia Arissa dan Amir Haikal menghadiri majlis perkahwinan Khalisha Ariana. Dahlia Arissa kelihatan anggun dengan busana kurung moden berwarna ungu lembut di tubuhnya itu. Rambutnya pula disanggul rapi. Sementara Amir Haikal lebih selesa memakai baju T-shirt hitam. Sampai sahaja di perkarangan rumah Dato' Kamal, Dahlia Arissa disapa oleh seseorang.

"Ingatkan Lia tak datang," tegur Khalil Asyraf sambil tersenyum. Lama benar dia tidak menatap wajah ayu milik anak kesayangan keluarga Tan Sri Mokhtar itu. Dia akui, Dahlia Arissa semakin cantik.

"Assalamualaikum," salam pula yang dijawab oleh Dahlia Arissa.

Amir Haikal sudah pun tersenyum. Dengan pantas Khalil Asyraf menjawab salam yang diberi. Mukanya terasa panas. Dahlia Arissa dan Amir Haikal terus melangkah masuk menuju ke khemah. Khalisha Ariana kelihatan cantik sekali di atas pelamin.

"Lambatnya Dahlia sampai, dari tadi uncle tunggu." Dato' Kamal menyapa anak buahnya itu.

Dahlia Arissa terus mencium tangan Dato' Kamal, diikuti oleh Amir Haikal. Isterinya Datin Iffah telah meninggal dunia sepuluh tahun yang lalu.

"Sorry, uncle. Lia ada tiga jemputan kahwin hari ni. Sebelum datang sini, Lia singgah rumah yang satu tu dulu, lepas ni nak pergi rumah yang satu lagi," dalih Dahlia Arissa.

"Kalau macam tu, Lia pergi makan dulu. Tapi minggu depan uncle nak buat majlis kesyukuran, jadi uncle nak Lia datang awal dan balik lambat, tau," pesan Dato' Kamal sebelum melangkah pergi kerana perlu melayan tetamu yang hadir.

"Baik Uncle Kamal tu dekat Lia." Kata Amir Haikal perlahan.

"Bapak dia baik, tapi anak dia... Huh!" Bisik Dahlia Arissa apabila ternampak Khalil Asyraf masih mencuri pandang padanya. Apa tengok-tengok! Tempelaknya di dalam hati. Langkahnya di lajukan.








"ABANG tengok siapa je tu?" Tanya Puteri kepada suaminya. Matanya turut meninjau ke arah pandangan suaminya yang kelihatan meliar itu.

"Tu anak Uncle Mokhtar, Dahlia Arissa." Beritahu Khalil Asyraf sambil menghalakan pandangan kepada Dahlia Arissa yang sedang bersembang dengan beberapa orang sepupunya yang lain.

"Perempuan tulah kan, yang abang suka dulu?" Tanya Puteri berbaur cemburu. Khalil Asyraf memaut bahu isterinya.

"Tak payahlah nak ungkit benda lama. Sekarang ni kan abang dah jadi milik Puteri sorang," pujuk Khalil sambil tersenyum kepada isterinya. Namun dalam masa yang sama, hati dia kuat mengatakan yang dia masih ingin memiliki Dahlia Arissa. Gadis itu berbeza dengan gadis yang pernah di dampinginya. Dan berbeza juga dengan Puteri, isterinya sendiri.









PUAN SRI MELATI terpaksa menjenguk spa kecantikkannya apabila Dahlia Arissa mengalami demam panas. Tan sri Mokhtar mengarahkan Maisarah menjaga Dahlia Arissa di hospital kerana anak gadisnya itu berkeras menyuruh dia dan isterinya menjenguk perniagaan masing-masing setelah dua hari mereka menemaninya di hospital.

"Kak Lia, ada orang nak jumpa." Beritahu Maisarah tatkala Dahlia Arissa sedang menyuap bubur ayam ke mulutnya. Otaknya ligat berfikir siapa tetamu yang bakal melawatnya.

"Siapa?" Tanyanya.

"Abang Khalil. Dia kan bertugas dekat hospital ni. Tapi dia cakap nak pergi check patient dia kejap. Lepas tu baru dia datang sini..." Beritahu Maisarah.

"Nilah yang buat Kak Lia makin parah. Malas betul Kak Lia nak beramah mesra di hari raya dengan lelaki tu. Nasib baik Kak Lia ni masih demam, sekurang-kurangnya dapat jugak bagi alasan tak pergi kenduri kesyukuran dekat rumah Uncle Kamal malam esok," ujar Dahlia Arissa dengan panjang lebar. Bubur ayam yang hampir habis itu ditolak ke tepi. Seleranya sudah mati.

"Assalamualaikum, Lia!"

Dahlia Arissa dan Maisarah segera berpaling ke arah pintu yang sedikit terbuka. Terjengul wajah Amir Haikal bersama sejambak bunga lili putih. Salam Amir Haikal disambut oleh dua orang gadis itu.

"Abang Amir temankan Kak Lia kejap, ya! Mai nak solat," pinta Maisarah lalu berlalu meninggalkan mereka berdua.

"Mai, tolong belikan majalah untuk Kak Lia, Mai pun tahu kan yang Kak Lia suka baca majalah yang mana satu? Ambik duit dekat dalam purse Kak Lia dalam handbag tu," pesan dahlia Arissa pula.

"Guna duit Mai je kak, bukannya mahal sangat pun!" Jawab Maisarah sambil tersenyum.

"Terima kasih," ucap Dahlia Arissa sebelum kelibat Maisarah ditelan daun pintu. Amir Haikal yang masih berdiri di situ mula mengatur langkah ke katil Dahlia Arissa.

"Abang tukarkan bunga ni ya?"

"La, baru semalam abang letak bunga tu. Layu pun tak lagi. Sayanglah kalau nak buang." Jawab Dahlia Arissa. Matanya sempat melirik jambangan bunga yang baru dibawa oleh Amir Haikal sebentar tadi. Cantik! Tiba-tiba dia teringat akan Tengku Syed Adam. Lelaki itu juga gemar memberinya bunga ketika mereka hangat bercinta dulu. Hai... Kenapalah asyik ingat dekat dia lagi? Keluh hati kecil Dahlia Arissa.

"Tak apalah, abang dah beli yang baru lagi ni. Takkan nak biar je bunga ni macam ni. Nanti makin cepatlah bunga ni layu."

Belum sempat Dahlia Arissa membantah kelihatan daun pintu dikuak sekali lagi.









Vote...

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDOnde histórias criam vida. Descubra agora